Sewaktu mengigit daging

Semalam,pergi makan teppanyaki.Sedap.Macam biasa.Manis, juicy dan menyelerakan baunya.Panjang orang beratur nak makan.Nasib saya baik,ada tempat duduk untuk adik dan saya.Sambil melihat tukang masak tu tengah masak(dah nama tukang masak, tak dia buat air pulak), aroma menusuk hidung.

Pandang kiri, orang order salmon, pandang kanan awek rambut blonde yang comel tengah facetime dengan pakwe tengah makan terderloin.Sedapnya benda ni.saya memang prefer daging, sebab tu order daging jer.Bila daging yang panas dan juicy tu masuk mulut, dan digigit dengan gigi -gigi saya yang tak berapa nak putih, jus daging hasil dari balckpepper sos dan minyak bijan keluar,menyebabkan rasanya pergh!!! tak dapat nak di type dekat sini.

sambil merasa kelazatannya, saya terfikir.Betapa hebatnya kurniaan Allah kepada kita di berinya kita deria rasa.Cuba bayangkan kalau deria rasa tak ada?semua jadi sama jer, tasteless,odourless.Mungkin dalam keadaan itu, rasa pahit pun akan menjadi kegemaran manusia.

Banyak sebenarnya nikmat yang di berikanNya kepada kita.Cuma kita je kadang-kala tak sedar dan appreciate.Yelah,the way to love anything is to realize that it might be lost.Saya tak nak berceramah pula pasal anggota badan semua kan,semua tu rasanya readers pun tahuNanti kalau saya tulis pasal kalau tak ada tangan macam mana?kalau tak ada kaki macam mana?panjang sangat nantinyer..

Sebenarnya nak kongsi, kadang-kala (kadang-kala berapa banyak daa) kita terlalu tumpukan kepada apa yang kita mahu daripada apa yang kita ada.Cuba cermin diri kita sikit.Cukup tak makan minum kita?adakah kita jenis nak demand makan benda mahal-mahal,hotel mewah-mewah?bandingkan dengan orang yang tak mampu nak makan nasi putih pulak.haa , beurntungkan kita.Ada pula yang berlumba-lumba nak tukar tepon bimbit,bayangkan orang yang nak pakai public phone pun tak mampu.Haaa badningkan!!bandingkan!!!bandingkan darah mu dan darahku!!bandingkan!!!ok mood * antara dua darjat sikit hehe :-P .

Ada pula golongan yang, saya tak tahulah nak labelkan macam mana,sama ada buduh/buhlul/togong/bungap/dan bermacam – macam b lagi boleh di letakkan,iaitu yang jenis nak follow trend.Golongan ini sanggup berhabisan duit hanya untuk keep up dengan golongan kawannya.Kawan-kawan pakai LV, awok nak pakai LV, kawan-kawan pakai ipong,awak nak pakai ipong, kawan – kawan nak pakai beri hitam, awak nak ppakai beri itam, kawan-kawan pakai suar sendat, awak nak pakai suar sendat.Bukan apa kalau tak pakai nanti tak sama standard pulak.Jadi dengan semua B tadi, anda masuk ke kedai Lv, dan membeli satu bag LV, LV tu Louis Vuitton lor kepada yang tak tahu.dan yang bertambah cerdiknya sanggup meminjam duit dari kawan-kawan (eh ni tak boleh kalau tak kantoi ar) silap,pinjam duit dari mak ayah kono nak belanja tak cukup.kalau mak ayah cop duit takpe, tapi kalau yang tukang cop duit orang macam mana?(uih, paham tak korunk apa saya tulis ni?)…Tapi satu je,jangan jadi bodoh, pakai duit pinjaman pelajaran seperti MARA,PTPTN ke yang sepatutnya anda bayar YURAN pengajian pergi beli BAG!!aduyai, sengal kuda ni…

Ini contoh jer, kita sebagai pelajar, guna jer yang mana leh guna, nanti dah kerja, nak pakai apa pun boleh~dan sepatutnya kita hargai benda yang kita ada, bukan benda yang kita nak ada… oklah saya stop dekat sini..dah kelaut sebenarnya dah ni…

*p.s:kalau macam ini lah fikir masa gigit daging, alamatnya tak habislah daging tu saya gigit..  :-D

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak