Dulu aku rasa dunia ini ada dua pilihan je, Ya dan Tidak, Baik atau buruk, Salah atau Betul.Selalu memang itu ajelah yang logik.Tapi bila semak balik, naif gila fikir macam ini.Kebanyakan manusia terjatuh dalam golongan yang satu lagi.Golongan yang aku terlepas pandang, golongan yang di antara iaitu kelabu.
Sebelah kaki di hitam, sebelah kaki di putih.Cuma berapa banyak bahagian badan yang masuk dekat hitam atau putih yang membentuk karakter setiap manusia ini.
Jadi kalau dunia bukan terbahagi kepada hitam dan putih, bermaksud jawapan-jawapan yang ada objektif lagi, jawapan lebih kepada dalam bentuk subjektif dan esei, pelbagai pandangan atau pendapat boleh diutarakn dan di olah menjadi sebuah jawapan yang asli bergantung kepada setiap individu.
Tak semesti orang yang berada di kawasan putih itu, 100% dan tidak semestinya orang yang berada di kawasan hitam itu 100% hitam.Di sinilah mencerminkan keperibadian kita, di mana sebenarnya asas kita.Kerana berada di antaranya kita dengan senang boleh menjadi putar alam, lalang, lidah bercabang, talam dua muka dan etc.Tapi setiap apa yang kita buat berpunca dari mana asas datangnya kita.Hitam, ataupun putih.
dan ada yang berpendapat, kawasan kelabu adalah yang paling selamat kerana ia membawa kepada keseimbangan hidup, neutral.Berada di kawasan neutral atau atas pagar adalah kepada orang yang inginkan kawasan selamat, “play it safe” kata mereka.dalam realiti, tiada terms ini sebenarnya.Semua benda ada risiko dan kesannya.Jadi apabila kita mengambil risiko, kita harus menghadapi kesannya, itulah lumrah kehidupan yang sebenarnya.
P.S menulis sambil mendengar lagu Black and White