So hari ini first day berpuasa dan aku start berpuasa bersama rakan2 di universiti.Pada tahun lepas, kebetulan bertembung dengan semester break, first day aku bersama family di rumah tapi pada tahun ney nampaknyer terpaksalah berpuasa di perantauan.Macam ler jauh sangat kan huahuahua.So hari ni tak banyak aktiviti.Aku mulakan dengan menonton Fullmetal Panic yang pada pendapat aku agak menghampakan memandangkan aku dah menonton 3 episod dan jalan cerita yang aku harap agak gempak ala ala Gundam rupanya tidak dan lebih ternyata  agak mengarut.jalan cerita agak menarik cuma perwatakan watak macam agak tak best, dengan hero ala -ala cool tapi sebenarnya tidak dapat membezakan pengebom dengan orang yang tertinggal beg yang dipenuhi dengan patung permainan BARBIE~ hahaha…

Sedang mengemaskini laptop, membuang mana- mana file-file yang tidak perlu terjumpalah cerita LIAR GAME.Sinopsis cerita ney la serba sedikit.Protagonist adelah seorang wanita yang agak jujur atau disini bermaksud terlalu lurus yang selalu ditimpa nasib malang “she is too honest for her own good” well i know about this as i already experience it myself but that is another story.So what happened is, die terlibat dalam satu permainan di namakan LIAR GAME di mana dua pihak di beri wang sejumlah 100 milion yen dan dalam masa 30 hari di kehendaki untuk mencuri wang antara satu sama lain.Setelah di tipu, perempuan ney mencari seorang genius swindler yang baru keluar dari prison untuk mendapatkan kembali wang yang di rompak,.setakat ney cerita ney agak seronok di tonton mengingatkan aku dengan Kurosagi hehehe…

Sebelah petang aku,Zahid,Maz dengan Afif bergerak ke salon di sebabkan rambut aku perlu di potong haih~Agak puas hati lah hasilnya berbandingan semester lepas.Kira teknik amoi ney agak sama dengan John, aduyai lama tak jumpa John nanti bising die aku potong rambut dengan orang lain.

potong wambut
potong wambut

Abis sesi bergunting, kami bergerak menuju ke BAzaar Ramadhan UIA, GOMBAK…wah~first time aku jejak kaki ke sini.Menurut Maz Bazaar ney bukan lah full potential lagi memandangkan hari ini pertama berpuasa, tunggulah pertengahan nanti macam danau kota jadi nyer.Aku memilih Nasi KuKus ayam berempah bersama Kebab sebagai makanan pembuka puasa nanti.Si Maz ada membeli lasagna di sebuah gerai yang kebanyakannya menjual western food.So tengah tgh- tgh kat bazaar ney teringat pulak kat seseorang, yelah ney kan Universiti nyer, kalau selalu die datang tapak pasar malam aku, manakan tak terserempak dengan die dekat sini.Hurm takde pulak ternampak, mungkin balik kuantan kot…

Pulang ke asrama, bergegas untuk mengerjakan solat Asar yang masih belum di tunaikan lagi.Selepas selesai, sambil menunggu waktu berbuka, aku menghabiskan masa menelaah buku photography yang dah aku khatam beberapa kali.Tapi ye lah kan, kekadang sekali pintas baca ada yang kita terlepas pandang ilmu yang ada kat dalam sebuah buku, kali kedua mungkin dapat ilmu yang baru.Tiba waktu untuk berbuka, apa lagi dig in selepas membaca doa makan dan doa buka puasa.Lasagna yang di beli tak sesedap lasagna yang di buat oleh Razif MAula.Ajih tolong jangan kembang..tapi yelah memula aku tak suka sangat lasagna ney maklumlah pada aku rupanya die taklah menyelerakan tapidon’t be mistaken.Its main attraction adalah the sense of smell die yang pada aku sangat best.Tetiba rindu spaghetti yang mak aku selalu buat.kalau time berbuka dan menu adalah spaghetti memang aku tibai sampai 3 pinggan ppergh nafsu~nafsu~ kuatnyer nafsu makan.

Hurm laptop nak di kemaskini, aku masih belum menggunakan monster 1Tera aku hahaha.Jumaat aku dah berjaya melakukan lawatan ke Jalinan Engineering di Sri Gombak bagi assignment Pro Com 2 aku.Hurm orang nyer ramah-tamah dan aku gain knowledge sedikit dalam kerja-kerja di keretapi ney bagaimana signaling di buat dan safety precaution yang di ambil.Mengikut Hj Din yang kami temuramah, Sepanjang 10 tahun berkerja dengan syarikat ni, dah pelbagai tempat dah dilawati antara sweden,pakistan,canda,australia even alaska pun beliau dah sampai.Seronok dengar pengalaman beliau, mana taknyer semua tempat itu di sponsor dan mereka training selama 2 hingga 1 bulan untuk setiap sesi.Seronok2.Kami dibawa ke bengkel tempat mereka bekerja.Di sini dapat lah serba sedikit maklumat tentang safety relay yang digunakan serta fibre  optic cable.pelbagai ilmu la aku dapat dari hasil 2 jam buat lawatan kat sini yelah buka mata buka dada buka hati terima benda baru.Tak salah pun dapat ilmu yang di luar dari bidang kita atleast kalau ade orang cakap pasal signaling atau block aku paham apa dieorang cakap hahaha….

Oh semalam juga,aku berjaya mengumpulkan 3 pemain bagi Killing floor ,konon2 nyer boleh lah menang kot bagi mode normal dan long length game.Kerjasama kami hanya termampu sehingga wave yang 8 ajer, adalah sikit pembaharuan.Kalau lah si Caer ade maybe we can win this, and facing the Patriach is no problem at all.Permainan berlanjutan sehingga jam 2 sehinggalah mata zul yang sudah kemaimaian menghalang usaha murni kami untuk mendestroykan si P tu.Takpe next day, masih ade dengan adenya Caer dengan Acap usaha ini akan berjaya muahaha.Kalau takleh jugak, aku quit main benda alah ney (konon~).

Semalam makan malam di Pak Li Kopitiam area2 danau kota bersama Maz,Afif,Mavyn dengan Bad.Memang best lar lepak dengan dieorang ni.Nak nak si Mavyn memang lawak siot mamat ney memacam idea die ade.BTW si M ney pernah wakil untuk WCG bagi Dota.Korunk minat DOta?alah benda alah warcaraft tu.Bad ngan M memang hebat dalam game ney.M cerita ada sorunk antara bebudak die ney boleh men DOTA sambil menelaah nota , giler ar…2 hari tak tido..manakan tidaknyer siang kelas dan belajar, malam DOTA sampai subuh, tido sejam 7 bangun terus kelas ..siang pergi amik test.Reaction Mavyn sambil click DOTA lepas tu amik nota baca memang lawak siot.U kiteorang bakal menjalankan projek game for DOTA so sesiapa interested boleh lah join.Aritu aku try main DOta tapi asyik kene tibai dengan Zul (Mimi@Abg Z) yang menurut si Afif adalah NOOB.Si BAd sampai boleh hafal berapa damage untuk setiap senjata , aku kata memang ko giler Dota kalau dah hit point dengan magic point serta defense dan attack punye damage point ko boleh hafal, tak gile namanyer tu.Ibarat kalau kita makan Maggi tapi boelh hafal setiap ingredient di dalam MAGGI tersebut.DOTA memang serius aku tak pernah main cuma aku main game Warcraft jer dan aku memang minat warcraft since warcraft 2 : tides of darkness and the dark portal.Kemudian beralih ke pada C& C Red Alert ingat lagi tak kat Tanya? si commando wanita yang wield double gun dan boleh letupkan bangunan semudah A,B,C…

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »