Kalau kita tak boleh nak nampak bodoh depan orang yang kita sayang, dengan siapa lagi?

Kalau dalam perhubungan, selalunya mula-mula kita tak kenal siapa orang yang kita baru kenal ini kan(except if you are a mind reader).Apa dia suka, apa dia tak suka, apa dia benci,apa dia minat.Masing – masing still nak cover diri masing-masing, tunjuk kebaikan je, ye lah kalau tunjuk buruk siapa nak kan?

Tapi bila dah lama-lama kenal, betapa susah pun kita nak tutup keburukan kita, kadang-kadang kantoi juga.Kadang-kala benda tu bukanlah buruk sangat tapi kita rasa itu kelemahan kita dan kita tak mahu si dia tahu.Tapi selama mana kita hendak sorok?Selamanya, tak mungkinlah kan kecuali kita memang pelakon yang amat hebat dan kita tinggal di benua yang berbeza.Tapi kalau dah dekat nak sorok macam mana kan?nak pulak kalau dah jumpa tiap-tiap hari.

Kenyataannya, tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini.Masing-masing ada kelemahan masing-masing.Ada orang rasa rendah diri bila dirinya tak pandai masak, belajar tak bagus, suara tak sedap bila menyanyi,tak cukup tinggi, tak cukup cantik, tak cukup putih, tak pandai berkawan, tak pandai bermain bola sepak dan seribu satu lagi penyakit yang dikategorikan sebagai kelemahan.Ya, skop kelemahan sangat luas dan pelbagai.

Tapi, ada tapi.Kalau kita dengan orang yang kita sayang, kita takkan perlu takut dengan semua benda ini.Sebab orang yang kita sayang akan menerima kelemahan kita kalau dia betul-betul sayangkan kita.Dalam pada masa yang sama, kita perlu cuba memperbaiki kelemahan kita tersebut supaya kita boleh menjadi lebih elok.

Kadang – kala dalam hidup juga, kita selalu melakukan perkara yang bodoh.Kita sakitkan hati orang, terutama hati orang yang sayangkan kita.Tapi betapa sakitnya hati dia dan dia masih ada,bermakna dia benar-benar sayangkan kita.kalau kita sayangkan orang itu bermakna kita harus menerima kelemahan dia, jadi tak perlulah berpura-pura untuk menjadi sempurna kerana tiada orang seperti itu.

Kita berasa malu apabila kelemahan kita terbongkar, tak kiralah bab tak pandai masak, tak pandai belajar, kurang cerdik, kurang tinggi, kurang pandai, kurang itu, kurang ini.Tapi orang yang kita sayang takkan nampak semua benda itu.Kerana semua benda ini tidak penting di matanya.Nak tahu apa yang penting?ANDA yang penting.Selagi anda ada itu yang penting.

Tak kiralah kalau satu dunia sekali pun mengetawakan kita.Selagi kita ada, itu yang penting.Kalau kita tak boleh nak nampak bodoh depan orang yang kita sayang, dengan siapa lagi?

It doesn’t matter you don’t possessed the sexiest voice, own a degree, or doesn’t even know how to cook.It doesn’t matter if you are not the most beautiful girl in the world or how height you are.It doesn’t matter how much flaws that you have, I’m to busy looking at you to notice any of them.

*Saya pernah buat benda bodoh depan awak, tapi saya tak pernah menyesal kerana saya tahu awak sayang saya walau bagaimana sekalipun keadaan saya.

Dipetik dari jari tengah dan ibu jari snap*

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »