Adakah masih diriku diperlukan part 8 (EMA)

This is Raymond, my friend from Ireland, and Raymond this is Fad, my boyfriend’s bestie,” Ema memperkenalkan kami sambil aku berjabat tangan dengan lelaki asing itu.”Nice to meet you Fad,”kata Raymond sambil tersenyum.Tiba-tiba telefon bimbit Raymond berbunyi, lantas di jawab oleh lelaki asing tersebut dengan tergesa-gesa.Aku mengambil kesempatan ini untuk berbual dengan Ema.

Rupanya Ema kini sedang melanjutkan pelajarannya peringkat ijazah muda di salah sebuah universiti di ibu kota.”Tak lama lagi Ema bergelar graduan mudalah kan?So apa perancangan selepas menamatkan pengajian?sambung master ke kahwin?”ujar aku sambil tersengih.”Hahaha, kalau ada rezeki, Ema rancang nak sambung tapi kalau dah jodoh kahwinlah.Tapi Ema rasa Fad yang kahwin dulu,so macam mana dengan Along?lama tak jumpa dia,”. Entah kenapa kata-kata Ema menyentap jantung aku, seakan -akan ia berhenti berdenyut selama beberapa saat.Ema tidak tahu.”Oh, hahaha, kalau ada rezeki, itupun kalau Along nak Fad.Iyelah,belajar tidak habis lagi, kerja pun belum ada, inikan pula nak fikir pasal kahwin.Lainlah Ema,Ema ada Arman.Still smoking?,”aku cuba untuk mengubah perbualan.

Oh, you meant this?Ema dah jarang smoke dah, tengah dalam proses nak berhenti.Dulu memang teruk and heavy tapi sekarang jarang-jarang hisap.Eh, Fad jangan salah faham tahu.Hari ini period, that’s why tak puasa,”Mukanya berkerut memberi penerangan.”Oh, takdelah, tapi macam tak berapa eloklah even though period.tak pasal-pasal kena denda pula.By the way, cantik beg,LV kan?mesti mahal,”kata aku sambil mata mengamati beg tadi.”Oh, sekarang rezeki murah since Ema attached dengan fashion company tempat Raymond bekerja.Itu yang mampu beli, kalau tak jangan beranganlah nak pakai, apa tah lagi nak sentuh,”.

Sorry Ema, I got to go, my client’s is already waiting for me downstairs,“ujar Raymond memotong perbualan kami.”Ok, I see you later then, Ray”.’Nice meeting you Fad,” katanya sambil menepuk bahu aku sebelum berlalu pergi.

“Dah lama ke kenal Raymond?He seems like a nice guy,“Oh, dah dekat satu tahun, kenal dia pun pasal dia datang dekat universiti Ema untuk mencari model peragaan fesyen syarikat dia.Tetiba dia nak offer job dekat Ema, so I say, why not grabbed the chance?”.”Baguslah, macam itu, atleast boleh buat duit lebih and judging by your attire, I guessed you are making lots of money,semua berjenama,kalau Fad, lambat lagilah nak pakai benda alah ni semua,”balasku sambil tersenyum.

“Ini yang di namakan rezeki,so how’s life Fad?,”Macam biasa, assignment , projek examination,benda biasa bagi seorang pelajar,”.’Hurm, Along apa cerita?lama tak dengar kisah korunk,”.

Sekali lagi bagaikan ada orang merentap jantung aku.Haih, Ema kenapalah kau seksa aku macam ini.Mendengar nama dia sahaja dah cukup menyebabkan dunia aku yang malap kembali gelap-gelita.Nafas menjadi sesak, seakan udara di sedut keluar.Tidak, ini bukan slaah Ema, dia tidak tahu, dia tidak tahu apa yang terjadi.

“Along dah tak ada,”……. Bersambung

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »