Karaoke, sedap ke suara?

Entah kenapa aku selalu mengunjungi ke pusat karaoke berhampiran wangsa walk.Kadang-kala bersama rakan, kadang-kala seorang uih sedih gila hidup gi karaoke sorang2 . Perasan atau tidak kebelakangan ini hujan turun mencurah-curah?haa itu tak ada kena mengena pun dengan aku ok, itu kuasa tuhan, so jangan tuding jari kearah aku kerana lima empat jari akan menunding kembali kepada engkau orang.

Dulu aku tak pernah pun menjejak kaki ke tempat karaoke ini, kalau setakat karaoke jamban dekat mega tu adalah 2, 3 kali follow kawan dan sekali pernah dengan orang istimewa.Itupun dia malu-malu :pain: tapi mahu ;-) .Biasalah mula-mula nak start mesti malu-malu dulu kan lepas tu , dunia pun dia tak ingat.

Kau pergi jua~ Setelah cintaku kini membara~~

Nak kata suara sedap, takdelah sedap sebab suara tak boleh di makankan, tapi kalau nak kata merdu takdelah merdu pasal tak pernah pulak ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman, hurm mungkin aku kena masuk ke dalam audition bintang rtm ataupun akademi fantasia yang akan datang, amna tahu ada rezeki boleh meletup-letup kan.Penat pula nak mensignkan autograph kepada para peminat (BOOO!~~~) okey fine, aku perasan je.

Nak tanya sikit, kalau korunk berkaraoke kan selalu nyanyi lagi English ke Melayu?kalau aku campur-campur , kadang-kala melayu, kadang-kala English.kalau melayu selalu rock-rock kapak lama, dan disusuli dengan lagu Mungkin dari Anuar Zain, Yes Mungkin adalah lagu yang terbaik dari abg Anuar Zain :-D , kalau rock-rock kapak aku try nyanyi Karam, Kau yang bernama Seri ( Kalau awak sayang saya tukar nama seri tu dengan nama saya..erkk!! ), Akulah kekasihmu, undur putaran masa,jangan pisahkan dan pelbagai lagu lagi , oh lupa sejati hehehe.Salah satu petua dia jangan minum air sejuk kalau nak menyanyi nanti suara tak boleh maintain, main lari sana , lari sini.

KAlau lagu English aku paling suka Aerosmith , I don’t want to miss  a thing ( tak tahu kenapa kalau nyanyi dengan dia , dia suka tutup mulut aku time YEAH YEAH YEAH YEAH YEAH, mungkin takut ganggu jiran tetangga sebelah kot, tapi walaupun dia tutup aku suke :inlove: )… memang terasa macam Steve Tyler bila nyanyi lagu ni, rasa jelah sebab kalau korunk dengar memang pecah telinga di buatnya kerana terlalu tinggi not yang aku boleh bawa.*Tak pernah jumpa orang yang berasa macam ni :-( .

So kalau kepada nak release tension boleh pergi ke karaoke untuk release tension.Jangan pula nak release tension pergi minum arak, hisap rokok (dah naik harga dah skang), dan sewaktu dengannya.Tapi apa – apa pun jangan lupa 5 waktu yerp, itulah yang sebaik-baiknya .Selamat beramal.

P.S  Rindu nak dengar innocence :cry:

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

2 Responses

  1. hey.. i drop by ur bl0g.. nice! btw..can i know the title of the song of ur blog..? i like dat song!.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak