Swags of Roses PhotoShoot

Hallo!!!Uhuk!!Uhuk!!! berhabuk dah blog ni akibat ditinggalkan buat beberapa ketika.Sebenarnya, sejak dua menjak ni agak kesibukan sedikit menguruskan pemintaan dari pelanggan.Musim orang kahwin katakan.Mak andam?Siapa?saya?oh bukan, bukan saya sebenarnya menyediakan kek cawan untuk hantaran dan juga door gift.Itu agak busy di dapur sikit.

Minggu lepas, dekat 5 hari berada di Miat untuk Pertandingan sukan antara universiti dan tahun ini adalah tahun terakhir saya berbakti kepada universiti lepas ni kena wariskan dekat orang lain pula.Asyik saya je, boring pula muka penyarung pingat tu tengok muka hok ni je naik podium kan.Tahun ni tak bernasib baik, U kami kalah.Jadi tak ada lah bintang ke 6.Alah bagi je Miat merasa sekali -sekala.Tapi bagi boling yang di wakili oleh saya, seperti biasa, memang dapat emas lah kan?Tahniah kepada saya * tepuk bahu sendiri sambil habuk berterbangan terbang.

Walaupun emas tapi tak guna juga, ingat boleh lebur buat Tranz tapi tak boleh rupanya.Dah dapat pengesahan dari Poh Kong yang emas tu Miat celup je ok , gurau je, kang kena saman dengan institut penerbangan tu.Sempatlah duk berborak dengan Sir Roy, lecturer kesayangan.Siap dapat pen lagi, nasib baik tak tertukar dengan pen Mont Blanc tu hahaha!!!.Selepas beberapa lama di ibu kota, sampailah juga ke tanah kesayangan,Kuantan.

Rabu lepas seperti yang telah di janjikan, saya telah di jemput untuk menangkap gambar Anna untuk koleksi pakaiannya.Turut menyumbangkan menjadi model adalah Yaya.Antara gambar-gambar yang sempat di abadikan adalah seperti berikut *macam nak namakan calon bintang popular pula kan?

Okey kepada girls di luar sana yang terasa ingin memiliki baju-baju yang di pamerkan di dalam gambar-gambar di atas bolehlah ke Swags of roses untuk menempah baju-baju ini yerp.Tapi kena cepat sebab kebanyakan baju-baju yang dijual cepat habis, jadi apa tunggu lagi?dia 200-300-400 eh itu untuk design dalaman kan, ni just pergi ke blogshop Anna untuk pertanyaan lanjut.*macam nak beli kereta pula.

*Kena belajar skill untuk memposekan model. :-D

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »