Adakah masih diriku diperlukan – part 7 (LBS)

“Encik nak beli buku ini ke?”sapa juruwang Times kepadaku sambil menguntumkan senyuman.”Eh, eh , ha ah, maaf yer, saya blur kejap,” sapaannya membawa aku kembali ke masa kini.”Rajin baca novel eh,cerita ini famous sekarang,”tambahnya lagi sambil tangannya pantas memasukkan naskah lagenda budak setan ke dalam beg plastik.”Ha ah itulah saya pun teringin nak tahu kenapa cerita ini famous sangat,”jawabku.Selepas memberi baki dan mengucapkan terima kasih aku terus bergegas keluar dari Times, lagi lama aku dekat sini lagi banyak buku aku nak borong.

Hurm mana nak lepak ini, nak ke bazaar baru pukul berapa, ahh~ lepak je lah dekat mana-mana kerusi, baca buku ini seronok juga.Kebetulan berdekatan dengan aku ada kerusi duduk yang kosong, so lepak kejaplah.Best juga introduction novel Ahadiat Akashah ini.Baru beberapa muka surat dah berjaya menyemat rasa ingin tahu kepada pembaca.Patutlah orang gilakan sangat novel ni sampai takde stok.Aku ingat dulu masa aku pergi ke Alpha Angle nak mencari buku ini, pekerja dekat situ bagi tahu “Abang,maaflah, novel ni habis,kena tunggu stok sampai.Masalahnya stok pun dah takda kena tunggu print yang baru,kalau abang nak, maybe abang boleh datang minggu depan,”kata pekerja berbadan besar berkaca mata itu kepada aku.Akhirnya dapat juga aku novel ini dan memang puas hati betul rasanya.

Sambiil mataku membaca novel tersebut sempat jugalah aku melirik-lirik ke kedai bintang rusa jantan yang berhampiran dengan aku.Terhidu aroma kopinya yang mengasyikkan.Hurm, nasib baik puasa,kalau tak memang aku dah tibai venti satu.Tetiba hati aku berdegup laju, ternampak kelibat seseorang yang aku kenali sedang membuat pesanan di kedai berkenaan.Aku amati betul-betul, yelah mana tahu salah orang ke,pelanduk dua serupa ke.Uih, memang sah dia.Tapi awal sangat nak beli untuk buka puasa.Hurm siapa pula lelaki dengan dia ni?setahu aku dia couple dengan Arman,apa pulak dia buat dekat sini?

Gadis tersebut berlalu daripada kaunter dan mencari meja kosong lalu duduk menunggu pasangannya mengambil air.Haih, dah berubah benar sekarang, dulu aku kenal dia bertudung, tapi sekarang baju dalam warna apa pun boleh nampak.Gadis tersebut duduk sambil tangan sibuk mencari sesuatu di dalam beg bercorak kotak.Hurm, LV bisik hatiku.Pasangannya sampai dengan minuman.Dari pengamatanku, lelaki berkulit putih dan berbadan kurus itu mungkin bukan seagama denganku memandangkan terdapat tatoo di bahagian tangannya.Lelaki tersebut bagaikan mengerti kegusaran yang melanda kekasihnya lalu mengeluarkan sekotak rokok.Salem Light.Okay,sah memang dia.Dengan senyuman gadis tersebut mencapai kotak rokok dan memberikan satu kucupan di pipi si jejaka yang hanya menguntumkan senyum kambing.Tanpa segan -silu, gadis tersebut menyalakan rokok, dan mula menghembuskan asap-asap ke udara sambil bergelak ketawa.Air kopi yang ada di atas meja di sedut dengan selamba tanpa memperdulikan pandangan masyarakat yang  mula menyedari gelagat gadis tersebut.Penangan Culture Shock amat berbahaya, ia mampu mengubah seseorang sekiranya tidak pandai di kawal,sebab itulah sebilangan anak muda rosak apabila sampai ke bandar besar.Kejutan budaya yang membunuh moral dan tatasusila masyarakat.Aku hanya mampu mengelengkan kepala bagi menunjukkan bantahan aku terhadap sikap gadis itu.Apakah  Arman tahu akan hal ini?Setahu aku,  Arman cuba mengubah sikap gadis itu dari mula lagi,adakah Arman juga gagal?Ahh, itu hal dia, aku tak berhak campur tangan.Aku terus bangkit dari tempat duduk dan mula bergerak dari situ.Tiba-tiba namaku di panggil dengan lantang “Fad!!!”.Aku menoleh, gadis tadi melambaikan tangan ke arah aku dan mengisyaratkan aku supaya datang ke tempat dia sedang berada.Aku yang tiada pilihan lain terus menuju ke cafe tersebut.

“Hai, Ema,” – BERSAMBUNG

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »