Awak half chinese?wo ai ni

Tajuk kalau boleh tak nak kalahkan?Sebenarnya tajuk tu di ambil dari lagu Just The Way You Are versi Malay yang dipopularkan oleh Caprice featuring Nik Irfan.Kalau sesiapa belum tengok dan mendengar lagu ini, sila lah berbuat demikian dengan menuju ke website youtube yang berdekatan dengan web browser anda.Tak jauh, hanya satu klik away dan rajinkan jari untuk menaip, Nik Irfan atau Caprice, just the way you are, dan anda akan menemui video yang telah saya sebutkan tadi.

Entri ini sebenarnya dibuat adalah khas untuk kawan-kawan yang berbangsa Cina yang sedang menyambut Tahun Baru Cina.Selamat Tahun BAru Cina, Gong Xi Fa Cai.Tak sia-sia belajar mandarin dekat Universiti dulu,tapi rasanya takkan menaip dalam bahasa Cinalah kan, memang pembaca sebilangan besar pembaca akan faham lah kan kalau saya berbuat demikian.(Sarcasm,mihmihmih).

Tahun sempat lah menjenguk ke beberapa buah rumah kawan – kawan yang berdekatan.Apa yang seronok selain daripada limau dan kacang?tentulah ang pow yang di berikan kepada para pengujung.Berapa jumlah kutipan ang pow kawan -kawan tahun ni?ada yang berjaya mencecah ribuan ringgit.Tahniah kepada anda kerana menjadi ribuwan, dalam masa beberapa hari sahaja. :-D

Apa yang menyeronokkan apabila duduk di Malaysia, khususnya di Kuantan, bandar Palma ni,adalah sambutan perayaan.Sangat meriah punya pun * Ah Chai mode.Dentuman bunga api dan mercun kedengaran di sana – sini,(kadang-kala terasa macam kanda di medan perang pula), tarian naga, dan sebagainya.Kawan-kawan yang berada di luar negara turut pulang untuk menyambut perayaan ini.Selalu terdengar di hujahkan masalah perkauman dan sebagainya, tapi di sini, sifat perkauman dan racist ini tidak ada.Semua pun hidup dalam keharmonian rumah tangga, I meant, keharmonian jiran tetangga, aduyai punya pun * Ah Chai mode.

Harap-harap budaya ini dapat di kekalkan sehingga sampai bila-bila.Pada pandangan peribadi, isu -isu yang tidak patut ini wujud akibat politik.Jadi di harapkan kita semua tidak terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif ini.

Saya ingin memohon maaf kepada June aka rabbit, sebab tidak dapat hadir ke open housenya malam semalam.Meriah sungguh , dari tepi jalan boleh nampak kemeriahannya,lip lap lip lap bagai.Maybe kalau ada kesempatan boleh jumpa esok sebelum rabbit pulang ke Aus :bunny: .

Sekali lagi di ucapkan Selamat Hari Raya, eh maafkan saya, Selamat Tahun Baru Cina. :party:

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »