Pengembaraan kedua

Semalam kotaraya ni hujan renyai-renyai.Aku dengan perut yang sarat dengan teppanyaki untuk makan tengahari (makan tengahari tapi dah kul 2 lebih actually, 3 to be precise) mengambil keputusan untuk meredah hujan renyai-renyai di ibu kota menuju ke Fahrenheit 88.Tenppanyaki di pavilion KL memang terbaik bagi aku hehehe.

Pusing-pusing di UniqLo, window shopping je, tak ada beli apa-apa pun.Adalah dua tiga baju baru yang datang tapi kebanyakannya fesyen winter, (aku nak pakai bila benda alah ini) Jadi buat keputusan untuk berjalan-jalan di dalam Mall baru tu.Tengah syok berjalan-jalan, ternampak sekumpulan jurugambar dan dua tiga orang yang kelihatan macam pengawal peribadi mengelilingi seorang wanita berbangsa Cina.Aku macam, siapa pula orang ini, duta negara mana-mana kot.

Bila turun bawah dekat concourse mall barulah terjawab sapa perempuan tadi, perempuan tadi tu menteri kita rupanya hahahahaha.Apa da, menteri sendiri tak kenal.Agak tidak peka di situ, :-P .Tergelak juga bila dah tahu dia tu siapa lol.Masa turun escalator atau tangga bergerak aku ternampak seorang minah ini, tengah terkinja-kinja depan cermin escalator.Aku tengok mula-mula ingat dia ini tak berapa sihat hehehe, tapi fikir balik mungkin dia ini part yang nak buat performance kejap lagi.Bukan apa, aku tengok dia dengan skirt bagai, tapi tiba-tiba terlompat-lompat macam kera kena belacan,pelik di situ yerp.

Aku decide nak pergi ke lowyatt usha gadget-gadget baru tapi memikirkan puteri yang ada curfew, so terpaksa batalkan hasrat tu.Aku tak berapa minat rushing-rushing ini, lebih kepada enjoying the moment.Tapi kena respect orang lain punya curfew kan… So patah balik ke Pavilion KL pergi ambil kereta.

Petang macam biasa, kesesakan lalulintas agak mencabar minda, sebab tu aku tak gemar sangat keluar dari mall pukul 6-7 macam tu.Time orang balik kerja dan banyak masa di habiskan dalam kesesakan macam sardin.aku gerak pergi KLCC sebab Tacik ngan Tma ada dekat sana, dan si comel Qistina dan our new celebrity ada dekat sana juga.Sampai-sampai diaorang dalam PetroSains so aku duduk hangout dekat kedai-kedai baju yang berada di persekitaran.Nak beli macam tak ada yang menarik hati, so kita tengok aja.Ada satu anak arab ini, test baju serba lengkap dengan dari baju sampai seluar sampai kasut ada tag lagi depan cermin.Wahh shopping sakan, complete set tu.

Masuk dalam Isetan, ada watch fair dekat the gallery.Malas pula nak gi usha walaupun aku minat jam.Aku tengok lengang jer tak ada orang.Satu benda yang aku tak berapa gemar adalah apabila aku tengah tengok barang si promoter atau salesperson ini mengekor kita kemana je kita ppergi and suggest barang dekat kita.Aku lebih suka aku tengok, aku suka, aku tanya, dan kalau aku tak boleh decide baru aku minta opinion.Ini rasa macam ada helang ikut aku (hahahaha boleh ke macam ini?)…

Maybe ada certain orang suka di layan macam tu, tapi bukan akulah babe.Ada orang marah tak di layan sedemikian rupa, maybe rasa dirinya besar dan patut dilayan begitu.Itu diaorang lah aku dop… relak-relak sudah..tak payah orang kipas punggung nak suruh beli barang, pasal kalau aku nak beli, akan ku beli jua tanpa perlu di kipas.nak kipas-kipas tunggu bersanding nanti yerp..  :laugh:

balik rumah tacik kejap, hantar kereta dan tukar kereta.So next trip, ke look out point lagi,kali ini aku jadi GPS.GPS terbaik kot walaupun tak ada , “400 meter ke depan belok kiri” hahaha…(merapu dah ini).. Seronok naik kereta baru tacik, boleh tengok panorama ikut bumbung, butang-butang semua colour warna merah dah aku rasa macam dalam kokpit kapal terbang dah, tinggalkereta tu tak da sayap je lagi.

Bermulalah pengembaraan mendaki tangga.Kata tacik dah macam naik batu caves lol.. Tapi syukur semua selamat sampai.seronok bukan main si Amir menangkap gmabar dekat atas ini, memang cantik.Hari ini menu aku , combo mix campuran lamb,chicken, fish,rice and salad… sedap serius kenyang.Minuman aku order blueberry mocha, aku tak tahu kenapalah aku order benda alah ini mungkin pengaruh sticky blueberry kot, tapi realitinya air dia tak sedap dowh…Tapi aku habiskanlah juga, takkan nak membazir pula kan…

Lepas makan tu kitaorang berborak pasal trip tacik ke Paris.Dengar mahal gila cost nak pergi ke sana, tapi uncle Lan kata maybe pasal buat dengan travel angency so diaorang dah mark up harga, itu yang melambung mahal.Dengar nombor-nombor yang di sebut , rasa macam nak batalkan je trip ke sana.Yelah, kalau nombor yangs edemikian, kalau jenis yang cop duit je boleh spend begitu mewah kat sana, kalau setakat pergi, dan tak enjoy tempat tak selesa.Tak bestlah pula kan….

Lama juga lepak berborak, balik-balik pun dah dekat tengah malam.Tempat ini okay, tapi agak merbahaya pasal jalan nak pergi tak ada lampu, gelap gelita bagai dan kalau kepada girls, better ada lelaki teman pasal kalau jadi apa-apa safe sikit.Lelaki teman bukan teman lelaki, kang jadi lain pula hahahahaha.

Aku rindu kuantan.Sebenarnya dah ramai tanya aku kenapa aku tak balik–balik lagi.Yelah, raya aku tahun ini kan sucks sikit, then raya haji aku tak balik, so orang asyik tanya mana aku pergi.Relaks ar nanti saya balik yerp.Don’t worry. :-P .

Oh, buat yang sekian kalinya saya nak minta maaf, kepada yang menghantar pesanan ringkas kepada saya sewaktu ulang tahun perkahwinan eh hari jadi saya.Saya tak dapat nak balas semua pesanan anda , bukan tak dapat balas semua memang saya tak balas pun actually, pasal 2-3 hari itu, saya tidak mempunyai kredit.Minta maaf sangat-sangat kepada yang terasa saya sombong tak balas tu yerp.Sorry bebanyak.Janganlah ambil hati ini, nanti saya tebus balik yrp (mati ar nak tebus balik gini hehehehehe)…nanti saya balik kuantan, sila preparekan hadiah – hadiah yang sepatutnya di berikan yerp… dah ada 3 botol minyak wangi menunggu di rumah, dan 2 helai AX jeans dapat semalam , thanks yall….. :-D

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »