Trip ke Medan, Indonesia July 2013 – Day1

Macam mana Ramadan anda semua kali ini?Harap semua berjaya berpuasa penuh dan segala ibadah yang di lakukan sepanjang Ramadan mendapat keberkatan dariNya.Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik daripada sebelum ini.Kali ini ,nak bercerita tentang pengalaman saya ke Indonesia, atau lebih tepat ke Medan, Indonesia.

Tiket Tiket
Tiket Tiket

Trip kali ini agak meriah sedikit memandangkan kami berenam.Di sertai oleh Eiyma, Fad dan Marnie disamping dengan Shuk dan Ah Tau.Kali ini di samping mencari peluang perniagaan baru di Indonesia, trip ini adalah untuk meraikan ulang tahun hadi Shuk yang ke ?? nak tahu kena tanya tuan punya diri sendiri.

Memandangkan perjalanan di lakukan di waktu bulan Ramadan, jadi kali ini, saya dan Ah Tau merancang untuk naik flight dari Kuantan,maklumlah takut keletihan pula nak memandu ke ibu kota.Terima kasih kepada ayahanda Ah Tau yang sanggup menghantar kami ke airport.

Sewaktu di Airport, terjumpa pula si Zura, lama tak jumpa senior boling/sekolah saya.Beliau dalam perjalanan ke Bandung dan kebetulan flight yang kami naiki sama pula.Berlepas dari Kuantan pukul 9.50 pagi dan sampai di KLIA pada pukul 10.20 pagi lebih kurang.Flight ke Medan lambat lagi, pukul 3 petang baru bertolak ke lapangan terbang Kuala Namu.Kuala Namu adalah lapangan terbang baru yang secara kebetulan di rasmi dan di buka pada hari kami tiba di sana.Airport baru sambut tu hehehe.

Perjalanan ke Medan mengambil masa 1 jam, dan waktu di Medan lewat sejam daripada Malaysia.Kami bertolak pukul 4 lebih (flight delay) sampai 4 lebih waktu Medan.Setibanya di Kuala Namu, proses mencari teksi di jalankan, sistem agak serabut memandangkan hari pertama beroperasi.Setelah mendapat teksi kami terus bergerak menuju ke hotel kami, JW Marriot, Medan.

Sampai sahaja di hotel , kami terus check in, tapi adalah masalah sikit memandangkan pihak hotel tidak menerima mata wang Malaysia dan kami tukar rupiah dalam jumlah yang tidak banyak.Agak mengecewakan di situ, jadi kami terpaksa memulakan proses mencari money changer di bandar medan.Cuaca tengah hujan lebat ketika itu, jadi pihak hotel memanggil teksi untuk kami, dan di sinilah pertemuan kami dengan Supir Pak Tarmizi Guci. (Bestkan nama beliau, ala ala Gucci gitu) beliau seorang yang bagi saya, agak rajin dan bersungguh-sungguh bila membuat pekerjaannya, dan beliau pernah bekerja di Malaysia juga suatu ketika dulu.Jadi pusing -pusing, kami singgah di Medan Fair untuk menukar matawang.

Sebelum balik ke hotel, kami singgah makan di restoran garuda , yang terkenal dengan nasi padangnya.Konsep restoran ini agak unik, semua lauk-pauk dibawa ke meja kita, dan kita boleh pilih yang mana satu lauk yang kita inginkan.Dah pilih-pilih tu kami pun berbuka puasa di sini.Bayangkan dah dekat pukul 9 malam sewaktu berbuka.Lewat bebenor kan?

Habis berbuka puasa  kami bergerak menuju ke hotel.Sebelum tiba di hotel, mata yang melilau ini ternampak Starbuck’s Coffee di Cambridge Mall, jadi sebelum pulang sempatlah tapau hot macchiato, dalam hujan, macchiato panas, masyuk.

Di hotel, kami di sediakan santapan untuk sahur, hanya perlu order apa yang kita mahu dan pesanan akan di hantar ke bilik pada masa yang di tetapkan.

Besambunglah nanti, mula – mula ingat nak tulis satu entri je, tapi nanti panjang berjela-jela.Jadi sambung esok di next entri.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

7 Responses

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh coretan sedikit disini untuk kebaikan kita bersama , semoga kemurahan hati Tuan/Puan blogger untuk memberi izin coretan ini, akan dibalas pahalanya oleh Allah SWT hendaknya amii.Ini hanya untuk berkongsi pengalaman di Medan Indonesia.Saya ambil dua org Pak Supir yang sangat baik dan berpengalaman.Mereka memandu bergilir-gilir.Hanya Rm350 seorang.Apa yang anda dapat ialah 1 malam penginapan di Kota Medan.Di medan anda akan dibawa ke berjalan2 sekitar medan.Merdeka Walk,Istana Maimoon,Pajak Ikan.Toko Batik yang sgt murah untuk shoping kain2 telekong,Seharian pak supir akan bersama anda.beritahu sahaja mana nak pergi.karaoke spa dan sebagainya.Kemudian penginapan 1 malam di Lake Toba.Dalam perjalanan ke Lake Toba anda akan di bawa ke Pasar Buah Brastagi.shoping 2.menikmati permandangan,menaiki kuda,kemudian akan di bawa ke air terjun Sipiso Piso dan akan di bawa ke pos2 permandangan indah berlatar kan Lake Toba.sampai ke Lake Toba anda akan ke Kg Tomok Pulau Samosir mengunjungi Kg Batak Karo di sana.Bermalam Di Lake Toba.Dalam perjalanan pulang akan di bawa ke Hot spring dan juga Sungai Belerang.mandi sekiranya sempat.Sungai belerang baik untuk kulit.Anda akan dijemput dan dihantar pulang di Airport Kualanamu.Kalau teksi hanganya lebih kurang rm40 sehala.Total Rm80 pergi balik ke Kota Medan.Pakej ini termasuk makan tengahari dan malam.Makan pagi di hotel.Perjalanan menaiki kereta atau mpv sangat selesa.tidak terlalu laju .Rata2 pemandu disana memandu agak laju dan cilok2.sangat bahaya.Perkhidmatan bas dan group juga disediakan.Banyak lagi yang x sempat diceritakan disini.tujuan saya hanyalah untuk membantu sekiranya masih tercari-cari dan juga untuk membandu Bapak Supir yang sya rasa sgt baik dan flexible.Sekiranya perlukan lebih informasi just call or sms 0124156404 atau email [email protected]. Maaf agak panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »