Sebelum anda semua start engine nak bergerak menuju ke ibu kota kita pagi ini, lebih baik saya bagi penerangan awal dulu.Tiada salji di Kuala Lumpur , I repeat, tiada salji di Kuala Lumpur.*Awwwww~~ (Oh, Abang di belakang tu, janganlah kecewa yer).Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah drama yang saya tonton pagi tadi.Sebelum, anda marah-marah selepas penat memakai cermin mata 3d untuk menonton ramalan cuaca di astro beyond dalam bentuk HD dan di television #d yang anda baru beli sempena tahun baru, di bawah adalah cover untuk cerita ini.So jangan tersalah sangka yer~
Okey saya bukan nak buat review tentang cerita ni,sebab kalau anda nak tahu anda boleh google and jumpa banyak review di internet pasal cerita yang di tayangkan di Astro ini.
Pada pandangan saya, cerita ini agak sweet, sweet sampai sakit gigilah orang kata, oh maybe Malik yang kata macam tu.Watak utama dalam cerita ini, adalah Malik yang jatuh cinta dengan Diana.Malik lamar Diana, Diana tolak pasal nak pergi UK.Malik tanya apa beza UK dengan KL, Diana jawab, contoh”Salji”.Diana kata kalau Salji turun kat KL, dia mungkin akan stay”.Jadi Malik pun mulakan misi nak turunkan salji untuk Diana.
*Notice, “kalau awak sayang saya,” bukan “saya sayang awak” di dalam mesej tersebut.
Dia ni lah yang kata cerita ini sweet sampai sakit gigi hehehehe.
Jadi bertungkus lumus ar,Si Malik ingin menjalankan eksperimen nak bagi salji turun.untuk kesudahan cerita, sila tonton sendiri okey?
Apa yang nak ditekankan dekat sini, bila Diana kata kalau salji dekat KL, saya mungkin akan terus stay.Ini macam ayat cliche di mana”kalau awak sayang saya, awak itu, awak ini”.Dan seperti biasa, Si lelaki yang tengah in love ini pun buat ler, making the impossible , possible.Lagipun impossible is actually I’m possible kan?tak tahu siapa reka benda ini tapi memang creative dan positive thinking betul macam juga,” I don’t fail, I only find ways that didn’t work”..Okey kawan-kawan saya dah jauh kelaut, jom balik ke darat.
Jadi in the end, korunk rasa apa jadi?saya rasa senang je nak predict kan?tak mahu spoil the story, jadi pergi tengok sendiri.
Pickup line yang paling comey dalam cerita ini adalah sewaktu mereka mula-mula bertemu…
Diana: hai, saya Diana, pelajar baru dekat sini Malik:Hai, saya coklatlol, I meant hahaha.Keadaan agak janggal di situ.Bunyi kelakar tapi realiti boleh terjadi.jadi kepada sesiapa yang ada masa lapang(pukul 3 pagi tengok cite ni kot) macam saya di ketika ini, bolehlah menonton cerita romantik bersalji di Kuala Lumpur.Mana tahu,lepas ini gadis idaman anda minta, turun hujan coklat ke, turun bunga matahari ke, turun hujan emas ke,tak pun 7 warna pelangi,atleast dah ada idea mana nak mula lol… :rotfl:
2 Responses
wah…..mcm comel je malik.. ;)
yup,agak comel, tapi diana comel juga.Sadly,dia ada orang lain…yang kesiannya, dia tak bagitahu malik