Hari ini banyak menghabiskan masa di hotel.Pada sebelah petangnya, aku dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk berbuka puasa di tepi kolam renang.Pemandangan di kawasan kolam renang sangat cantik.Kami berbuka puasa dengan nasi ayam indonesia style.Harga untuk 3 orang makan dalam Rm60.
Selepas bersiap-siap, kami keluar untuk melihat-lihat kawasan persekitaran Medan.Jalan punya jalan, kami berhenti di Sun Plaza.Di sini kita orang terjumpa dengan sebuah kedai coklat.Kedai dia agak menarik sebab terdapat banyak coklat-coklat yang beraneka bentuk.Ada tu yang berbentuk seperti beruang.Harga dia pun boleh tahan ter gulp juga.Mula- mula ingat nak beli untuk di bawa balik Malaysia, tapi fikirkan balik, tak jadi, nanti cair pula tak pun patah.
Selepas selesai membeli coklat, kami bergerak ke cafe kegemaran kami.Bukan senang mahu dapat Hot Macchiatto negara tetangga.Kami terus berlegar-legar di sekitar Medan.Sepanjang perjalanan balik ke hotel bapaklah banyaknya Mercun, Bunga api di jual, terdetik juga hati ni nak beli tapi batalkan je hasrat tu.Bersambung dalam next entri yer…