Hi pencinta makanan dan khususnya kepada pencinta daging. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua sebuah kedai SteakHouse , Met Point TTDI yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-7733 3573
Mon-Thu: |
12:00 pm – 11:00 pm
|
Fri: |
6:00 pm – 11:00 pm
|
Sat-Sun: |
12:00 pm – 11:00 pm
|
Aunty Juju dah banyak kali sebut tentang kedai ini ketika di office, jadi memandangkan weekend aku tidak mempunyai apa – apa aktiviti, aku pun decide drive terus dari office dan menuju ke Kuala Lumpur. Sebenarnya dah 2 kali aku pergi ke Meat Point ini. Dan selalunya kalau dah lebih daripada sekali, memang tempat ini sedaplah bagi aku. Bagi korang aku tak tahulah pula kan, kalau tahu, pelik pula.
Sewaktu pertama kali aku pergi, hujan turun membasahi bumi dan aku dalam keadaan yang tidak begitu sihat untuk menangkap -nangkap gambar, mana nak ada mood tangkap gambar sewaktu kesakitan dan kehingusan. Jadi kali kedua aku ke Meat Point ini sekali dengan Aunty Juju dan Aunty Tihah, ehem ada bau iMac baru tahu pulang ke Seremban. hehe.
Jadi sampai sahaja di Meat Point, macam biasa kita boleh pilih daging mana yang kita hendak dari chiller ataupun kalau dasar pemalas dan punggung berat, kita duduk je dekat kerusi dan beritahu pekerja kita nak makan daging apa dan dia akan bawakan ke meja mengikut pilihan yang telah kita buat.
Selepas pemilihan daging telah di buat, bolehlah decide nak side dishes apa dan sauce apa. Ikut suka andalah, jangan minta sos tiram sudah. Pemilihan tahap kemasakan (aku tak tahu ayat ini betul atau tidak, tak apa asalkan korang faham sudah) perlu di buat untuk memastikan daging yang di masak itu mengikut citarasa anda. Untuk aku, Medium Well, tak terlalu keras dan tidak terlalu rare, lembut dan enak. Aunt Juju prefer Rare. Aku pernah try sekali, rasa dia sedap juga, tapi rasa macam agak pelik pun ada. Saranan dari seorang kawan supaya aku mencuba medium rare, tunggulah kalau ada kesempatan, mungkin boleh mencuba.
Sambil menunggu makanan tiba, anda bolehlah berborak, main handset, check in, selfie, tangkap gambar, dengar conversation orang sebelah (bukan salah aku, dia cakap macam depa own the place, sepelaung jauhnya boleh dengar). Tidak berapa lama kemudian, air pun sampai, tapi janganlah minum air sampai habis nanti kau kekenyang , siapa nak habiskan steak yang maha sedap itu.
Dalam 15 minit, (okay aku agak sahaja, bukan tengok jam pun) Steak yang maha enak pun tiba di meja.
Aku rasa tak perlu kot nak bagi bintang – bintang atau grading sebab aku ini bukanlah seorang yang bertauliah dalam bab makanan ini. Dari pendapat peribadi, aku memang suka tempat ini sebab enviroment dia yang macam chill, makanan sedap dan menepati rasa yang aku inginkan. Jadi aku tak teragak-agak untuk mengajak anda datang untuk mencuba sendiri makanan di Meat point TTDI ini. Kepada yang tak mengemari daging, ada juga hidangan seperti Salmon dan seafood dekat sini, tapi dah nama Meat Point kan, apa yang kau cari seafood dekat sini, baik cari di kedai bernama Seafood Point. Hambar. I know.
Jadi kalau ada masa terluang dan mencuba tempat western yang berlainan dari tempat yang anda selalu pergi, bolehlah datang sendiri dan mencuba. Di sarankan untuk menunggu selepas gaji untuk datang ke mari ye.
Until then.
Tata.
2 Responses
Hmmm yummy tengok ni, nak makan lapar :D
Ohh myyy gooddd steak!!