Selamat hujung minggu. Mari kkita sambung entri yang tertangguh ni.
Selepas bercakap dengan Hassan, kita orang sambung mencari Uncle Hatta, tapi pusing punya pusing tak berjumpa juga. Jadi next stop, kita orang decide untuk ke Ginza. Ginza merupakan salah satu tempat tumpuan bagi mereka yang minat untuk membeli – belah dengan lambakan Louis Vuitton , Bulgari , Salvatore Ferragamo, Hermes, Hennessy, Rolex, Cartier, Fendi, Moet & Chandeon, Gucci, you name it semua ada.
Omotoesando — (Ginza Line) — Ginza 170 yen
Memang kebanyakan orang yang aku perhatikan dekat kawasan Ginza ini mencerminkan high class society. Semua pengujung dekat sini dengan berkot, berbut, dan beg Louis Vuitton dengan Gucci bersepah orang pakai. Pusing- pusing jumpalah satu kedai yang aku mampu nak masuk, kedai kopi Starbucks sajalah kita hahaha. Dekat sini banyak juga kedai kopi yang fancy but according to my reading, coffee shop dekat sini, segelas air kopi boleh cecah sampai RM40 secawan.
Tak tahu kenapa masa sampai dekat area Ginza ini aku tak banyak sangat ambil gambar, mungkin keletihan akibat berjalan terlalu lama ataupun kedai- kedai dekat sini macam tak berapa menarik perhatian aku. Kedai Starbucks yang pertama aku masuk cantik rekabentuk dia, jadi aku terus bingkass ke kaunter nak order, nasib baik dia suruh aku check sama ada tempat kosong atau tidak dahulu, katanya sekarang ini peak hour, jadi sah-sah meamng tak ada. Lepas mengucapkan Arigato dengan loghat orang Kuantan, aku ajak Aunty Z pusing cari Starbucks yang lain. Aku yakin betul kalau tempat macam ini, Starbucks mesti ada bagaikan Vending Machine dan nak tahu benda? Starbucks tadi berada di penghujung blok satu bangunan dan di penghujung sebelah sini ada lagi satu. Mula – mula , aku ingat kedai yang sama, tapi nampak sama tapi bukan dia. Aku bergegas ambil seat dekat atas terlebih dahulu.
Dekat Starbucks inilah sempat meregangkan kaki tangan dan anggota badan yang penat turun naik tangga dan keretapi tadi, oh aku lupa beritahu, Tokyo ini bertangga – tangga ye kawan – kawan. Pastikan anda sihat dan bertenaga serta fit sebelum terjah ke Jepun ini. Mungkin kalau berjalan lenggang kangkung seronok tapi kalau dah bawa beg, kamera, tangan dengan barang – barang yang di beli boleh agaklah keadaan dia macam mana. Dekat grocery store pun pakai troli kan?
*Balik Malaysia, aku rasa dah tumbuh muscle atas bahu, macam Brock Lesnar kahkahkah!
Kalau nak tengok Jepun mengamalkan sistem kitar semula, dekat Starbucks boleh nampak bagaimana dia orang memupuk sikap suka kitar semula. Kalau kita main tinggal je gelas atas meja (Cepat mengaku siapa pergi makan dekat IKEA tapi berat nanang nak kemas meja.) ada tong sampah di sediakan pun tak digunakan, astray disediakan pun sedap hati buang abu rokok dekat lantai. Dekat sini, kau kena buang plastik penutup di tempat di khaskan plastik, lebihan air kena buang di tempat bertanda liquid , kertas dekat tempat bertanda kertas. Tapi nak cakap macam mana, minum air tin pun kita campak air tin dalam longkang kan?
Memandangkan ruang sangat limited dekat Jepun, bila tengok bagaimana dia orang praktikkan ruang , kadang kala rasa kagum juga. Ruang dia orang sangat kecil, jadi kerusi semua dekat – dekat je, jenis pun comel – comel je. Memang kalau orang sebelah tengah minum, boleh nampak minum apa, kalau tengah main laptop, boleh nampak buka website apa.
Selepas selesai mengupdate status facebook yang berbunyi ” kalau iphone 6 harga bla bla bla murah tak?” aku sambung menghabiskan kebab yang di beli di Shin Okubo tadi. Pasal harga iPhone 6 memang murah berbanding Malaysia, paling mahal iPhone 6plus 128Gb which is RM3030. Selepas dah mengenyangkan perut, dengan senang hati kami bergerak menuju ke kawasan Ginza. Nak pusing-pusing tengok keadaan di sini, macam abang long lawat kawasan lah, kalau nak membeli, tak mampu. Ada satu keluarga MAt Saleh ini aku perhati, turun dari kereta macam Alphard tu depan- depan butik, siapa orang escort ke dalam butik lagi, kemain selesa kalau macam tu. Aku kalau tahap macam tu, kalau nak pergi ambil jeruk mangga asam boi pun nak suruh escort juga lah, mana tahu ada orang nak curi jeruk tu HAHAHA!
Ginza – (Hibiya Line) — Roppongi 170 yen
Dari Ginza, kami menuju ke Ropponggi. Dekat sinilah terletaknya Hard Rock Cafe Tokyo. Masa dalam perjalanan ke sini, sewaktu di dalam train, boleh pula cover Sony Action Cam terkeluar dari poket dan jatuh atas seat. Nasib baiklah pakcik sebelah aku bagitahu dan hulurkan cover tu dekat aku, tak pasal pula nanti hilang, buat naya je. Aku pun dengan fluent seperti dah 8 tahun setengah menetap di Tokyo mengucapkan arigato gozaimasu kepada pakcik yang aku rasa ada petalian darah dengan Shinji Kagawa.
Tiba di Ropponggi, aku follow Aunty Z, sebab katanya dia familiar dengan kawasan sini. Tak susah pun , dari stesen macam 10 minit berjalan terus sampai ke Hard Rock Cafe Tokyo. Dekat area Roppongi ini aku ada ternampak juga kedai kebab, tapi menurut uncle hatta, tak halal especially yang ada perkataan Doner tu. Maklumat katanya datang dari group facebook pelajar malaysia di jepun , harap kalau ada sesiapa boleh justify kan perkara ini, sangatlah di hargai.
* Info yang aku jumpa pasal beef kebab non halal tapi chicken dan lamb halal. Beef tu jadi tak halal sebab beef diambil dari Australia tapi lemak beef tu di ambil dari Jepun.
Sampai sahaja dekat Hard Rock Cafe, adegan sambar menyambar baju pun terjadi. Aku sempatlah sambar dua tiga baju dekat sini, *abg fadli 10000 yen bukan 100 ringgit tapi 300 ringgit okay?? (monolog dalaman) jangan selok lupa diri sangat. Lepas membeli sedikit baju, aku dengan Aunty Z pun pergi ke belakang Hard Rock Shop tu nak bergambar dengan logo Hard Rock Cafe. Ternampak pula ada sekumpulan orang melayu *dengar dia orang cakap bahasa melayu tu yang aku tahu tu. Jadi aku pun offer nak tolong tangkap gambar untuk dia orang. Lepas sesi bergambar, borak punya borak, rupanya salah seorang brader ni kawan sepupu aku , Rafee yang sedang belajar di Liverpool, what a small world kan. Macam mana boleh tahu? lepas dah snap gambar tu, kita orang pun snap juga gambar sesama kita, jadi persoalannya macam mana nak hantar gambar tu, jadi paling senang add di facebook, tengok- tengok mutual friend dengan Rafee, macam itulah yang tahunya. Dia orang berjalan dengn aunty mereka yang menetap di Tokyo ni. Untung kan? nak pergi Tokyo je hello aunty hahaha. Di orang pun nak pergi ke Hakone pada hari sabtu, dah siap ada itinerary lagi, aku apa lagi, snaplah itinerary mereka untuk di jadikan panduan.
P.S yang kiri sekali mix japanese, anak aunty yang baik hati ni. Yang kedua dari kanan tu Korean mix okey.
*Hakone ni area yang terletak di luar kawasan Tokyo, di mana kita boleh nampak Mt Fuji dari area sini without actually pergi ke Mt Fuji. Area Hakone ini pun dah cukup besar, dan kita boleh memilih sama ada nak beli pass untuk sehari, dua hari atau 3 hari. Dengan pass ini dah merangkumi semua transport dan fee tempat masuk, itu aku akan ceritakan dalam entri lain okay.
Sepanjang berjalan di Ropponggi, sudah kelihatan Tokyo Tower yang memancar – mancar dalam kegelapan malam bagaikan memanggil aku untuk menghampirinya. Menurut aunty Z, nampak sahaja dekat, tapi jauh sebab dia pernah berjalan dari Hard Rock Cafe ke Tokyo Tower dahulu. Jadi aku tanyalah Aunty yg tinggal dekat tokyo ini dan dia pun cakap jauh. Dia suggest kita orang naik train pergi ke train station lagi satu yang lebih dekat iaitu Kamiyacho Station.
Roppongi — (Hibiya Line) —- Kamiyacho Station 170 Yen
Tadi aunty tu cakap dekat sikit kan? sebenarnya tak adalah dekat mana juga.Naik lenguh kaki menapak memandangkan kawasan menuju ke Toko Tower ini curam dan berbukit. Aku agaklah ada dalam 1-2 kilometer juga dari station tu hendak ke Tokyo Tower. Dalam perjalanan tu lalulah sebelah Freemason Lodge tapi dah tutup. Baru nak mohon keahlian tapi tutup pula hahaha~
Jalan punya jalan, akhirnya, there she is,
Selalu nampak dalam komik, dalam cerita ultraman, gaban, suria perkasa hitam, dekat fridge magnet, sekarang dah nampak di hadapan mata mata. Bagi yang tak kisah, mungkin tak berapa nak ambil port sangat pasal Tokyo Tower ini. Setakat bangunan tinggi saja, apa la yang istimewa sangat kan. Tapi bagi aku ini satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan, babe. Feasting with my eyes with all of is glorious moment.
Selepas sesi bergambar, aku pun say goodbye kepada Tokyo Tower, moga dapat berjumpa lagi kalau ada umur panjang dan rezeki. InsyaAllah. Jadi dalam keterpaksaan, ku melangkah pergi, namun sempat juga ku menoleh kau di sini.. Okay ni lirik lagu babe.
Mengikut kata pengawal dekat situ, ada satu lagi station yang lebih dekat (aku dah tak percaya dah perkataan DEKAT) , dia tak sebut nama apa, tapi yang aku tahu dia suruh straight dan ambil kiri, akan terus sampai. Malas nak tunjuk jarak dia macam mana, tapi dekat dalam peta bawah inilah lebih kurang perjalanan aku.
Onarimon —- (Mita Line) Jimbocho (Transfer ke Shinjuku Line) — Shinjuku Station 270 Yen
Alternatifnya, boleh je patah balik ke Kamiyacho.
Kamiyacho —– (Hibiya Line) Kasumigaseki (Transfer ke Marunouchi Line) — Shinjuku Station 200 Yen
Line merah waktu datang, Line biru waktu balik.
9 Responses
Hi, macamana nak pergi HRC from station?
teringat JM @ jari manis n the gang yg berjln ke tokyo tower sbb nampak dekat tapi … maka jgn percaya dgn perkataan dekat itu ya …
please jangan percaya
please jgn percaya dari pandangan mata..dari jauh nampak dekat..bila dekat jauh rupanya…tipah tertipu..huhuh
jauh melampau – lampau, pening di buatnya
jauh melampau – lampau, pening di buatnya
Vee Sandi : bukan Tokyo Tower tapi Tokyo Skytree…ahahah..kami tertipu..dari jauh nampak dekat..bila berjalan..rupanya di seberang Sumida River…tapi percayalah kepada apa yg JM tulis tp jgn percaya dengan pandangan mata heeee
Nice blog bro…
terima kasih banyak