Las Vacas , Mont Kiara

Hi, bertemu lagi dalam entri makan- makan bersama Yours truly. Minggu lepas bersempena dengan ulang tahun kelahiran adik yang ke umur dia yang terkini, kami sekeluarga decide untuk menyambutnya bersama- sama. Birthday aku tak di sambut bersama pun, ( padan muka siapa suruh keluar negara time birthday KAH)…

Jadi bila sampai ke kota kuala lumpur, masalahnya untuk memilih tempat makan pun timbul. Jadi aku pun ambil langkah terbaik , tanya sama dengan orang Kuala Lumpur, siapa lagi , sepupu aku si Aman. Jadi tempat pertama yang Aman suggest kita orang makan dekat Las Vacas , Mont Kiara. Jadi langkah kedua, adalah mencari lokasi kedai, tak susah, dengan waze semua pun boleh jumpa. Mungkin the tricky part, nak mencari tempat parking since kedai ini terletak di tepi jalanraya. Tempat letak kereta pun limited tapi alhamdulillah, kami senang dapat parking.

1
Jalan Kiara, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Masuk sahaja ke dalam kedai, kami di sambut mesra oleh pelayan. Aku cakap dia mesra sebab semua benda kita tanya dia menjawab dengan elok, sesetengah pelayan kalau di tanya, macam nak tak nak sahaja jawab soalan kita. Dekat sini berlainan sedikit dengan kedai steak yang selalu aku makan. Di Las Vacas harga di tentukan dengan berat daging tersebut, jadi lebih berat lebih mahal.

2

Berat yang lazimnya ialah 280 gram, tapi anda boleh memilih berat minimum iaitu 200 gram. Memandangkan daging – daging ini di potong dengan tangan, jadi adalah perbezaan +-20gram. Lama juga nak membuat pilihan makanan, sebab dagingnya juga ada beberapa jenis. Terdiri daripada Wagyu, Grain Fed, dan Grass Fed. Jadi pilihlah mengikut keselesaan dan kemampuan.

Aku tanya ada beza dari segi rasakah dari Wagyu dan daging lain. Katanya, daging Wagyu, “memang terbaik and it’s like the taste melting in your mouth” sambil membuat aksi menunjukkan kesedapan daging itu yang memang sedap bin sedap. Melt in your mouth? dah macam M&M pula. Setelah mendapat suggestion daripada pelayan tersebut kami pun memesan makanan masing – masing.

Tidak berapa lama kemudian, air kami pun sampai.

3
My usual Ice Lemon Tea
4
Cappucino

Disusuli dengan makanan kami. So let’s dig in!

5
Salmon Fillet

Salmon pilihan ayahanda. Sangat sedap dan di temani dengan bayam yang sangat membuka selera.Tak silap di masak dengan keju. Aku tak pasti sangat , sebab aku tahu makan sahaja. Makan dan sedap sudah hahaha!

6
Angus Grain Striploin

Ini pilihan birthday boy. Aku tak sempat minta nak rasa, jadi aku tak tahu rasa dia macam mana. Kalau rajin nanti aku tolong tanya kalau ada sesiapa nak tahu.

7
Angus Grain Ribeye

Ini pilihan yours truly. Sangat juicy dan enak di makan begitu sahaja tanpa sos. Salad yang di bekalkan pun tak mengecewakan. Jadi kombinasi makanan yang elok, ada daging sikit, ada sayur sikit, ada roti sikit.

9
Angus Grass Tenderloin

Ini pilihan ibunda tercinta. Sangat juicy , enak dan lembut. Pada pendapat peribadi, aku rasa tenderloin ini yang paling sedap, lebih sedap daripada Rib Eye yang aku makan. Jadi sangat syorkan untuk anda mencubanya sendiri.

Jadi apa yang boleh aku rumuskan dari entri kali ini. Las Vacas ini memang sangat sesuai untuk pencinta steak kerana ia menawarkan daging yang segar dan enak lagi lembut, the taste just simply melt in your mouth. Persekitaran kedai pun sangat selesa dan tidak bising walaupun terletak dekat dengan jalanraya, cuma anda mungkin mengalami kesukaran untuk mecari tempat letak kereta. Maaf kerana tak banyak gambar persekitaran kedai yang boleh aku kongsi, sebab aku bila tengah lapar, mood nak tangkap gambar pun kurang.

Mengikut sumber dalaman :evilgrin: , kedai ini juga menjadi pilihan Zam, founder Trip Adik – Beradik. Mana tahu, tengah makan terserempak boleh perlahan-lahan plan nak pergi bercuti pula hehehe.

Jadi sampai di sini sahajalah entri makan kali ini ye.

Happy birthday Faiq!

1012443_10153048477508631_4325910471286057680_n

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

7 Responses

  1. Adakah menu dia semua berkaitan dengan lembu je? Takde menu lain? Kot la bole bwk family ke sini juga. Tapi saya tak makan lembu hehehe

    1. Dekat sini semua lembu je yang ada. Ada salmon juga tapi cuma satu pilihan sahaja. Kena cari kedai lainlah nampaknya.

  2. ingatkan makan di Las Vegas tadi,..

    kalau g tempat makan yg susah dapat parking mmg akan spoil mood JM

    epy belated besday Faiq..alamak! abg lagi hensem daripada adik lah lalalalala

    rasa x mampu nk mkn kat sini then potion pun sikit rasa x kenyang je

    1. hehehe tak mampu lagi nak ke las vegas tu JM, insyaAllah suatu hari nanti , mana tahu kan? susah parking tapi ada je tempat sebenarnya. Ish JM iye iye je tak mampu kan? boleh pesan salad.. nanti kenyang ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »