Nak tengok cerita ini dah lama, semenjak ada kawan cakap novel dia best.Sekarang ni terlalu sibuk sampaikan nak baca novel pun tak sempat, yang terakhir pun cerita lagenda budak setan.Jadi hari ini barulah sempat melawat pawagam untuk menonton ombak rindu ,lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.
Ombak rindu dah di tayangkan sejak dari 1hb Disember haritu tapi memandangkan tiket untuk cerita ini amat sukar diperolehi, jadi hari ini barulah berkesempatan tengok cerita ini.Dengar dari rakan-rakan yang dah tengok, ramai juga yang menitiskan air mata.baguslah boleh menitiskan air mata, bermaksud hati kita tak keras, orang nak sangat hati keras, tahu tak orang hati keras ini tak elok.Kalau Allah keraskan hati anda, anda adalah orang yang malang sekali.
httpv://www.youtube.com/watch?v=r4mmc_Vl6hM
Tapi bukan nak cerita tentang hati, tapi nak cerita tentang ombak rindu sekarang.So hari ini selepas menonton aku bagi cerita ini 4.5/5. Patutlah RM750,000 pada hari pertama sahaja.dalam banyak scene, part si Aaron menitiskan air mata aku rasa yang boleh buat orang sebak, yelah, lelaki maskulin macam dia, boleh menitiskan air mata.Siapa yang tengok Nora Elena mesti boleh layan cerita ini.Lakonan Aaron memang menjadi begitu juga dengan lakonan Maya Karin.
Tapi betul ke dalam dunia ni ada perempuan macam Izzah?Untungnyalah kalau siapa dapat isteri macam Izzah.Walaubagaimanapun kesian juga dekat si MIla (Lisa Surihani) dia betul-betul cintakan si Aaron.Tapi nak buat macam mana kan?Lakonan yang azizah mahzan sebagai mak Aaron yang jahat memang menjadi.Aku rasa geram gila tengok.Memang di akui dalam wayang masa aku tengok pun, ramai yang menangis, termasuk lelaki.Muka ganas tapi hati ada taman :-P .Walau bagaimanapun aku tak ada lah menangis tengok cerita ini, cuma part time Hariz (Aaron) bagitahu Izzah(Maya) yang dia rindu dan dia terpaksa tanpa kerelaan dia untuk mengahwini si Mila (Lisa) buat aku sebak gila.Kalau siapa dah tengok mesti faham apa yang aku cakapkan ni.
Lagu OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira pun meamng kena dengan cerita dan liriknya memang tepat dengan situasi.Kalau sesiapa yang boleh mengaitkan diri mereka dengan situasi ini, memang berlenjer-lenjer la air mata.*ada ke berlenjer?hahaha ,dekat bawah ini ada disediakan video clip lagu Ombak Rindu berserta lirik.Agak–agak kalau tengok untuk kedua kai pun tak kisah, sebab cerita ini lebih bagus daripada breaking yang banyak potong dan boring :-D.
httpv://www.youtube.com/watch?v=a-mqkjDnljo
Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
PRAY NOT BECAUSE YOU NEED SOMETHING, BUT PRAY BECAUSE YOU HAVE A LOT TO BE THANKFUL FOR :heart: