Kecik-kecik dah ajak pergi Disko

Satu hari yang mempunyai nama dan tarikh tapi aku dah tak ingat, satu peristiwa penting berlaku pada diri aku pada ketika itu.Tempat kejadian setelah di amati dan di kenal pasti adalah di rumah Kero, sepupu aku yang letaknya tidak beberapa jauh dari Komat,iaitu satu tempat untuk menghabiskan masa dengan mengail ikan di dalam kolam buatan manusia.

Selang beberapa ketika selepas penat merepek dan menyanyi bersama-sama sepupuku, bunyi hon kedengaran dari luar rumah menandakan ada pengunjung yang bertandang ke rumah.dengan pantas Si Tik, pembantu rumah membuka selak pintu dan mempelawa pengunjung yang aku tidak kenali siapa sebab aku dalam bilik tapi pengunjung kat luar bilik dan kalau nampak, adalah penipu dan pedo oh beso melainkan aku di kurniakan anugerah x-ray daripada yang maha Esa.

Terdengar suara kecil memanggil nama aku yang memang sudah sedia maklum amat best bunyinya.Berlari mencicit menemui aku adalah si Alif, cousin kecil ku.

sebelah kiri tu trisyia, sebelah kanan tulah alif... lepak minum caramel cream jap..

so, orang yang mula-mula di tuju adalah Kero, bukan apa, dia nak pinjam iPhone kero, nak men katanya, tapi usahanya tidak berjaya kerana Kero sedang syok bermain FB melalui benda alah itu.Jadi target seterusnya adalah saya.Dia datang menuju ke saya/aku (alah benda sama), dan menyatakan hasrat hatinya…

“Pae,jom gi disko, lama dah tak pergi,”

“Eh, disko?biar betul, mana budak kecik boleh masuk disko,”

“Boleh, Alif selalu gi beli menan (mainan),”

“Disko mana ada jual mainan,”

“Ada,ari tu baru gi dengan mama,kita gi eh Pae?”

“Hish,mana boleh budak kecil pergi disko, nanti polis tangkap,”

“Boleh ar,jom ar,kalau Pae tak nak ikut Alif jalan kedai menan,Pae tunggu kat Starbuck macam mama selalu buat.”

“Starbuck?”

“Haaa,kedai yang Nash jaga tu,”

Rupa-rupanya si Alif bukan mengajak saya ke disko ye saudara-saudari, dia mengajak saya pergi ke EASTCOAST.Aku dah tergelak dah time ini, sebab sebelum tu, kita orang , Aku,Kero,Anip, pelik gile apasal pulok nak pergi DISKO.*EASTCOAST MALL adalah pusat beli-belah ye kawan-kawan.

Inilah kawan-kawan yang dinamakan “miscommunication”- Usop,hantu kak limah balik rumah,2010.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »