lelaki ini

Dibandingkan dengan wanita, lelaki lebih mudah dan simple.Jadi kalau nak tahu lelaki tu betul-betul serius dalam hubungan dia, ada beberapa perkara yang selalunya boleh nampak.

Pertama: Dia selalu risaukan anda.Sikit-sikit nak nasihat, tapi janganlah anggap lelaki ini kuat membebel kalau setiap masa dia nak bagi nasihat.Ingat, nasihat tu bermaksud mengingati.Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu dan dia.Jadi hargailah nasihatnya sebab kadangkala kita tak nampak kelemahan kita tapi selalunya dia akan nampak.

Lelaki kalau sudah sayang, macam-macam dia akan fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan kamu.kadang-kala memang kelakar kalau difikirkan tapi kalau lelaki berkelakuan seperti keanak-anakan semata-mata nak perhatian.Sebenarnya nak bermanja je dengan kamu.

Kalau kamu bagitahu lelaki yang kamu akan ke satu-satu tempat juntuk satu jangka masa yang agak lama, tiba-tiba dia jadi gelabah pasaldia tak nak berjauhan dengan kamu.Tapi kalau lelaki ni cool jer, mungkin dia tak nak tunjuk yang dia tak sanggup untuk berjauhan dengan kamu.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu…

Manusia tak ada yang sempurna, samalah dengan lelaki yang emnjadi teman lelaki kamu ni.Tak dapat lari dari emmbuat kesilapan dan membuat kamu kecil hati.Janganlah kamu mencari pengganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan dia.. dan kamu pasti ke penganti kamu tu dapat bahagiakan kamu,…

kalau lelaki ini betul-betul serius dengan kamu, dia akan perkenalkan kamu dengan kawan-kawannya, keluarganya.Tujuannya untuk memberitahu wanita yang berjaya mencuri hatinya dan seberapa mana dia sayangkan kamu, begitu juga dia inginkan mereka menyayangi kamu…

Dan kalau dia cuba mengikuti perkara yang di sukai oleh kamu walaupun dia tak mengemari perkara tersebut, itu bermakna, dia benar-benar mahu menunjukkan kamu begitu istimewa baginya.

Lelaki yang benar-benar mencintaimu takkan merosakkan kamu, walaupun kamu menawarkan diri untuk merosakkan diri kamu sendiri.Dia inginkan kamu yang terbaik sehingga ke jinjang pelamin.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, kalau kamu merasakan pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu menyakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti, alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi, kamu pulak macam mana?adakah kamu itu tak pernah buat silap?kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?

Lelaki pun tak sempurna, kerana itu sekeras manpun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai…if you happened to know this kind of guy, please, please don’t let them go yea.. :-))

Sebab tajuk post kali ini, lelaki ini jadi enjoykan diri anda dengan lagu ini

httpv://www.youtube.com/watch?v=6OgKczK1Stc&feature=related

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »