A little bit about bye 2010, hello 2011

2010,akhirnya dikau berlalu.Sesetengah perkara, saya harapkan tak terjadi, sesetengahnya seperti apa yang saya harapkan.berlalunya satu tahun yang amat sukar bagi saya, tak adalah sebesar SPM, tapi mungkin pengalaman hidup saya bertambah.

Bermula dengan latihan industri di mana saya merangkap jurutera sampailah ke operator.Saya dapat merasakan betapa sukarnya kalau kita berada di bawah dan betapa besarnya tanggungjawab bila berada di atas.Mungkin sekiranya semua merasakan pengalaman dari bawah, tidak akan berlaku penindasan dari pihak atasan, “jangan buat benda yang kita tak suka orang buat dekat kita” boleh di aplikasikan di sini.

Beberapa perkara menarik berlaku di sepanjang tahun ini iaitu perkahwinan.Sepupu sulung saya sudah berkahwin pada tahun ini.begitu juga dengan beberapa orang teman sekelas saya sewaktu kecil.Tahniah kepada yang bakal menerima cahaya mata, nampak gaya saya bakal bergelar pakcik tak lama lagi.*teringat Asila fatinah bertanya kan saya “what should I call you?Abang or Uncle since you are my aunty’s friend”, terkelu nak menjawab , kerana agak janggal dipanggil uncle,so I said to her” just called me Abang and after I get married, change. it to Uncle , hehehe”

Last semester break, ish omputih pula kan? tak mo ar, pada cuti semester yang lepas, saya telah memulakan perniagaan kek cawan (cup cakes) secara suka-suka , dan sambutannya amat memberangsangkan.thanks kepada yang sentiasa menyokong saya, dan saya ingin meminta maaf kerana saya tidak dapat memenuhi permintaan untuk November dan Disember kerana ada sedikit kesulitan.Tempahan boleh di buat kembali pada Januari 2011.Di universiti juga, saya telah mewujudkan satu perniagaan yang terlibat dalam mereka cipta gadget terbaru bagi memenuhi syarat Technopreneur,salah satu subjek yang saya ambil di universiti.Syukur semuanya berjalan lancar, dan sekiranya produk terbabit bersedia untuk di pasarkan, akan saya umumkan nanti.

Beberapa peristiwa yang saya harapkan tidak terjadi , tapi terjadi juga.Beberapa kenalan saya telah pergi menemui Ilahi.Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Saya juga berpeluang mengenali beberapa kategori manusia.Tidak perlu ke luar negara untuk bertemu pelbagai jenis peel dan perangai, kita hanya perlu memandang sekeliling sahaja itu sudah mencukupi.Orang selalu menyebut kadang-kala kita ingat, kita kenal seseorang itu, tetapi pada hakikatnya kita langsung tidak mengenali mereka.Mungkin kita tidak mampu mengenali seseorang itu dengan menyeluruh jadi terima mereka seadanya.

Kalau dilihat dari segi kategori penipu, pemutar belit dan pemungkir janji.Saya rasa saya sudah cukup mengenali kategori ini.Walau bagaimanapun saya masih percaya, seburuk-buruk manusia, mesti sentiasa ada kebaikan dalam diri mereka.Good always triumph over evil kan?Apa yang berlalu biarkan berlalu, tapi bukan bermaksud kita lupakan, tapi kita ambil sebagai pengajaran.Terlalu banyak sifat negatif diri kategori ini di bicarakan antara saya dan rakan-rakan hingga kami cuba untuk mencari punca kenapa ini boleh berlaku.2011 sudah tiba, ubahlah diri anda.Atau mungkin 2011 menjanjikan drama putar belit anda lagi,mana tahu makin daring makin hebat,impak maksima,boleh masuk box-office la tahun depan.Anda sudah kantoi, jadi jangan nak berlagak hebat okey?tunaikan janji atleast, tak adalah orang kutuk kau penipu besar dan pemutar alam.Pemutar-pemutar nanti kau yang terbelit.

Kepada yang tidak berpegang kepada janji, mungkin prinsip anda promise are made to be broken.Jadi berubahlah untuk menepati janji.Termasuklah saya yang sentiasa lewat untuk berbadminton, berbanyak maaf ya pak anif lol.

Bercakap tentang cinta, mungkin tidak seindah yang di sangkakan.Benar kata mereka, cinta itu buta.Kerana buta , kita tepikan segala keburukan dan menerima seadanya, hingga kadang – kala kita bukan setakat buta tapi bodoh.Saya merasa terkejut kerana sekiranya dulu, adegan di dalam drama dianggap tidak logik, bila berlaku di depan mata baharulah saya sedar.Saya melihat cinta yang di bina dari asas penipuan dari pelbagai sudut,harta,nafsu,dan kebodohan.

Dari harta, saya melihat seorang insan sanggup melakukan apa sahaja, demi sesuatu yang bersifat wang ringgit.Melihat betapa tahannya seseorang menerima sikap pasangan hanya kerana wang dan kebendaan.Sedih ada, nak ketawa pun ada.Sedih kerana ada insan yang sebegitu, ketawa kerana betapa rendahnya nilai dirimu.

Dari sudut nafsu, adalah yang paling menyedihkan.kadang-kala saya tidak faham kenapa begitu senang untuk menyerahkan diri demi nafsu.Demi nafsu yang membuak-buak sanggup melakukan apa sahaja.Mungkin ada segelintir lelaki di zaman ini yang menolak (mana kucing mahu tolak ikan) dan kerana lelaki ini ‘bodoh’ untuk tidak menyumbang kepada pembangunan perosakan dara, jadi lelaki ini di labelkan ‘coward’ dan di tinggalkan.Kuat sungguh nafsu mu, hingga tak boleh menunggu saat halal tiba.

Dari sudut bodoh, terdapat beberapa peristiwa yang melucukan berlaku.terdapat segenlintir yang sanggup menjadi balaci membuat assignment, running errand , seperti contoh membeli tiket konsert Rossa, dan sanggup pasangannya bercumbuan dengan lelaki lain.Mungkin bodoh tak sesuai dekat sini, bodoh dan tuli rasanya lebih sesuai.Mungkin daya pengerak kerana harta,mungkin juga wang, mungkin juga nikmat seks yang hebat.Yup, the sex was great isn’t it?Terdapat juga peristiwa, di mana kepelikan tahap dewata raya berlaku.Bersama seseorang yang tidak dicintai, tetapi mencintai orang lain, tetapi bersama seseorang yang tidak dicintai.(ok I know, banyak sangat tetapi kan?), tak tahu kenapa perkara tersebut boleh berlaku dan amatlah kelakar lol…

Tapi beberapa peristiwa di cuti semester ini, memang memberi pandangan baru kepada saya.Nikmat kehidupan sebenar, kawan-kawan yang memahami diri, terima kasih kerana putting your trust in me.rezeki yang datang mencurah-curah, seperti hujan di luar bilik anda sekarang.Perhubungan yang putus telah dieratkan,persahabatan yang regang kembali terjalin.Yang baru selamat datang, yang lama semoga berkekalan.2011 hello~

*People told me that I didn’t deserve you,I guessed they are right.I Deserve better. :-D

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »