Ocean Hauz – Bandar Baru Bangi

Hello pencinta makanan apa khabar anda semua? moga berada di dalam kesihatan yang baik hendaknya. Dah lama aku tidak menulis kerana kesibukan kerja, jadi kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah kedai makanan laut , Ocean Hauz yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Sebenarnya dah dua kali aku menjejakkan kaki ke restoran ini. Pertama kali sempena menyambut kepulangan sepupu aku dari Liverpool, bakal pengantin baru ( sekarang sudah pengantin ye, Alhamdulillah) dan kali kedua sempena menyambut birthday Mui.

Untuk sampai ke tempat ini tidaklah sukar, aku pakai Waze sahaja,  cuma perlu type Ocean Hauz terus di bawanya kita ke Ocean Hauz. Restoran ini bertempat di No 13, Jalan 8/35, Seri Bangi Commercial Centre, Bangi. Untuk tempahan anda boleh hubungi 03-89123971, mana tahu kalau silap hari bulan, penuh, tak perlu bersesak nak menunggu meja kan?

Kedai ini di buka dari pukul 4.30 petang  – 11 malam ( Isnin – Jumaat) dan 12.30 tengahari hingga 11 malam ( Sabtu dan Ahad).

Ocean Hauz - Bandar Baru Bangi

Bila dah sampai ke Ocean Hauz ini, perkara pertama yang anda perlu buat adalah memilih benda apa yang anda hendak makan, jadi pilihlah makanan laut kegemaran anda. Ada pelbagai jenis makanan laut dari ketam, sotong, lala, udang, bamboo clam, dan pelbagai lagi.

Ocean Hauz - Bandar Baru Bangi IMG_9945 IMG_9950 IMG_9946

Lepas dah pilih ikut suka hati dan selera perut masing -masing, seterusnya proses penimbangan harga haiwan – haiwan (betul ke guna haiwan, okay tukar hidupan laut) , harga hidupan laut tadi akan di jalankan di kaunter. Sambil itu pekerja dia akan tanya anda nak masak macam mana, sama ada lemon butter, garlic pepper, spicy pineapple. Aku suggest spicy pineapple sebab lemon butter tu rasa dia macam muak sikit nanti.

Selepas dah membuat pilihan hidupan laut dan cara masakan, boleh terus melakukan pembayaran. Telan air liur juga nak bayar, jadi pastikan anda memilih hidupan laut tadi mengikut budget masing- masing dan bukan sekadar mengikut kehendak tekak sahaja ye HAHAHA.

IMG_9949

Setelah bayaran di buat, anda akan di bekalkan dengan kertas mahjong , (aku panggil kertas nak lukis pelan), kertas ini akan di letakkan di atas meja. Pastikan bahagian yang licin mengadap ke atas, jangan lakukan kesilapan seperti diriku ini. Anda juga akan di bekalkan dengan apron mengikut jumlah orang yang ada. Jadi kepada yang sentiasa memakai baju berjenama dan tak mahu ia berbau atau terkena dengan makanan laut selepas makan, boleh siap – siap pakai apron ye.

IMG_0535

Makanan mengambil masa lebih kurang 20-30 minit untuk siap, jadi gunakan 20 – 30 minit yang ada ini untuk bergurau senda, berselfie, update lokasi facebook, bincang pasal perkahwinan, bincang pasal masa depan, ataupun politik. Sekejap sahaja masa berlalu, makanan pun sampai. Bila dah sampai tu jangan lupa cuci tangan, amalkan cara hidup yang sihat ye. Lepas dah cuci tangan, jangan pulak terus menyerbu makanan tanpa membaca doa makan, haa jangan kata terlupa pula macam mana nak doa, makan kita tak lupa pula kan?

Makanan yang siap di masak tadi akan di taburkan di atas meja makan yang beralas dengan kertas pelan arkitek tadi. Selepas makan di hidangkan , apa lagi , dig in guys!!

IMG_0542 IMG_0545 IMG_0548 IMG_0552 IMG_0540

Ini sewaktu sesi makan bersama dengan sepupu aku dari Liverpool.

IMG_9976 IMG_9972 IMG_9973 IMG_9971 IMG_0718

Secara keseluruhan Ocean Hauz bagi aku, so – so sahaja. Aku tak suggest anda ambil ketam sebab dua kali aku datang , ketam dia tak ada isi sangat. Jauh berbeza dengan ketam dekat Fatty Crab. Tapi dekat sini dia punya udang semua gemuk – gemuk, maksud aku gebu – gebu. Budget untuk makan di sini, aku rasa lebih kurang kena peruntukkan RM400 – RM600 untuk satu sesi. Walau bagaimanapun, budget tetap bergantung dengan apa yang anda pilih.

Kepada yang ada masa, boleh cuba try test datang ke Ocean Hauz untuk merasainya sendiri. Tolong jangan tanya perbezaan dengan Shell Out sebab aku sendiri pun tak pernah pergi. Kalau ada yang nak pergi ke Shell Out dan nak sponsor makan malam , jangan lupa hubungi aku ye.

Until then, tata.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

8 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »