Pangkor~

So selepas 2 minggu di perantauan akhirnya balik sudah~Kite cite satu2 dulu iyerk?Selepas sakan duk training pagi – pagi selama seminggu.Tamatlah tempoh latihan kerohanian dan fizikal kami.Semua bersemangat berkobar-kobar.Malam sebelum bertolak ke pangkor, kami di beri amanat oleh dekan dan juga chief de mission,madam shariah bahawa kami akan pulang memabawa kemenangan untuk kali keempat.Go Go bintang keempat~Selepas di beri elaun dan beg yang di sponsor oleh our ustazah, kami beramai – ramai menjamu selera.nyum nyum…Balik bilik terus lena di buai keletihan.

Keesokan paginya sesudah subuh, kami ramai ramai bersiap- siap untuk menaiki bas.Sebanyak 3 buah bas berkonvoi dipenuhi atlit yang berkobar2 untuk menang.Perhentian pertama kami untuk mengalas perut sebelum bergerak ke pangkor adalah di hentian Rawang.

Bowling Bees di Hentian Rawang
Bowling Bees di Hentian Rawang

Perjalanan seterusnya terus menuju ke Lumut, Perak.Agak menyesal jugak duduk di bahagian belakang memandangkan keadaan di belakang bukan seperti menaiki sebuah bas tapi lebih kepada menaiki sebuah kuda hahaha…mungkin  kerana shock absorber yang berfungsi dengan cukup baik menyebabkan keadaan begitu.Di televisyen bas menayangkan cerita Thai yang agak kelakar di iringi dengan petikan gitar atlit bola tampar.Pejam celik, pejam celik kami tiba di jeti untuk menunggu feri yang akan membawa kami pergi ke pangkor.Seronok yang teramat, memula takut jugak mabuk laut ke, mabuk air ke, tapi tidak seperti yang di sangkakan hehehe…

makan makan di jeti
makan makan di jeti

httpv://www.youtube.com/watch?v=bmGe4ZyfTXk

Tiba kami di Pangkor, transit transit berwarna pink mula datang memunggah kami kedalam perut mereka.Jadi kami tiba di kem Raudhah.Weehee tempatnyer cantik la jugak.So kami di beri free time pada waktu petang untuk light training, Well it’s time untuk beronda ronda bagi budak bowling hahaha.Pemandangan nya sangat cantik di sini.

Raudhah
Raudhah
tepi pantai
tepi pantai

Malam hari nyer kami di sajikan dengan ikan berbagai jenis ikan.No chickens okeng?Malam hari ney kami diberikan kebebasan untuk meryap dipulau pangkor, as if macam ade la bende sangat kat pulau ney memalam iyerp.Selepas makan malam, geng geng JPM Acap,Pie,E mengajak aku melepak di tepi pantai sambil minum2.Ramai rupernyer yang dah sampai, termasuk ustazah dan Sir Irwan.KAmi di sajikan dengan kerang bakar yang memang tak leh lawan Padi punye kerang.KErang di bakar sampai kering kontang cube la bayangkan.NAsib baik la dah abis kalau tak membazir jer beli.So nampaknyer rezeki ustazah dan sir belanja makan.Sesudah abis makan, kami bersiar siar di sekeliling pulau, haih memang gelap giler jalan pulak dah la kecik, curam pulak.Yang ada dalam kereta cuma aku, E,Pie,Acap ngan Zali.Habis satu pulau kiteorg round sampai la masing2 dah menguap dan mengantuk.Jadi kami pun pulang ke kem untuk mendapatkan rehat yang secukupnya memandang besok ade light training di pagi hari hahaaha AS IF~bersambung

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »