Malas nak tulis tapi ramai yang tanya

Duduk lepak-lepak dengan teman-teman , ramai bertanya , apasal eh orang jatuh cinta?Antara pendapat yang terpacul dari mulut teman-teman

  1. Mestilah sebab lawa, baru best tengok.
  2. Alah kalau lawa tapi tak kaya nak buat apa?
  3. Tak kisahlah lawa atau tak, tapi yang penting kena cerdik.
  4. Itu semua tak penting, tapi yang paling penting akhlak kena baguih
  5. Mestilah kena lemah -lembut, baru perempuan.Itu buat cintan tu.

Kalau kaulah, apasal eh?”Entah aku malas ar nak cakap pasal ni,” “Leks ar,kongsi sikit, pasal apa ko jatuh cinta dulu?” “Aku malas nak ingat ar,” “Adey, bagi je pendapat tak best ar gini,” “antara kita orang siapa yang ko rasa betul?””okey aku bagi pendapat je eh,?”

Macam no 1. tu, kalau lawa jadi jatuh cinta.Betul attractiveness can draw everyone, but that doesn’t mean you are in love.Asked yourself, kalau dia dah tak lawa, dah tak sedap tengok, dah tak macam model, dah tua, at this point someday, are you going to stop loving her?Lepas tu apa?cari perempuan lagi muda, yang cantik gitu…?

macam no 2 pulak, kena kaya.Yup money isn’t everything but almost everything needs money.If you want somebody because they are rich, then if someday they are broke, are you still going to stick around?Or if you found somebody richer, you will leave them?Then it’s not love is it?

sambung pulak no 3, (ko ni nak bagi pendapat ke, nak debat dengan kiteorang?”Jap korang nak dengar tak ni?” Yelah, no 3 apa?) okay, no 3. pasal cerdik, memang best kalau dengan perempuan cerdik, semua benda jadi senang.Takkan nak perempuan yang kurang cerdik pula kan?yang repeat paper berkali-kali, yang extend satu semester pasal nak tunggu paper next semester?yang perabih duit dengan kerja merepeat je.Okey, kalaulah di takdirkan yang cerdik tahap genius ni,let say accident.Tiba-tiba dari genius, nak 1+1 pun tak tahu, adakah korunk akan tinggalkan minah ni sebab dia tak sepandai dulu?macam tu?

4 akhlak yang baguih bak kata-kata hang, betoi memang kita nak benda ni, tapi kadang-kala manusia tak lari dari buat silap.Kira kalau tiba-tiba si akhlak baguih ni, duk solat 5 waktu, hormat orang tua, terpesong di tengah jalan, hangpa nak buat apa?angkat kaki lari?bukan ke kita kena stay tolong panggil dia ke pangkal jalan.

5.Kena lemah lembut, betul,Perempuan memang kena lemah -lembut tapi kena ada tahap dia, kalau asyik mepelet je tengkuk, tegur sikit nangis, tegur sikit nangis,nak kena pujuk, bagi tisu bagai macam mana?Kalau 10 pertama mungkinlah tapi kalau yang ke 1000?hangpa rasa nak ka?

“Habis tu kalau semua ko pangkah, apa pendapat ko lak?,”

Aku boleh je kata macam orang selalu kata,Biar dia lawa kat mata aku saja, tak kisahlah dia kaya ka tak kaya ka tapi alasan aku bukan sebab ni semua.Alasan aku satu je.

Tak ada alasan.

Kita tak perlu alasan pun untuk mencintai seseorang.Kalau kita cinta seseorang tu ada sebab,contohnya, aku cinta dia sebab dia boleh buat aku happy, maksudnya kita cuma nak seseorang yang boleh happy kan kita, dah boleh bet lah memang ramai orang boleh buat gitu , termasuk badut dan juga sitcom Big bang theory.

Ada juga bagi alasan , saya tak suka orang yang popular, yang ada rupa , baik saya stay dengan lelaki yang orang tak nak, sebab apa?sebab saya rasa tak secure.Jadi kita cuma nakkan sense of security tu.Pakwe/makwe aku tak lawa, so takde orang nak.Jadi kita nak orang itu sebab orang tu ‘safe’ tak de orang nak bukan sebab kita cintakan dia.

Pernah dengar orang buat benda bodoh pasal cinta?Kadang-kala buat benda tak masuk akal, kita rasa bodoh kan?sebab apa?sebab kita gunakan fakta  untuk menilai.Kadangkala kita membuat sesuatu supaya orang yang kita cintai happy.Atas sebab apa?hanya untuk ukirkan senyuman di wajah seseorang yang kita kasihi, kita sanggup buat apa saja.Buang emak, buang saudara bagaikan.Lautan api direnangi.

Kalau fikir elok-elok pasal apa nak gi buat gitu, tak takut ke terbakar?kan tak ada alasan tu sebenarnya, takkan semata-mata dia lawa, kita gi berenang lautan api, bila dah jumpa si dia, dengan badan hang dah terbakar tu,ingat dia nak kat hang lagi ka?tak dah da, sebab dia pun nak hang pasal hang handsome tul tak?

Heart does things that mind cannot understand.Ada seorang teman saya yang sedang in relationship dengan seorang perempuan.Terang-terang dah perangai buruk, rupa buruk, tapi still dia nak juga.Katanya, “aku nampak benda yang orang lain tak nampak,” mungkin dia maksudkan cinta, tapi pada time dia cakap tu, aku tengah marah, jadi aku interpret” ni mesti pernah tengok perempuan ni bogel ni,” hahahaaha okey aku gurau je.Tapi itulah benda yang aku rasa sebenarnya :-D .

Someone once told me that the power in all relationships lies with whoever cares less.And from my opinion, he is right.But, something that he forget was, power isn’t happiness.I think that maybe happiness comes from caring more about people, rather than less.When we are in love, we give everything we got to the one we love, and we require none in return.

Ingat tak lirik sebuah lagu, kalau cinta jangan kacau, kalau sayang tak perlu marah, kalau ikhlas tak minta berbalas.Jadi kalau kita ikhlas cintakan seseorang , kita tak perlukan alasan.Bukan rupa, bukan harta, bukan tahap cerdik, bukan perangai, bukan segala-galanya.

So that is my opinion.When you love someone, you don’t need any reason to love them.

You just do. ;-)

FYI:if you can explain why you love someone than it is not love at all, it is a crush. ;-)

 

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

7 Responses

  1. Setuju sesangat.Kalau tak, kenapa gunung di daki, dan lautan api di renangi?tak pasal-pasal terbakar.hilarious part ni.You made my day. :inlove:

  2. suka entri ni 1000x.

    “When we are in love, we give everything we got to the one we love, and we require none in return” :-D

  3. “if you can explain why you love someone than it is not love at all, it is a crush”

    statement yg menjawab mcm2 persoalan =) thx

Leave a Reply

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »