Kemaluan saya

Hari ini adalah hari bertuah saya bukan apa, sebab Mak Uteh aunty kepada Eyla nak belanja saya makan lunch.So dalam pukul 3.15 ptg saya gerak ke damansara.Saya sampai agak lewat kerana tersalah ambil jalan, eh bukan salah jalan tahu, cuma saya ambil keputtusan untuk bersiar-siar dahulu sebelum pergi makan (banyaklah kau~~).

Mula-mula segan jugalah nak berjumpa dengan Mak Uteh ni, dah saya memang sah -sah pemalu kan, tapi sebab si Eyla ni dah suruh Mak Uteh menelefon saya, jadi memang susahlah nak menolaknye punye pun.Jadi selepas saya take beberapa u turn, akhir sampailah ke damansara.Mula-mula Eyla suruh pergi ke TGi Friday, tapi sebab hari ini bukan jumaat soo tak jadilah nak makan dekat situ.

dah sampai dekat situ, saya pun berjumpa dengan Mak Uteh dengan aunty Suriaton (mak Eyla).Mereka sangat cool walaupun saya merasa sedikit nervous (saya kan pemalu orangnya, tak tahu eh?) Kita orang pun makan tengahari bersama di kopitiam.Kena interview sikit dengan Mak uteh lol, dah la resume tak bawa kan?Mak Uteh dan saya berkongsi minat yang sama iaitu mengumpul gadget.And she asked me to join her bowling team, ok now that’s cool okay!!Mak Eyla tak berapa sihat, harap aunty sihat cepat yerp.

Lepas dah makan-makan singgah membeli dan membelah di IKEA, okay mak uteh je yang beli , saya temankan ajer.Dah duduk lama-lama tu kan, haus pulak tekak jadi pergi ke secret recipe nak minum sebentar.Ada kek, tapi saya tak tahu kek apa yang di order tapi memang agak sedap.Mak Eyla mula-mula nak makan cupcakes, so pergilah ke cupcakes chic, rm4.90 sebiji woow!!thats pretty expensive.Tapi saya tengok design die tak lawa lasum,main pusing preet gitu jer, best lagi yang saya buat (perasan ork).Rasa dia tak boleh komen since saya tak pernah makan.On the way nak pergi ke secret allu sebelah tutti, and Mak Uteh was like “Eh, ni favorite radin kan?” Oh Eyla, anda menceritakan hobi saya, malu saya hahaha.

Leaps tu kita orang berangkat pulang.Sebelum nak balik tu, saya singgah toilet kejap yelah takut terkucil dalam kereta, mana tahu kalau jem ke apa ke kan.. so teruslah saya mengorakkan langkah menuju ke toilet sambil tangan sebelah memegang iPhone, yelah busy sangat bertwitter.Bila da sampai depan toilet, saya nampak ada “boy” dekat dalam toilet ,jadi dengan confident saya pun masuk, saya pelik gak kenapa boy tu sha saya semacam and he was kinda ‘jambu ‘.Masuk the first cubicle dan lepas kencing segala, saya pun keluar nak cuci tangan.And then I realized something odd..

Awat banyak pula perempuan dalam toilet ni?Pelik jer…

lepas itu seperti rubix cube yang dicantumkan dan hampir mendapat keseluruhan warna, saya pun dapat membuat hipotesis.

Eh, ke aku salah masuk toilet….

apabila saya memandang ke sebelah kiri dan kanan dan semua gadis, gadis sedang memandang saya sambil menekup mulut mereka menahan gelak, saya membuat konklusi..

AKU DAH SALAH MASUK TOILET PEREMPUAN!!!!

“sambil dengan muka selamba dan berwarna merah kejambuan, saya keluar sambil berkata “eh, salah masuk ker?” HAHAHAHAHAHA!!!! Terus di sambut dengan gelak ketawa gadis -gadis amoi itu, pergh!!! ansib baik aku tak kena tangkap atau di baling dengan stiletto kerana di anggap pervert.

Aku mengorak langkah panjang sampai ke car park, dah sampai car park barulah aku gelak kuat sorunk -sorunk hehehehehe… malu seyh hohohohoho.

Beberapa pengajaran dapat hari ini

1:Mak Uteh tanya “Do I have a girlfriend?” “no,”. “Do you looking for one?”  “not at the moment,”  “Bagus, habis belajar dulu dah banyak duit baru cari.Radin handsome kot don’t worry about dear,” Okay part last tu saya pandai-pandai tambah hahaha…

2:Kalau nak masuk toilet, tengok signboard bukan tengok timeline twitter.dan pastikan boy yang kita nampak tu bebetul boy sebab yang saya nampak adalah PENGKID ..hahaha rem~~~ patut ar muka jambu semacam dan ko usha aku, pelik pula kalau lelaki usha aku kan?hahaha~

3:jangan sesekali mencuba apa yang telah saya lakukan, kerana nasib anda mungkin tidak sebaik saya, dan mungkin anda akan berpeluang keluar di muka depan akhbar berita harian hahaha~~~

Okeylah tata!!!

P.S Sireen, masuk toilet perempuan tidak dikategorikan sebagai stylo hokey hahaha 8-)

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

6 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »