Wedding, I love wedding

So, aritu saya turun kuantan untuk menyiapkan tempahan cupcakes daripada Papayun, lepas kelas je terus rush turun kuantan.Sampai jer kuantan singgah dekat GH nak melawat little Qistina yang sakit.Serius sedih tgk keadaan die, tak bermaya terus, makan tak nak, minum tak nak and she was only 1 years old.Lembik je tgk die, pasal si kecil ney sangat aktif kalau dekat rumah.So , teman lah die sampai waktu melawat tamat.Malamnya, teruslah operasi membuat cakes.Boleh pulak kan dalam kul 3pagi vanilla essence abis, so kena la keluar pergi beli dekat A1,nasib baik dah survey tahu die ada jual, otw nak balik masuk dalam kereta di tegurlah oleh 2 lelaki yang “gentle”,

“beli apa?”

“vanilla essence” kata saya sambil tersenyum

“eh buat kek ker?”

“yup, nanti beli lah”

“eh kalau you buat gerenti kami beli”

hahaha nanti pepandai lah die cari saya kalau die nak beli, lupa lak nak bagi no telepon.So bergegas sambung balik kerja sampai pukul 7 pagi.Erk, 7pagi, memang hebat jugaklah rasa pasal selalunya lepas subuh dah siap semuanya.Siap samapi rumah, parents dah nak gerak gi KL jumpa adikku kat sana.So tinggal saya sensorunk dekat sini, ktn la mana lagi.Haih, rindu gak katil yang 9 bulan duk aku tido lepas abis semester lalu.Tidur lah kejap then bangun macam dalam kul 12, terus msg PAps,nak tanya pasal kat mana nak antar.Okey kawasan perkahwinan ney letakknya dekat belakang jelita dan permandangan die memang agak menariklah kan..Oh ney perkahwinan akak mamin dan amed.Akak mamin akak kepada the twins.So, sempatlah aku turun padang tolong susun2 cupcakes ikut kipas yang di sediakan rasa bangga pun ada tgk cakes di susun cantik sebegitu hehehe.

Majlis start pukul 7.30 malam, tapi memandangkan saya menghadapi masalah terpaksalah pergi lewat sikit, itu pun nasib lah si Paan nak pergi, so pergilah dengan si paan, zarif ngan hadi.Okey 4 orang kami bergeraklah ke majlis tu, segan jugak bila sampai pasal semua org dah duduk and majlis di serikan lagi dengan Kehadiran Tengku Puan Pahang, sempat lah jumpa si ‘Prince”nya kat situ.baru balik dari london rupanya, baru jer lagi.Mesti best duduk kat luar negara,dengar cerita Paps rumah “prince” kat sana unik.Maybe someday saya pun bakal menjejakkan kaki ke sana, mana tahu kan… :-D .

Jumpa lah ramai juga, kengkawan dekat situ, lokman dan Mj ranger, si Paliy penangkap gambar, sepupu2 dan pakcik saya pun ada datang, barulah tahu jugak bahawa rinie, kawan saya yang baru berkahwin tu, sepupu kepada sepupu saya sendiri,wah tak pernah tahu pulak menda ney.Patutlah adik rinie salu datang Tjantek,ingat ke member rupanya family hahaha.Dulu masa sekolah teringat kawan2 berebut nak tackle adik rinie.Sekarang dah besar dah budak ney.Jumpa jugak dengan angah, berjaya betul die dengan printing company die skang, tak sangka die ingat saya lagi walaupun kiteorang tak rapat.

Basically, majlis kahwin memang tempat untuk mengeratkan silaturahim dan tempat bertemu org lama dan baru.Keadaan perkahwinan Mamin tak macam yang biasa kita tgk, sebiji macam alice in wonderland,ada satu jenis lampu ney macam cendawan yang bercahaya, serius cantik, well u can call me lame, tapi saya tak kisah, benda cantik saya kata cantik betul? :-D

Abg suruh saya stay dekat majlis tapi tah lah mungkin dah penat kot so saya berangkat lah balik dengan Paan,Zarif ngan Hadi, memandangkan dieorang ada wayang midnite, so saya pun pulang la ke rumah.Lagipun cerita tu dah tgk, so membazirlah kalau tgk lagi sekali.Duduk rumah, sempatlah menghabiskan cerita Diary of wimpy kid yang baru di download sambil menikmati ferrero nyum nyum,,,durian pun tak ketinggalan jadi habuan saya.Untung betul badan macam ney, tak leh gemuk , kesian pada org yang terpaksa berlapar tak makan nasi malam takut nanti berat badan naik.YAng kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus, yang buruk nak cantik tapi takde pulak dengar yang cantik nak buruk hahaha, ke ada?itu cerita lain ar tu …

Malam sempatlah makan kerang bakar dengan si comel,lepak2 sampai ujan.yang sakit atinya, dah sampai rumah barulah teringat, saya terlupa nak nak ambil bola boling, ye ar , kat U demand sangat tinggi untuk rakan2 mengajak berentap and since wangsa walk dah dekat boleh la gi men.Tapi cekik darah jugak alley ney, satu game sampai rm6, bapak lah melampau.tgh duk tarik beg, jumpa la encik paan,keju, pa,iqbal so elpak2 bergosiplah kejap hahaha banyak cerita pualk bile bertukar2 cerita gitu, si Pa nak ajak sambung dekat midnite tapi memandangkan esok nak tolak awal pagi jadi tepaksa lah ditolak tapi yang kelakarnya sya tido kul 4 pagi jugak haha, besoknya tolak kononnya nak pukul 7pg tapi tolak kul 10 pg, ye r ngantuk kot, tak baik memandu sambil tido eh sambil mengantuk.

Minggu ney, saya diperkenalkan kepada semua ahli career guidance , haih malas jugak tugas ney sebenarnya… bukan apa banyak sangat kerja.mandarin si working so well dengan saya sekarang, dah boleh da nak order teh dalam mandarin, tapi masalahnya kalau order dekat kedai mamak dieorang paham ker hahaha.Project Technopreneur bagi kumpulan saya dalam progress, tak sangka idea saya di terima oleh Dr.Segan ada, tanggungjjawab pun ada, ye lah dah idea saya so saya lah kena terangkan konsep benda alah tu dengan lebih lanjut.FYP pun tgh dalam progress memang semart jugak idea yang ada, kalau boleh berjaya boleh la saya jual product ney eceh…hahaha tadi kelas semiconductor dah start belajar design IC, agak complicated tapi tak tahulah camne otak saya yang agak selow untuk menerima output boleh pulak paham menda alah tu…saya pun terkojut~

httpv://www.youtube.com/watch?v=U_7O9AzQl_w&feature=related

My fYp, look something like this… plus fire and flood sensor, its gonna be awesome!!

Okay untuk sesiapa yang order cakes, saya memohon maaf kerana minggu ney tak balik kuantan so tak dapatlah saya nak tunaikan permintaan anda.Tapi insyaallah minggu depan ada order yang agak banyak untuk agen saya di seremban , so saya mungkin akan turun untuk dapatkan order2 daripada anda semua yer…terima kasih kerana support, tapi buat masa ney, saya agak busy dengan project dan assignment yang hendak disiapkan.Oh oh, saya tahu takde gmabar ker nak di upload, maaflah lah, sebab semua gambar ada di dalam Dslr saya,dan tak sempat saya nak pindahkan ke dalam Macintosh ney, so nanti kalau sempat saya akan upload kan gambar2 yerp…

P.S Nakik sangat comey dan tembam and he still remember me :-D

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »