FoodPorn: Sri Manja dan Ice Cream Day

Hari ini hari minggu, esok hari Isnin, esok pergi kerja, hari ini bercuti dulu. Tak kena? memang tak nak buat dia kena pun sebenarnya. Entri kali ini nak bercerita tentang sebuah hotel yang agak baru juga di Kuantan ini iaitu Sri Manja. Bukan pasaraya Tunas Manja tu, ini hotel okey.

sri manja

Ibunda pernah mencuba masakan pagi dan tengahari di sini, untuk aku pula, aku tak pernah lagi jejak kaki dekat sini, setakat usha-usha dari highway tu adalah.Jadi lepas bincang punya bincang, buat keputusan, makan aje dekat sini.

Hotel ini bahagian dalaman dia agak cantik, walaupun sedikit sunyi.maybe tak berapa ramai pengunjung lagi kot.Nak tengok bahagian dalaman dia?sila Usha sendiri ok kihkihkih.Bila samapi dekat hotel macam ini, aku ralat betul nak order nasi, walaupun aku peminat tegar nasi.Bukan apa ralat, sebab harga nasi macam terlalu mahal untuk nasi.Mind you, dekat sini ada nasi lemak Gangnam Style rasa macam mana jangan tanya aku, kalau nak rasa pergi sendiri, lepas tu kongsi apa rasa dia dekat blog atau twwitter atau simpan sendiri.

Jadi aku memang pilih western food lah.Pilihan aku tenderloin steak.Nak kata sedap sangat, tak adalah juga, mungkin sebab aku dah lali dengan daging BBQ.Sokmo (Selalu) sangat BBQ jadi lali dah hahaha.Sementara menunggu makanan sampai, aku usha dulu tingkat atas bangunan ni.Tujuan asal dia nak ke surau (molek sangatlah maghrib keluar kan?) tapi kebetulan atas bumbung dia ada swimming pool.Layan kejap kerenah sepupu aku yang comel sebentar sementara menunggu azan.

kolamika, trisyia, shafiqah

Cantik kan? boleh lah, sebab tak ada orang ,buat buat macam kolam sendiri pula.leaps beberapa ketika, sebenarnya macam 1/2 jam juga atas bumbung tu, turun kebawah sampai betul-betul dengan makanan. Lepas tu apa lagi, Soruu lah….

tenderloin steak

Itu kobis, memula aku ingat bawang murtabak LOL
Itu kobis, memula aku ingat bawang murtabak LOL

sandwich

Sebelum balik dari dinner singgah kejap di baskin robbin.AKu bukan minat sangat Baskin Robbin ni, sebab terlalu manis bagi citarasa aku, tapi alang -alang dah ada sini beli lah satu buat santapan.Terjumpa pula dengan si comel Alyssa.Tahap comel kuasa dua,atau sepuluh.

ice creamOh, ni gambor ais krim, jap jap bawah ni gambar Alyssa hahaha

Alyssa 1 alyssa 2 alyssa 3Abang Long Alif dengan Trisyia

Alyssa dengan IkaAlang -alang tadi, aku tapau Hot Caramel Machhiato dengan Dark Mocha. Si Ika nak minum air aku, tapi panas, so dia minta Dark Mocha.Terkejut gak aku dia boleh minum Mocha, aku pun tak suka, ni mesti aku yang ngajor dia minum Caramel Afogato time dia kecil lagi.relak je minum kopi.Jangan tak tidur malam ni dan tak nak pergi tadika besok, sudah~~~ THE END

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »