Perlukah aku menulis?

Dahulu bila aku mula menulis , aku boleh menulis sejujur-jujurnya.Bersesuaian benar dengan tagline aku lihat, aku dengar,aku rasa, aku tulis.Setiap pandangan serta pendapat dan pengalaman boleh aku kongsi tanpa kerisauan.Tentang dia, tentang teman, tentang masyarakat tentang apa sahaja yang aku terfikir aku hendak menulis, aku boleh coretkan di ataskan kertas(muka,page) yang berwarna putih ini dengan abjad-abjad rumi dengan luahan hati aku.Di sini semua yang bebas, di sini semuanya indah, di sini tempat aku melepaskan perasaan, rindu,amarah, cemburu,sakit hati, cita-cita, dan impian.Kenapa kini harus berubah?

Aku tertanya-tanya kembali kepada diri kenapa aku mula menulis, kenapa aku mula mencoretkan kata-kata yang tidak membawa sebarang makna kepada sesetengah orang dan kadangkala langsung tidak relevan dan masuk akal.Kenapa?kerana aku ingin menyampaikan semua yang terbuku di dalam hati di mana aku tidak mahu membebankan orang lain dengan perasaan aku.

Aku tidak memerlukan sekutu, pengkritik dan penyokong untuk blog aku ini.Aku hanya perlukan pembaca walaupun pembaca hantu yang hanya emnyumbang kepada unique visitor aku.Terima kasih kepada kalian yang mengikuti blog aku yang tak seberapa ini.Yang amat aku hairankan terdapat segelintir yang tidak berpuas hati terhadap isi kandungan blog aku.

Seperti berkali-kali aku pernah mengingatkan sama ada yang mengenali aku melalui blog,ruang chatting, facebook, ataupun yang mengenali diri aku sendiri, blog aku ini mempunyai pandangan aku terhadap dunia, bukan PANDUAN untuk dunia.Sekiranya pembaca terlupa, boleh rujuk kembali dekat about.Tujuan blog ini di tulis adalah hasil nukilan aku, jadi kepada yang tidak berminat atau yang mempunyai masalah dengan isi nya, sila klik butang x di bahagian atas kanan windows anda.Anda tidak di paksa untuk berada di sini tapi anda di alu-alukan untuk terus berada di sini dan membaca.

Memang sudah lumrah, kalau ada yang suka mesti ada yang tidak.Dahulu ada pembaca yang aku kenal tidak suka dengan isi-isi blog aku tapi sanggup print dan tunjukkan hasil tulisan aku kepada teman-teman.Terima kasih untuk promosi tersebut, kerana ia memperbanyakkan pembaca.Pernah juga saya menerima kawan baru di facebook yang saya tidak kenal langsung, dan setelah beberapa ketika semasa aku berjalan di wall post beliau aku terlihat beliau meng quote kan kata-kata aku.How cool is that?something yang datang dari lubuk hati aku di tulis di Wall Post somebody yang aku sendiri tak kenal.Pernah juga sewaktu aku berkomunikasi dengan ‘si tikus’ dia memerli aku dengan ayat dari blog aku sendiri.Boleh tak bayangkan seseorang yang tidak menyukai diri aku ini tapi mampu untuk mengingati coretan dalam blog aku?I’m must be very good at writing since it was so important for you to memorize it.Thanks dr. tikus it proves that you are reading my blog, :-D .Dalam satu situasi yang berlainan, ada seorang pembaca yang mengaku “I’m your hater” dia mengatakan dia tidak suka aku keran berdasarkan “BLOG” aku, aku etc,etc,etc,blah,blah…. Cuba lihat dekat sini, kenapa dia refer kepada “BLOG aku ini?” Princ3ofperlu.com really reach certain level nowadays ayte?

Ghost readers.Kadangkala aku berasa hairan kenapa komen yang aku dapat tidak lah begitu banyak, tapi bila aku melihat daripada kedudukan google analytic,pembaca agak ramai, jadi apabila aku melihat dari situasi ini, barulah aku faham bahawa mostly adalah silent readers.

Dari pengamatan aku dari dahulu sampai ke hari ini, ada satu benda yang aku perasan.Kita tak dapat puaskan hati semua pihak dengan tulisan kita.Walaupun kadangkala apa yang kita bahaskan atau persoalkan itu benda kecil, tapi sesetengah pihak menjadikan ia satu benda yang sangat besar.Dari pengalaman aku menulis, dan membuat blogwalking, terdapat banyak lagi perkara yang lebih serius atau besar yang orang ketengahkan dalam blog mereka yang aku tidak setuju, tapi itu hak mereka,pendapat mereka tidak perlu untuk aku menyuruh mereka setuju dengan pendapat aku.Bagi sesetengah pihak mungkin pendapat aku dipandang tinggi, jangan,janganlah terlalu mengambil berat terhadap pendapat aku, kerana aku tidak mahu nanti andai kata anda membuat pilihan salah anda meletakkan kesalahan itu pada blog aku ini.Cuba bayangkan kalau aku menulis tentang  aku tak tahu “kereta buatan Malaysia jauh lebih baik daripada kereta luar” adakah wajar pengguna kereta luar terus menukar kereta mereka kepada kereta buatan Malaysia?WAH kalau begitulah scenarionya, benarlah kata-kata pena lebih tajam daripada pisau.Bagai mana pula kalau aku menulis tentang “perempuan free hari lebih baik daripada perempuan bertudung, pasal yang bertudung pun perangai jauh lebih teruk daripada yang free hair” adakah gadis -gadis yang menutup aurat akan membuka tudung mereka semata-mata aku menulis sedemikian, ada otak, pakailah kan?Kebanyakan pembaca aku rata-rata pengguna yang celik IT jadi mostly aku assume memang datang dari golongan yang berpelajaran so mana pergi otak anda yang briliant tu untuk “mengambil mana yang baik, dan menolak mana yang buruk untuk anda sendiri”?Ada otak fikirlah sendiri.

P.S Lain kali aku nak try tulis , kalau minum coffee banyak sangat nanti mati, mesti ramai yang stopminum coffee lepas tu, atau kenapa menghisap rokok adalah baik untuk kesihatan pasti kilang rokok akan untung berlipat kali ganda…saya sudahi dengan lol…

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »