Sejenak berdessert di Madam Kwan’s

Hello apa khabar semuanya?

Lama betul tak updated entri, memandangkan ada sedikit masa terluang ini barulah boleh nak menulis kembali. Cerita tentang Phuket kita simpan dulu yer, kita cerita pasal Madam Kwan’s yang ada banana fritter yang sedap bukan main lagi.

Balik dari Phuket tempohari, sempatlah singgah di Madam Kwan’s untuk minum petang di Pavilion Kuala Lumpur.

Selalunya , aku minat makan nasi Bojuri dekat Madam Kwan’s ni, tapi since tajuk dia pun dah berdessert di Madam Kwan’s memang tak makan berat, lagi pun baru je lepas lunch Mee/Meehon Seafood Curry di Cosy Corner di Great Eastern Mall.

Kalau sesiapa yang belum pernah mencuba Banana Fritter ini memang patutlah mencuba, dan kepada yang pernah makan, tahulah betapa sedapnya rasa dia. Yang aku makan ni di Pavilion, Kuala Lumpur. Madam Kwan’s ni ada banyak branch dia, yang aku tahu dekat Mid valley pun ada, tempat lain kurang pasti, jadi benda apa yang aku syorkan korang cuba dekat Madam Kwan’s untuk dessert?

Banana fritter madam kwan's RM 12.90
Banana fritter madam kwan’s RM 12.90

Banana Fritter ni dia serve panas – panas, campur dengan ais krim vanila yang sejuk. memang terbaik rasa dia. Menu yang kedua adalah….

sago gula melaka RM7.90
sago gula melaka RM7.90

Yang ini pun menarik juga rasa dia. Kepada para peminat sago bolehlah mencuba sago dekat sini.

Menu yang terakhir.

Fruit Rojak Rm14.90
Fruit Rojak Rm14.90

 

Kalau makan rojak, yang paling penting kuah dia. Kalau kuah tak sedap, tak jalan beb. Kuah rojak dekat madam kwan’s ni memang boleh tahan rasa dia. Jadi kepada peminat rojak buah, bolehlah mencuba.

Lama tak buat entri makan-makan ni. Entri Phuket tunggu saya ada mood sikit yer. Tata

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak