FoodPorn: Restoran Tong Juan Stuffed Crab

Macam dah lama tak update entri pasal makanan kan? Jadi kali ini mari kita update sikit tentang salah satu makanan kegemaran aku, iaitu Stuffed Crab atau Ketam Sumbat. * Yedok ketam sumbat dalam bahasa Malaysia dia? Hentam sahaja lah.

Kepada yang pernah membaca entri sebelum ini, aku pernah bawa Ijat dengan Pian pergi makan dekat restoran ini tahun lepas. Tapi time tu aku update sekadar ala kadar since masa itu tujuan ke Kemaman untuk makan sata dengan otak – otak. Kemaman? ha ah, Retoran Tong Juan ini berada di kemaman, di mana ianya hanya terletak lebih kurang 53 km dari bandar Kuantan. Jadi kalau nak buat day trip ke sini pun boleh.

1
Hadapan kedai

 

Jadi ini adalah antara makanan yang kita kami pesan untuk makan tengahari.

2

3
Rupa isi dalam ketam, dia lebih kurang macam popia, tapi isi dalam dia letak isi ketam NOMNOMNOM.
4
Sotong Cili Kering
5
Kangkung belacan
6
Butter Prawn
7
Stim Halia
8
Patung datang lah lagi

Overall memang puas hati makan tengahari dekat sini , makanan semua sedap – sedap dan kepada penggemar seafood memang di sarankan untuk datang dan mencubanya sendiri.

Nak komen sikit pasal setiap makan dia sikit. *Macam masterchef pula

Kangkung belacan memang seperti biasa kangkung belacan , cuma yang seronoknya dekat sini batang tak banyak macam kedai yang lain. Selalunya aku naik confuse  sama ada aku makan kangkung belacan atau batang kangkung belacan.

Butter Prawn? butter Prawn dia sedap, memang rasalah makan udang tu dan udang pun semua gemuk- gemuk berisi dan sangat juicy. Sedih bila mengenangkan udang di kebanyakan kedai yang aku makan macam tak cukup makan je. Tapi mungkin sebab udang di kawasan sini fresh, mungkin kot.

Sotong Cili Kering, tak banyak yang boleh nak komen pasal sotong ni, sebab aku memang suka sotong, rasanya boleh tahan.

Stim Halia, ini kesukaan ayahanda since ayah aku tak makan ketam. Stim Halia ni bagus untuk buang angin kalau sesiapa yang pening kepala , perut masuk angin, sesuai sangat makan. Jangan melepaskan gas tengah makan sudah.

Stuffed Crab masih sedap seperti dulu walaupun harga dah makin naik, tapi masih sedap. And you guys should try it.

Kucing Datanglah lagi… sedap, rasanya lembut… buang tabiat apa makan kucing… -_-‘

Kebanyakan entri yang aku baca mengatakan kedai ini mahal, (kebanyakan dia orang pergi masa time cuti, based on harga aku kena rasanya dia orang punya lagi mahal) tapi pendapat peribadi,standard restoran memang harga dia macam ni. Cuma perbezaannya worth atau tidak, sedap atau tidak je. Dekat bawah ni aku senaraikan harga yang kena haritu.

Stuffed Crab : RM8.50 * 10 = RM85
Siakap Steam Halia = RM37.50
Sotong = RM25
Butter Prawn = RM36
Kangkung Belacan = Rm14
Rice = RM6
Drinks = RM11.20
Kacang=Rm1.50
Tisu wangi = RM1.20
 
Total:RM217.40
 
*Makan untuk 4
*5 Stuffed Crab di bungkus bawa balik
*Kacang tu ibunda cakap untuk tips pekerja, korang taknak kacang dengan tisu tu bagi je  tahu

Harap boleh di jadikan panduan untuk mereka yang nak pergi makan dekat sini. Until Next Post bye bye!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

2 Responses

  1. Bro…Tong Juan ni masih belum dapat Halal Jakim ke? Kalau dah dapat Hala Jakim nak jugak aku pergi lagi.

    Masa zaman jahiliah dulu mmg aku sebat jer semua kedai Cina yang ada org Melayu masuk. Tapi sekarang ni dah rasa loya anak tekak nak masuk.

    Maaf kalau agak sensitif soalan di atas.

  2. cili kering kat sotong tu klu beri kat sis , mmg sis makan … sis klu order udang , udang tu ada kulit , sakit hati je nak mkn . maka dgn kemalasan paksa diri buang kulit sebelum mkn … kangkung belacan bukan rm 1 ker … hehehee … bimbangnya bila tiba2 tersesat kat kemaman , lupa lak pasal restoran nih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak