Day 4 Jumaat
10.10.2014
Seperti biasa, apabila ayam berkokok sahaja terus bangkit dari lena. Pagi ini dah berjanji untuk bertemu dengan Uncle Hatta di hotel beliau yang terletak di Shinjuku Gyomae, which is 2 stations away from us. Sebelum bergerak ke sana, tempat pertama yang kami singgah ialah Odakyu Sightseeing Service Center yang terletak di tingkat 1 Shinjuku Station. map seperti di bawah, saja aku sediakan supaya korang tak sesat macam aku. Berpusing -pusing aku mencari tempat ini sebenarnya, akhirnya bertemu juga.
Cari simbol ini mesti jumpa, jalan yang paling senang sellepas tiba dekat Shinjuku West Exit, naik escalator akan terus nampak office dia dekat sini.
* Gambar Map dan Simbol di ambil dari website rasmi Odakyu. Boleh pergi usha sendiri untuk dapat lebih banyak info.
Semasa di kaunter, kami mempunyai pilihan sama ada untuk ke Mt Fuji atau ke area Hakone, kawasan yang berhampiran dengan Mt Fuji. Memandangkan untuk ke Mt Fuji memerlukan masa yang lebih lama, jadi aku dengan Aunty Z buat keputusan untuk menikmati pemandangan di area Hakone sahaja. Iyela, tujuan sebenar memang hanya ingin melihat gunung tersebut bukan hendak pergi mendaki. Jadi kami ambil pakej area Hakone which cost us JYP5140 per person. Kami juga ambil pilihan untuk naik Romancer Car, kiranya nakperjalanan yag lebih selesa dan cepat sampai. Tiket untuk Romancer Car, 890 Yen untuk sehala (Kami ambil untuk pergi balik, bertolak pada pukul 8.30 pagi , balik 7.20 mlm. Nasihat aku , lebih baik pergi se awal yang boleh sebab kalau anda semua pantas, kawasan Hakone ini banyak tempat yang boleh di jelajahi dan di lawati.
Shinjuku — (Marunouchi Line) — Shinjuku – Gyoemmae (JPY 170)
Dah siap membeli tiket, kami terus bergerak ke Shinjuku – Gyoemmae. Perjalanan ke hotel Uncle Hatta tak susah pun. Keluar dari station, hanya berjalan dalam 5 minit terus sampai. Setelah bertemu dengan Uncle Hatta dan keluarga, kami bergerak menuju ke Shinjuku Station dengan berjalanan kaki, perjalanan sebenarnya agak jauh, tapi memandangkan kita berada dalam kawasan bandar memang tak perasanlah jarak perjalanan, menurut Uncle Hatta, perjalanan lebih kurang 2 batu, tapi aku dah periksa map, jarak dalam 1000 meter sahaja (1 kilometer) jadi bergantunglah kepada anda sama ada jauh atau tidak.
Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di OIOI Annex mall, Aunty Z nak beli kasut sebab kaki dia dah melecet akibat kasut yang di pakainya. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk perjalanan yang jauh yer.
Sampai sahaja di Shinjuku Station, kami meneruskan perjalanan ke Shimo Kitazawa (Odakyu Line). Mengikut kata Asyraf, kawasan ini cantik. Shimo Kitazawa ini terletak di luar sedikit dari kawasan bandar, jadi dalam perjalanan tu memang nampaklah kawasan orang bercucuk tanam, rumah – rumah kecil.
Setibanya kami di stesen Shimo Kitazawa, Uncle Hatta baru terperasan yang dia kehilangan telefon bimbitnya. Ah sudah, kalut kejap, takut – takut tertinggal dalam train. Bila di ingatkan balik kemungkinan besar dia tertinggal phone di Shinjuku Station sewaktu sedang membeli tiket. Kasihan pula dekat Uncle Hatta, memandangkan dia baru sahaja membeli phone tersebut sewaktu tripnya ke Guangzhou tempoh hari.
Okey, kita lupakan sebentar kisah mengenai phone, kita bersiar-siar pula di kawasan Shimo Kitazawa ini. Kebanyakan kedai – kedai di sini merupakan jenis kedai – kedai kecil dan kebanyakannya menjual barangan second hand, vintage dan antik. Lelah juga nak cover kawasan ini, aku sarankan supaya memperuntukan 1 jam 30 minit sehingga 2 jam . Yang paling menarik minat aku di sini, Starbucks Cafenya yang ada mempunyai ruang bawah tanah. Memang kemas – kemih habislah lah, malangnya aku tak sempat nak mengambil gambar nak tunjuk sebab masa ni tengah selok mencari wifi untuk update gambar di instagram hahaha!
Dekat sini juga kita orang berkenalan dengan Yukiko, kawan instagram si Syura. Untunglah ada followers ajak berjumpa dan bergambar , international follower pula tu, entah bilalah Kendall Jenner nak ajak aku berjumpa :laugh: . Manalah tahu nanti, ada rezeki , boleh terserempak dekat Cendol Mustafa ke, dekat tepi teluk chempedak ke, hahaha
Borak – borak dengan Yukiko, rupanya dia ini seorang model dan antara majalah yang terbaru dia di feature kan bersama dengan produk Muji. Muji tu apa? Alah, kedai jepang yang ada di Pavilion dan Mid valley tu. Fasih juga si Yukiko ni bercakap dalam bahasa English, kalau tak terkial – kial lah aku nak berborak dalam bahasa Jepang kan? Menurutnya, dia sendiri tak pernah datang ke Shimo Kitazawa ni, punyalah besar Tokyo ni kata kau.
Aku sambung pusing-pusing lagi area Shimo ni.
Selepas berlegar – legar, kami pun bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya. Semasa dekat stesen tu si Amy bagitahu aku,
“Pae, tengok tu cuba tangkap lawa langit kaler ungu – ungu”
:inlove:
5 Responses
dulu kami tanya sama staff kat stn..beliau yg bagi direction ke Odakyu ni..mmg x de sesat barat :-)
Nak ke Hakone..alahai..terimbau kembali kenangan ke sana dulu..mount Fuji menunjukkan ‘wajah’ nya yg ayu tu
Yukiko tu cantik arghh..ishh…nasib baik i ni pompuan :-)
Amboi nak Kendall aje yang ajak eh. Lawa lah area ni, macam back to the past je. Ok nak baca experience kat Hakone pupa memandangkan haritu kitorang xsempat pun gi situ.
Kendall tu cantik hahaha. Yup macam blast from the past, ada satu tempat lagi, tapi saya tak ingat nama dia. Kkadang kala ada tempat cantik yang tersorok orang tak tahu
best sebenarnya bila ada kenalan kat negara kita pergi . banyak perkara boleh rujuk kan … boleh gak tlh bargain beli barang . sambil menyelam sambil minum air … erkkk sesuai ke … heeee
sesuai sangat tu hahaha, tapi kita orang sekadar berborak dan bertanya pengalaman saja, dekat shimo kitazawa tak ada benda nak beli plus japan ni nak bargain susah skit