OK ok dah lama tak buat sinopsis movie so here it goes.Cinta semerah stilleto mengisahkan percintaan antara Siti Laila @ Stila(Lisa Surihani) dan Leto (Farid Kamil).Kisah ini bermula apabila Stila yang hidup dalam serba kemewahan berjumpa dengan Leto yang hidup dalam kesederhanaan tinggall di flat berhadapan dengan perumahann banglo mewah milik keluarga Stila.Pertemuan mereka bermula apa bila ibu Stila membawa Stila ke pasar ikan tempat Leto bekerja dan dari situ Leto tertawan dengan Stila dan kerana kejadian yang berlaku pada waktu itu juga menyebabkan Leto di buang kerja.Pada malam itu, Stila berjumpa dengan teman lelakinya Raymond untuk first date mereka dan Raymond(Zed Zaidi) cuba menodai Stila apabila die mula mabuk.Stila melarikan diri dan berjumpa dengan Yani (Cat farish) yang suka mengacau anak gadis di bus stop dan rakannya Leto.Akibat geram dengan perbuatan Yani, Stila membalas dengan menendang menggunakan stilleto nya yang tidak sengaja terkena punggung Leto menyebabkan ia berdarah.Yani memang sikapnya yang nakal, mengajak Leto menemaninya mencuri kasut dan rumah mereka masuki kebetulan pulak rumah Stila.Kehilangan kasut tersebut menyebabkan datin Fairuz ( nanu) menjadi susah hati dan Stila bertekad mencari sepasang kasut lagi untuk menggantikan kasut ibunya.
Pertemuann semulanya dengan Leto telah emmbantu mendapatkan semula stilleto milik ibunya.dalam proses pencarian,Stila terserempak ibunya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan malu.Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, dato Azahar, akan tingkah laku interinya, Stila mengikut Leto pulang.
Di rumah Leto,Stila telah menemui erti kesempurnaan hidup yang sebenar.Namun, hubungan Stila dengan LEto mendapat tentangan dari ibubapa Stila dan keraguan dari ibubapa Leto.Untuk kisah selanjutnya, silalah emnonton cerita terbabit yer..
Kisah ini memang boleh di kaitkan dengan kehidupan realiti kita dengan masyarakat sekeliling.Di dalam surat khabar saja kita boleh melihat suami isteri bercerai-berai menuntut pampasan beratus juta ringgit.Tidakkah mereka fikir yang anak2 bakal menjadi mangsa.Jarang sekali kita dengar golongan kebanyakkan mempunyai masalah sebegini.Yelah apabila suami isteri 2 2 berkemampuan,masing2 nak menunjukkan belang masing2.Itulah masalah masyarakat golongan atasan kita sekarang ini.Anak – anak di taburi wang ringgit, tapi ke mana hala tuju duit itu tidak di selidik terlebih dahulu, kebanyakkan dadah, pil khayal, minuman keras bukan seposen dua, mahal.Jadi anak2 golongan terbiar nilah yang menjadi pelanggan tetap.Nasib baiklah Stila dalam cerita ini digambarkan seorang gadis yang baik.Yang paling mengejutkan Dato Azahar yang mengetahui hubungan isterinya dengan lelaki lain bersikap acuh tak acuh dan tidak mengambil kisah seolah-olah dia merelakan sahaja perbuatan isterinya itu.Hurm..macam mana tu?Apa yang ingin di ceritakan dalam cerita ini adalahh wang ringgit, mahligai bagai istana tidak boleh membeli kebahagiaan…apabila kebahagiaan itu di ibaratkan boleh di beli dengan wang ringgit, kebahagiaan itu akan hilang apabila pihak lain boleh meletakkan harga yang lebih tinggi.Thats why, semua benda ni kena datang dari hati…I’m not saying semua golongan atasan ini begitu, ada jugak anak orang kebanyakan yang bersikap sedemikian rupa nak , nak yang baru kenal dunia atau terkena kejutan budaya, sugar daddy, sugar mom, tapi itu cerita lain lah pulak..the fact it, there are something you can’t buy with money.If you can afford to buy it with money, be prepare that someday it will expired and rotten, cause things that have a price, it will go to the highest customer.So enjoy the movie adios~~
2 Responses
tgk jgn tak tgk hehehe… realiti kehidupan masyarakat kita yang kita selalu ignore.
hurmm….kene tengokkah???