14hb 3 2014
Hari keempat berada di bumi Seoul.
Suhu 6°C.
Seperti rutin kebiasaan, pukul 9.00 pagi kami dah bergerak keluar menuju ke stesen. Destinasi pertama , Namsangol Hanok Village. Kepada yang kurang familiar, dekat Namsangol Hanok ini, pengunjung boleh menikmati pengalaman tradisional Korea seperti permainan tradisional, memakai baju tradisi, dan melihat bangunan – bangunan lama.
Stesen yang terdekat adalah Chungmuro (Seoul Subway Line 3 & 4), Exit 4.
Tujuan utama , aku bawa Aunty Ita dengan Ameer ke sini sebab nak pakai baju tradisi Korea, malangnya tidak kesampaian disebabkan bukan musim/ masanya. Silap aku juga sebab tak check terlebih dulu. Salah satu tips sebelum pergi ke sesuatu tempat tarikan, pastikan anda buat kajian sikit tentang masa beroperasi dan festivaldan aktiviti terkini, kalau tak hampa macam aku rasa sekarang ini hummmmm… nak buat macam mana tiada jodoh nampaknya.
Waktu beroperasi:
Apr-Oct: 09:00-21:00
Nov-Mar: 09:00-20:00
Memandangkan Myeongdong hanya satu stesen dari Namsangol Hanok Village, kita orang decide nak lunch di area Myeongdong.
Sebelum pergi lunch, kita orang pusing-pusing dulu dekat area Myeongdong.
Sempatlah melawat Cat’s Café (Ramai yang suruh aku masuk cuba café ni, tapi aku tak masuk pun, alergik dengan kucing) Don’t get me wrong, I love cats. Tapi kalau environment tu penuh dengan bulu kucing, dalam sejam badan aku akan naik miang, hidung start berair, dan muka gatal – gatal.
Rasanya aku hanya boleh dengan kucing rumah Aunty Yah aku je, hairan betul. Sebelum ke cat’s café tu sempatlah membeli Dr Marten barang sebiji dua (kemain sebiji dua) yang tak di jual di pasaran Malaysia.
Perut sudah berbunyi, mari kita cari makanan.
Kedai yang kami nak tuju adalah Eomoni’s Jib. Kedai ini terletak dekat dengan lorong kedai Frisbee ( ada logo Apple) . Kalau keluar dari EXIT 6 Myeongdong Station, jalan terus sehingga sampai ke Frisbee ( di sebelah kanan anda ). Ada lorong kecil dekat situ korang masuk je. Banyak kedai makanan seafood dekat dalam lorong ni, dah sampai dekat boleh je tanya Eomoni Jib yang mana satu, macam aku tanya ah jumma sorang ni yang cuba tarik aku masuk dalam kedai (Korean ni macam jujur sikit dalam berniaga, aku banyak dah experience). Untuk panduan bergambar boleh rujuk entri Bibie.
Ramai traveller blogger yang pilih bibimbap, tapi kita orang pilih kelainan sikit, makan Seafood Stew. Makanan sampingan/ banchan tu semua percuma. Air kosong pun percuma . Tapi jangan pula korang buat tak malu masuk kedai nak minum air kosong dengan makan banchan. Minta jauh yer perangai sebegitu. Kalau ada yang buat perangai macam tu, pastikan anda memotong passport anda serta – merta.
Eomoni’s Jib ( Mother’s House) ni pekerja dia semua macam ahjumma – ahjumma gitu. Jadi dia orang layan memang macam kita anak-anak lah . Kekurangannya dia orang tak reti bahasa English so get ready your basic Korean yer (alah sebut je mul (nasi) kalau nak nasi tambah). Masa nak minta nasi , Aunty Ita aku cakap ‘rice, rice” tapi rice tak sampai-sampai, lepas tu dia tukar ‘rice er , rice er” *bunyi macam English loghat Korea, barulah nasi sampai HAHAHAHA!. Setengah Korea je yang tak berapa pandai English, yang pandai, bukan main sedap dia orang cakap English wei~
Eomoni yang datang layan kita orang ni tanya kita orang dari Malaysia ke? Then dia tanya pasal MH370 ( 5 hari dah hilang masa tu) and obviously dia bercerita/ tanya dalam Korean kan, aku pun jawablah dengan pekat dan hebat (ok, tipu, main ye/ne (YES) dengan aniyo (NO) je lah.
Rasa Seafood Stew tu? TERBAIK wa cakap lu. And I don’t bluff you one. Jadi kalau ada kesempatan bolehlah datang makan dekat sini kalau tengah bershopping dekat area Myeongdong. Memang aku rekemen sangat- sangatlah.
Seafood Stew – 30,000 won
Pepsi (3) – 6,000 won
Total : 36, 000 won (* 3.25) = RM117
Setelah perut kenyang di penuhi Sotong, udang, ikan, ketam (YES you heard me , ketam, bahasa inggeris crab, bahasa korea … korang google lah sendiri). Aku rasa sebab apa makanan dekat sini sedap, sebab bahan- bahan dia orang segar. Itu yang terbaik dari ladang tu rasa dia.
Selepas dah kenyang tu, destinasi kami seterusnya adalah Namdaemun Market, tak jauh pun , cuba seberang je kawasan dia dari Myeongdong.
Dalam perjalanan menuju ke sana, aku masuk juga dalam 2 -3 kedai Starbucks dekat sini ( Seoul penuh dengan Starbucks dan kedai kopi, satu kawasan ada sampai dekat 9 -10 banyak komain) sebab nak beli mug dan kumpul Starbucks Card. Satu lagi aku nak sangat cari Cherry Blossom White Chocolate, sebab dua kedai aku pergi kata dah habis ( aku tak faham dah habis ingredient ke dah habis season, tapi spring baru nak mula kan) jadi cari punya cari, dapat juga aku Hot Cherry Blossom Latte ni. Rasa dia? Hahaha gi cari, minum sendiri baru dapat tahu bro. Sedap wei.
Jadi dengan segelas Cherry Blossom, (nama air tadi jangan salah anggap aku minum bunga Sakura pula) kita orang bergerak menuju ke Nandaemun Market dalam kesejukan yang mencecah 4 Celcius. Perjalanan dari Myeongdong ke Naedaemun tak lama, lebih kurang 10 minit saja. *Korang jangan salah faham yang aku ni bawa termometer merata- rata sebab asyik cakap pasal suhu, gadget kan ada, tengok pakai iPhone jelah ).
Dalam perjalanan ke Nandaemun , aunty aku sempatlah masuk dalam Shinsegae Department Store, nak cari Pandora katanya. Pusing pun pusing tak da pula Pandora dalam bangunan ni. Yang paling menarik aku tengok bila masuk butik – butik dekat sini harga barang semua juta – juta Won. Juta Won jadi nak beli kena juta wan dengan wang lah kan? Banyak kosong kosong kosong kosong dan kosong… kalau aku mampu ~ ( Awi Rafael sekali~)
Keluar je dari situ , kita orang terus tiba dekat Nandaemun Market. Kedai pertama kita orang singgah adalah kedai barangan K – Pop yang aku beli baju Running Man tahun lepas dengan Yana. Kali ini aku datang tapi brother spek tu tak da pula, ada tokey dia je yang agak fasih berbahasa Melayu, yes Melayu, jadi sebelum nak kata pape please be careful sebab area sini banyak yang reti berbahasa Melayu. Aku datang sini sebab nak beli baju untuk Rodson dengan adik dia yang nakkan baju Running Man yang boleh main tarik name tag tu. Sehelai 15000 tak silap, dan Rodson nak semua name tag tu which cost 5000 each. (sahaja bagitahu harga, mana tahu ada yang datang nak beli , boleh buat rujukan).
Seterusnya, aku ke kedai topi kedai sebelah. Kedai ini pun yang aku pergi hari tu. Mula- mula tokey tu cakap, “new Leesang Cap, yours is old” aku pun cakap “ Aigoo, I bought it here last time I’m in Seoul with my aunt and cousin” tetiba mamat ni boleh pula ingat pula ke aku, dah beli berapa banyak topi Leesang masa tu Hahaha! and plus ada kejadian tahun lepas tu kan~. Untung juga sebab dapat bargain banyak kali ini. Dapatlah aku Leesang Cap yang baru sebiji. Mula – mula mamat ni nak bagi aunty aku cap leesang yang lama (yang baru tu harga dia mahal sikit) aku pun cakap “ Hyung, I don’t want this, give me the new want la” Dia terus tarik aku macam “ Aigoo, cannot, cannot, different price,” aku pun saja terus cakap “ eeeeeh, you my hyung, of course can, for me , can la hyung “ Last last dapat HAHAHA.
*Korang kalau pandai Korean sikit pun dia orang dah suka, harga untuk orang yang datang approach kedai cakap anyeong haseyo, dengan hello, lain harga, believe me I tell you. Kalau bawa Yana hari tu, lagi banyak murah dapat, untunglah ada sepupu fasih Korean kan.
Dah habis memborong topi, terus bergerak ke kedai sebelah beli Honey Candy. Brother ni pun masih ingat aku juga, aku datang je terus hey you, High Five terus then dia tanya aku, “ Do you live in Korea?”, aunty aku terus jawab “ No, he love Korea, he like to come here” “ Can you speak Korean?” aku buat muka sedih, cakap Aniyo” berdrama sungguh lah. Aku salute mamat ni sebab dia pandai banyak bahasa , lepas je dia terang dalam bahasa English masa demo untuk aunty ita, datang couple Jerman ni approach stall dia, terus dia cakap Jerman… Mak aih. Then aunty aku tanya, “how many language can you speak?” seingat aku English, Malay, French, Jerman, dan dia sangat fasih jepun since dia pernah stay dekat Osaka.
Sebelum gerak tu, aunty ita sempat tanya “ you don’t want to come to Malaysia? Marry malay?” Terus dia dengan member dia senyum sambil geleng kepala “ No, sorry, I don’t like Halal food, cannot eat Halal food, sorry, we love drinking and eat beef (then dia orang cakap Korean sesame dia orang and lastly) We love pork so much” LOL.
Next kita orang bergerak ke bangunan E Lengdang. Kali ini aku tak beli brooch since tak ada orang order, (tak dapatlah aku berjumpa dengan Mak angkat aku tu T_T) tapi nak beli cenderamata. Bangunan ni ada banyak section, satu penuh dengan brooch, dan satu lagi penuh dengan cenderamata. Aku nasihatkan korang datang sini beli, sebab harga yang di jual dekat dalam bangunan ini jauh lebih murah dari yang kedai tepi tepi jalan. *Teringat cousin aku pada trip yang lepas merungut sebab dia orang dah beli dekat kedai k PoP tadi dan bila sampai dalam bangunan ni, harganya jauh gila beza. Brooch pun sama, beli dekat E lengdang, dan dekat kedai Mak angkat aku tu eh, kalau rosak boleh tukar dengan dia balik.
*( 2biji mata brooch tercabut masa aku pergi trip bulan oktober, then aku datang tukar balik bulan November, dia bagi tukar siap bagi brooch free lagi dekat aku, sambil offer air Orenji? Orenji? Mihmihmih Kamsahanida Eomoni!)
Masa ini bag galas aku dah penuh dengan mug, cenderahati, honey candy, dengan baju. (Tak campur lagi dengan baju I Love Korea yang kita orang beli selepas tu). Komain lenguh lagi bahu aku, rasa macam nak tercabut, lain kali kena beli Deuter Bag satu, barulah boleh support barang- barang ni. Aku tak plan pun nak beli cenderahati, beli pun sebab manager SUKMA kirim, untung korang dapat manager bagus gitu. Time aku dulu mana ada macam ni. Dalam membeli cenderahati tu, aku sempat juga ambil dua tiga helai baju nak bagi kawan- kawan aku yang aku tak sempat nak bagi masa aku gi trip tahun lepas.
Lepas dah settle, Aunty Ita suggest balik hantar barang dulu baru keluar balik, tapi aku rasa macam buang masa pula. Sebab siang kan pendek, jadi kalau balik keluar balik dah malam, jadi kita orang decide menuju terus ke Insadong. Salah satu tujuan aku nak menuju ke Insadong sebab nak cuba ada kuih tradisional korea dekat area sini, tapi tak sempat pula.
Ini pertama kali, aku memijak kaki ke Insadong. Insadong ini kalau penggemar culture and art, tempat ini memang wajiblah di tuju. Banyak benda yang boleh di lihat dekat kawasan ini.Kalau nak cari barangan antik, pakaian tradisi, vintage, bolehlah datang ke mari.
*Aku suggest jangan beli cenderahati dekat sini sebab harga dia jauh lebih mahal since sini kawasan tumpuan pelancong.
Sampai je dekat insadong ini aku nampak ramai orang berkumpul, Nampak gaya macam orang tengah shooting, jadi aku pun jenguk – jenguk. Rupanya ada kumpulan K- PoP tengah buat persembahan. Aku dengan si Ameer rakam je dia orang tengah menyanyi dan menari, kenal pun tidak hahaha. Balik Malaysia, aku tanya Rodson, Rodson bagitahu yang kumpulan aku tengok tu JJCC, bawah pengurusan Jackie Chan. Oooooo begitu~~
*Masa tengok tu, perempuan duduk jerit jerit, alah jeritan fans girl tu, nak tahu satu benda tak? BINGIT, serius BINGIT. Dah macam loceng kebakaran berbunyi pada pukul 3.00 pagi waktu kau sedang tidur nyenyak di buai mimpi indah tapi warden asrama bunyikan sebab nak buat Fire Drill.
*Bila bebudak ni panggil je mamat A, then mamat A senyum or angkat kening, atau kenyit mata, dia orang jerit, maka kebingitan berbunyi lagi (Macam korang tengok dalam drama, dalam televisyen tu lah) bajet juga mamat-mamat ni bila dapat kebingitan demikian ( teringat aku pada telatah si Haha dalam running man)
Okay sambung cerita.
Aku tak berapa arif sangat kawasan ini jadi nak bercerita pun tak berapa nak reti. Yang pastinya, jalan dia lurus sampai ke penghujung jalan dan di kiri dan kanan ada banyak bangunana dan benda yang menarik yang korang boleh tengok. Aunty Ita ada beli baju tradisi juga, bagi aku lawa, tapi harga pun lawa juga bai. Kita orang pusing- pusing dalam bangunan Ssamziegil, dekat sini banyak art shops.
*member bagitahu pergi tengok Sunset dekat Ssamziegil, tapi suhu 0-1 celcius waktu tu, aku lebih prefer duduk dekat dalam dari dekat luar
Dah habis round, kita orang stop di Starbucks, minum sambil menunggu Rush Hour tamat. Bukan apa, malas aku nak bersesak dengan orang balik kerja. Jadi kita minum dulu. Tadi sewaktu di Myeongdong aku minum yang panas punya , kali ini aku minum yang sejuk pula. Buang tebiat betul kan? Tak pe dalam bangunan dia panas dan selesa. ^^ .
Afterwards kita orang bergerak ke Itaewon untuk makan malam di Muree buat kali terakhir. Jumpalah dengan beberapa family orang melayu dekat sini. Sempatlah berborak dengan ada pasangan suami isteri ni, dia orang baru pulang dari Mount Sorak. Si Suami bercerita dekat aku yang dia pakai jaket biasa je pergi, sampai sana mengigil dia since Mount Sorak masih lagi di litupi dengan salji hahaha, tak baik gelak dekat orang kan?
Dia tanya, aku dah pergi mana, aku pun cerita semalam baru balik dari Yong Pyong main ski. Dia orang pun cakap dia orang plan nak pergi, tapi si isterinya tanya- tanya pasal Vivaldi Ski Park. Aku pun bagitahu setahu aku, Vivaldi dah tutup, better pergi ke Yong Pyong. Jadi, aku pun bagilah direction siap dengan harga semua macam mana nak pergi ke sana ( dah rasa macam orang tempatan pula, kalau orang tanya aku macam mana nak pergi Permatang Badak belum tentu aku boleh terang se detail ini). Selepas berpisah, kita orang bergerak pulang. Sempat juga singgah di PASHA, membeli kebab sebagai bekalan , sejuk – sejuk ni selera makan bertambah pula. 5000 won satu kebab.
Jadi berakhirlah perjalanan aku kali ini. Harap akan datang ada rezeki lagi. Until later, Adios!
*Aunty Ita ada hint macam nak ke Hokkaido
*Nyss dengan ibunya nak ajak ke Korea Jun ni
*Aku still tengah plan untuk trip bulan November
*Jadi kena decide juga dengan budget semua
*saja je tulis , mana tahu ada yang baca
*dah habis tulis dah
*sini je lah
*kbai
17 Responses
As salam…sya di myeongdeong seoul…2 kali ke namdaemun Market masih x jumpa baju running Man,,,tolong sya…kat sebelah mana?.
Datang semula
1. Sah…confirm…hari tu JM x gi makan kat Eomoni Jib nih..nampaknya akak masuk dalam list itirenary for next coming trip in sha Allah
2. Betul…kedai cofee n starbuck mmg bersepah..minuman panans minum waktu senyum…hurmmmm NYAMAN!!! terasa nk terbang ke Seoul skg jgak..ishh ..kalau dapat mingrate ke Seoul kan best!!
3. Aigoo…pandai bodek ye…hihihih…betul..masuk namdaemun tu terkezut ada certain people cakap melayu..nampak sgt org msia ramai ke Seoul
4. Ahahaha..part cannot eat HALAL food tu kelakar ..sbb PORK adalah antara DAGING ynag paling sedap di dunia berbanding semua daging binatang yang ada..percayalah..itu mmg FAKTA
5. Alaa…kenapa x kongi no kedai brouch mak angkat korea tu..nanti pegi boleh terjah kedai tu
Nampak!! komen paling panjang
Ini komen ke entri ni hahaha, oh yang kedai brooch tu kedai no 209, ada saya tulis dalam entri yang ni http:///friends/namdaemun-deoksugung-memorial .
Banyak kali datang, ini yang dah boleh ingat muka tu. Atau pun sebab muka macam Takeshi Kaneshiro kan? hahaha
alamak..rupanya ada byk entri Korea…nanti lah datang terjah semula..mata dah mengantuk
ada ada, entri pasal kampung kena ada
ramai org kampung dari Korea nampaknya :-)
hehehe, JM kampung dekat mana?
wah syoknye…hrap2 ada rezki thun dpn tuk ke korea…..
insyaAllah , kalau di murahkan rezeki boleh sampai, amin!
Ha part bingit tu sangat setuju. Kitorang kat Myeongdong haritu, kebetulan ada Henry Super Junior kat dalam 1 of the store. Punyalah ramai orang tunggu kat luar siap ada dslr bagai. Join gak aktiviti fan-girling tu. Tapi memang xleh nak beat jeritan peminat sebenar. Sakit telinga tau.
Eleh Eleh, bingit lah sangat~ sempat dapat tanda tangan tak? Kalau super junior ada pun saya tak kenal, kalau big bang tu tahu lah sikit sikit, suzy, go ha ra, dengan ji yeon tahu la kalau saya terserempak hehehe
what??????
nak pegi sane lagi? pegi apply kerakyatan negara jela bole x? *haha ayt jeles*
Hahaha tengah fikir ni, peluang lebih cerah kalau cikgu bahasa english, apasal lah tak ambik TESL je dulu hehehe
semlm sdg seronok membaca tetiba lappy off lak … habis bateri . kan panjang sungguh celotehnya . mlm ni sambung lagi utk habiskan … klu dpt strawberi tu … dok fikir camna suasana cats cafe tu … geram tgk cat yg gebus tu .
Strawberry to semua gemuk- gemuk, seronok. Rasanya Malaysia dah ada, di Penang tak silap Cat Cafe tu
haha! Tanya rodson JJCC.. bangganya i :P
Rodson peminat K PoP ma hehehe