Kau ingat kau seorang je suka?Orang lain suka juga

Dalam dunia teknologi masa kini,memang kita tidak dapat lari dari mempunyai gadget ataupun peralatan yang canggih.Sama ada dalam bentuk telefon mahupun aksesori di dalam kereta.Semua sudah seperti menjadi keperluan di dalam hidup.Nak pergi ke sesuatu tempat, GPS mesti ada,tak main dah map-map ni.Nak lalu tol mesti ada smart tag, tak main dah pakai tunai2 ni.Even nak berurusan dengan bank boleh melalui telefon dan internet sahaja.Oh did you guys now, with a simple app through your iPhone, you can make your purchase of your morning starbuck’s coffee?Maksudnya bukan tak perlu bawa cash atau tunai, debit card atau credit card pun dah tak payah.iPhone je lah, Black berry tak pasti pulak…

Kalau korunk perhatikan lah di sekeliling korunk semua sekarang, bersepah orang pakai DSLR (Digital Single Lens Reflex Camera).Dari yang tua sampailah yang daarjah enam semua menyangkut anak gajah itu di leher.Bagaimana pula dengan laptop?Macbook Air, iPad, dan pelbagai lagi jenis barangan semua menjadi minat dan rebutan masyarakat zaman sekarang.

rembat dari google
rembat dari google
rembat dari google

Dah tengok kan gambar di atas?Sekarang mungkin trend ataupun setakat 2k punya gadget adalah dalam category affordable sampai budak-budak pun boleh pakai.Berdasarkan peninjauan aku dekat kuantan ini, yang ada gadget ini cukup ramai.Terutama sekali DSLR yang menjadi pilihan, tengok sahaja gambar fb , kalau tak dalam toilet megamall mesti dalam toilet ecm, tapi yang selalu buat kerja ini perempuan lah, lelaki jarang nak ambil gambar dalam toilet.Okey bukan pasal ni nak cakap sebenarnya.

Kepada sesiapa yang mempunyai Dslr tau -tau sahaja lah memang berat menda  alah ini kan, jadi mungkin ada yang timbul perasaan malas untuk mengusung anak gajah ini merata-rata, jadi JALAN CERDIK adalah tinggal benda alah ini dalam kereta.TOLONG JANGAN BUAT yer kerana jalan ini bukan jalan yang terlurus boleh anda pilih.

Fikir balik ok, benda gadget ini semua harga dia paling murah mesti dekat 2k, and kalau anda suka, anda rasa orang lain suka tak?peratus suka mesti lah tinggi kan, tapi satu benda anda lupa benda ini bukan mampu di miliki oleh semua pihak,jadi ada satu cara lagi yang boleh di buat tanpa membeli iaitu MEREMBAT.

Alah nak bagi senanglah kan, macam awek, tahu awek.Alah yang korunk dok suit suit dekat shopping mall tu.Korunk tengok “wow seksi,aku nak lah” Korunk rasa berapa ramai orang fikir macam tu, jadi kalau korunk suka mesti ada orang lain juga yang suka betul?

Dua tiga menjak ni, dah ada 2 -3 orang kenalan aku yang hilang Dlsr dan laptop dan semua kejadian berlaku mempunyai keadaan yang sama iaitu, mereka meninggalkan benda alah ini didalam kereta.Untuk pengetahuan semua, kereta dia orang ni langsung tak kena pecah tingkapnya.Kepada yang sesiapa yang suka atau minat kereta atau kenal mana-mana workshop baiki kereta, kereta kita bukanlah safety deposit box yer, untuk membuka sebuah kereta amat mudah, AMAT saya ulangi tanpa memecahkan cermin kereta.Tapi nak kena tahu caranyalah, dan saya bukan di sini nak ajar anda cara-cara curi kereta okey?

Satu kejadian di TC dahulu, laptop di tinggalkan di bawah seat duduk penumpang dan si rakan saya ini pergi untuk membeli makanan.Dalam masa 30 minit, laptop beliau berjaya dicuri dengan handalnya.Tak ada kesan di kopek atau dipecahkan cermin, tapi laptop hilang.*Nasib baik tak ada yang meninggalkan nota “thanks for the laptop, Love you”.

Itu baru laptop KOMPAK, kalau laptop jenis buah ker lagi mahal.Kepada yang mempunyai Dslr, tidak sah rasanya kalau anda tidak ada lebih dari satu lensa walaupun se basic mana pun Dslr anda, kurang-kurang ada speedlite and battery grip di mana jumlah untuk speed lite dan battery grip sahaj boleh menjangkau 2k lebih.Jadi laburkan sedikit wang untuk membeli beg galas khas untuk Dlsr untuk memudahkan pergerakan.Tak rugi pun, kalau membeli beg yang mahal sedikit berbanding kehilangan yang mungkin menyebabkan anda lebih terseksa.

Mungkin juga ada di antara anda yang memandang remeh perkara ini atau mengamalkan sikap endah tak endah tapi itulah hakikatnya.Sekiranya kita terlalai seketika, orang akan mengambil kesempatan terhadap kita.Jadi berhati-hatilah di jalan raya yer.

Entri kali ini ditulis kerana aku sendiri agak terkejut dengan jumlah barang yang hilang,menjangkau 10k lebih wei… nak nak pulak body Dslr yang hilang sahaja dah dekat 15k belum campur lense dan lain -lain, dan 2 set body pulak yang hilang.

Beringat sebelum terlambat, pesanan ini di taja khas oleh pemilik web ini.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »