Harry Potter and the deathly hollows part 2

Siapa yang tidak kenal dengan ahli sihir muda si Harry Potter.Ahli sihir yang memakai cermin mata berbingkai bulat dan mempunyai parut seperti petir di dahinya.Siapa pula yang tidak mengenali Lord V yang amat hebat tapi jahat yang merupakan musuh tradisi Harry.Besok segala-galanya akan berakhir.

Malam esok, tepat pukul 9.10 malam bersamaan 13hb Julai, semua ini akan berakhir.Sebab apa?Sebab malam esok, adalah tayangan  bagi episode terakhir bagi siri harry potter.Harry Potter yang mempunyai 7 buah novel dan 8 buah filem, deathly hollow ada 2 parts, lagenda ini akan berakhir esok.

Walaupun aku dah habis baca kesemua novel hasil karya J.K Rowling ini, tapi movie nyer tetap tidak boleh di lepaskan untuk di tonton.Minggu lepas lagi,tiket sudah di beli oleh our CEO.Ramai juga yang pergi tengok.Nampak gayanya kita je yang conquer tayangan perdana besok hehehe.Pada mulanya , kami sepatutnya pergi ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan Arsenal menentang Harimau Malaya,maklumlah tiket pun dah ada, tapi last minit , terpaksa batalkan pula.Lagipun kita tahu, harimau Malaya mesti boleh menang kan?Kepada rakan-rakan yang lain, support Harimau Malaya, jangan salah pakai baju pulak hahaha.

Sebenarnya aku tak kisah sangat pun pasal bola sepak, aku tak pernah minat pun sebenarnya,Tapi Malaysia main kan?so kenalah support.Takpe next game punya tiket pun ada lagi, untunglah ada pass masuk :-P .Aku tengok kalau beli, mak aih mahal bebenor tiketnyer.

Dulu kan, aku selalu buat comparison antara twilight dengan HP.Tapi kali ini aku tak nak buat benda yang sama, cuma aku ada sesuatu yang aku nak kongsi dengan pembaca semua.Cuba tengok.

Kelakarkan hehehe.Okey, ini cuma gurauan jangan ada yang marah pula, sebab minat Robert P.Oh, kalau sesiapa yang minat dekat Robert P boleh lah menonton filem lakonan beliau , water for elephant,it’s a good film by the way.

Okey nanti dah tengok cerita dia, saya akan buat review (pasal HP bukan pasal water for elephant), kalau rajinlah kan, hehehe.

p.s:nanti Ya balik kita tengok sama-sama yerp.Sorry :-D .

 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak