Sehari bersama Semiconductor Technology

30hb 8 2010.Isnin.11.00 pagi.First paper.Entah kenapa kiteorang di suruh menjawab peperiksaan mengikut lecture.Kenapa tidak di gabungkan sekali dan di letak di dalam satu hall yang besar seperti peperiksaan lain…Nak bising pun tak guna, kena jawab nak tak pun.So semalam tidur dalam 2 jam, sebab takut terlajak.Ye lah kelas asyik main belah petang, so pagi confirm-confirm lah dalam selimut kan.Bagus juga tak ada kelas pagi,tak payahlah nak berlumba dan bersesak-sesak dalam traffic jam.

Pagi-pagi tadi dengar ada commotion antara zul dengan paan.Tapi aku malas nak amik port.Tdur lagi best.Bila bangun baru tahu kononnya, ada orang rumah bawah kita orang kata paip kita orang bocor,so abis rumah dia basah.So zul telefonlah tuan rumah, dengan penuh janji tuan rumah kata kan datang tengok keadaan sebelum nak repair.janji tinggal janji rupanya pasal sampai ke malam dia tak mari tengok.Apa punya oranglah.Konon nak datang tengok besok, bang nak bagi tahu sikit,esok merdeka , kemungkinan besar banyak kedai tutup, hang nak gi repair sendiri ker?And kebetulan kiteorang semua ada di rumah sekarang tak mahu pergi, nanti kalau kiteorang dah balik ke, nak gi exam ke, nak gi kenduri kahwin ke, nak tengok movie ke,baru terhegeh-hegeh nak periksa, apa punya oranglah.

So aku yang dah memenuhkan otak aku dengan pelbagai info terus menuju ke seminar room tempat die orang buat exam.Masuk dalam , mak aih macam nak dengar briefing jer bilik dia, so tanpa membuang masa, paper di hulurkan.Aku dengan lafaz Bismillah terus membuka.Uit apasal soalan dia tak susah?(berlagak dowh).Cuma ada satu masalah, kebanyakannya yang keluar adalah basic dan intro,tapi yang aku duk menilik 2 hari adalah question yang agak advance.Apa benda ni?so masalah lagi satu adalah ketidakpastian.Ini yang frust sangat ni, perasaan tidak pasti dengan memang tak tahu langsung adalah sangat berlainan.

So jawab jelah yang mana boleh jawab.Tengoklah nanti, result akan saya bagi tahu kemudian.*macamlah ada orang care pasal result saya dapat berapa kan? :razzmad:.Lepas habis tu, amcam merdeka sikit.At least tak payah fikir pasalsemi dah, cuma nak study opto,techno ngan mandarin jer lagi.Buka puasa beli dekat bazaar, and for the second time, saya gagal emndapatkan putu mayam.Ngeh!!!Pengajarannya adalah bila lalu depan kedai tu, terus beli jgn buat habit”aku nak jalan dulu,balik kang baru beli” ingat putu tunggu aku ke?

Malamnya aku gerak gi shopping, first time naik lambo, terbaik!!!Lain dari kereta yang lain.balik tu, lepas beli barang rumah segala,simpan sampai tak muat peti ais, nasib baiklah lepas aku masak kurma tadi, ada space nak letak dalam freezer kalau tak abis semua aiskrim Baskin Robbin tu cair.Duduk kuantan tak pernah pulak aku lepak BR ni, takminat pun and pada aku mahal.makan dulu pun masa Abeng kije situ,and ada sorang girl ney baik dengan adik aku jadi suka bagi free,Lelain kalau makan pun kalau aunty aku beli, die rajin beli BR ini,apa special pun tak tahu.Ingat dulu aku makan dengan Am masa dekat Genting, kat genting makan ice-cream, banana split tak silap.Lepas tu lepak usha kereta-kereta mewah dekat situ pukul 2 pagi.Time tu tak silap aku kongsi duit je dengan dia.Bebudak lain bawak duit sampai beribu,(bayangkan kiteorang time tu dalam form 2-3 macam tu,kawan2 bawa banyak tu).Aku dalam poket setakat ada dalam 100 lebih je, itu pun aku rasa banyak time tu.Lepak pula dekat starbuck first time masa tu, hot chocolate die memang agak ‘kaw’ ataupun mungkin sebab sejuk jadi rasa lebih best.Lagu tema time tu”Drowning” by BSB.Bila dengar lagu ni teringat Genting time tu.Good old days.Apa aku merepek cite samapi ke genting ni?next~~

So balik2 tu aku masak kurma, eh jap,dah tulis dah bagitahu dah kan ok, next sambil makan twisties duduk tengok cerita Salt.Cerita biasa je,aku rasa baik lagi cerita knight and days lakonan Tom kurus.Maybe siapa minat angelina jolie mungkin akan suka cerita ni.La ni aku duduk dekat rumah je, tak sambut merdeka pun,lagipun aku tak suka tempat2 crowded, tu burn tiket World Stage aritu hahaha.Seriously, aku tak minat tempat bersesak-sesak.Serabut.Even kalau pergi shopping mall pun tak sukalah bersesak-sesak,nak beratur pun panjang macam keretapi padahal nak beli boxer zara selai hahaha.Tak pernah beli pun.

Haih, sedar tak sedar minggu depan dah nak raya kan?kejap je masa berlalu.Sebab tulah aku suka kuantan.Kat kuantan time die lambat sikit berbanding dekat sini( KL).I miss kuantan, kuantan is the best.Next week dah nak balik kuantan, tak sabar.Oh lupa nak cakap happy merdeka,harap-harap bulan puasa ni takda lah anak dara ‘merdeka’ malam ni.

September tolonglah cepat sampai please~~ :-D

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak