Aku dah lama tak baca komik, tapi entah kenapa tergerak hati ini (hati boleh gerak ke?) untuk menyelongkar aplikasi dalam iPhone aku.Bukan apa, aplikasi ini dah lama ada dekat situ, cuma aku tak pernah nak terokainya lagi.Entah macam mana, jari aku ter’slide’ ke G dan aku secara rawaknya memilih Gantz.Aku pernah dengar pasal cerita ni,(lebih kepada aku pernah tertengok poster dan manganya tapi tak bagi perhatian pun) jadi dalam kebosanan, aku pun mula mendownload komik ini.Ada 3oo lebih chapter,semua sekali.

gantz

Ceritanya bermula apabila sepasang , hurm dua orang pelajar sekolah menengah atas,Kei Kurano dengan Masaru Kato yang mati dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang pemabuk yang telah jatuh ke trek keretapi.Setelah kematian mereka, Kei dan Kato telah di teleport ke sebuah bilik apartmen di Tokyo.Terdapat beberapa orang di dalam bilik tersebut dan mereka semua baru sahaja menemui ajal dan di teleport ke bilik itu.Mereka dapati mereka tidak boleh meninggalkan bilik tersebut.Disalah satu penjuru bilik, ada sebiji bola hitam yang di kenali sebagai Gantz.

Gantz kemudian menyediakan suit hitam yang memberi Kei dan Masaru kebolehan luar biasa, dan melengkapkan mereka dengan senjata-senjata yang sangat canggih.Setelah memakai suit dan melengkapkan diri masing-masing,Gantz menetapkan sasaran yang perlu di hapuskan iaitu makhluk asing yang berada di persekitaran Jepun.

MEreka kemudiannya di teleportkan keluar dari bilik tersebut dan mereka tidak boleh kembali selagi sasaran tidak dapat di hapuskan atau masa limit belum habis.Jika mereka dapat bertahan , setiap individu akan di berikan mata untuk setiap makhluk asing yang mereka hapuskan.Mereka kemudiannya di biarkan keluar dari apartmen sehinggalah misi seterusnya.

Satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari permainan maut ini adalah dengan mengumpulkan seratus markah di makna individu akan diberi pilihan untuk 1)melepaskan diri dan memori di hapuskan , 2 )mendapat senjata yang hebat dan 3) menghidupkan kembali mereka yang terbunuh semasa bersama dengan Gantz.

Gantz

Terdapat perancangan yang lebih dahsyat bagi umat manusia di sebalik Gantz ini, jadi kalau nak tahu kenalah baca komik ataupun menonton anime nya.Yang agak mendukacitakan Gantz ini telah dilesenkan dan satu jalan untuk emndapatkan anime Gantz adalah dengan pembelian .Awwww…jadi kalau sesiapa yang berminat dengan Gantz boleh lah mula membaca manganya seperti saya, oh dan tahun ini , Gantz telah melancarkan live action movie nyer di teater.Jadi bolehlah download, oppsss boleh lah tengok di pawagam yerp…

httpv://www.youtube.com/watch?v=WhpcGSFpd3o

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »