Krotttt~ perut berbunyi menandakan masuknya waktu mengisi sesuatu kedalam lubang mulut.Perut berbunyi meminta diisi di sampai kepala ligat memikirkan undangan makan tengahari yang aku baru dapat tadi.Ok, tak salah kot kalau nak pergi makan bisik hati kecil yang seakan-akan bersetuju dengan perut.Lagipun aku perlu masa untuk berehat dari menatap laptop,cuba untuk menghabiskan tugasan semicon aku.Memang jauh rasanya cita-cita untuk emnjadi seorang IC engineer, berpinar mata hendak mereka design yang dikehendaki di samping software yang agak manja dan cerewet di mana kata-kata kesat agak sukar untuk di tapis sekiranya berlaku kesilapan yang tidak di ingini.
sampai sahaja di rumah HM aku terus bergegas masuk.Dan dengan selamba aku terus bergegas ke meja makan yang seakan-akan menunggu aku dari tadi.Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi setelah mencuci tangan tanpa di suruh.Entah datang dari mana selera aku, dekat 4 kali nasi aku t,ambah tanpa rasa segan, (tak seganlah sangat kan) sambil di perhatikan dengan penuh minat oleh HM.Mesti hairan, apasal lapar benar pemuda yang berada di depannya ini, badan kurus tapi dekat 4 kali tambah nasi,adakah ia membela sesuatu?mungkin itu yang berlegar -legar di fikiran HM yang dari tadi asyik tersenyum melihat gelagat aku mencedok nasi.
Tunggu jap, nak pergi buat dessert, kata HM.Aku yang sedang kekenyangan menggangguk kepala, sambil mulut mula mengunyah pisang montel yang berwarna kuning suram.Selang beberapa minit, aku terbau sesuatu yang amat menyelerakan dari dapur, Pergh bau dia amat menusuk kalbu , dan kalau kalbu itu direalisasikan sebagai belon, aku pasti belon itu akan terpercah akibat tusukan (apa aku merepek ni? ?:-) ).So this is the picture of the said smell.
So inilah peach crumble yang famous itu.Sedapnya tak terkata,sambil bertambah-tambah aku makan.Kesedapannya melegakan setiap stress dan pressure yang aku rasa sejak minggu lepas.Memanglah orang kata food is the best medicine, memandai je aku kan?tapi itulah yang aku rasakan walaupun doktor dekat kuantan tu mungkin disagree dengan aku pasal dia kata dekat aku, tak makan is the best medicine in the world.Entah ar, aku disagree dengan dia, lantaklah kalau dia doktor pun, bukan betul sangat aku tengok.Siap aku di lecture pasal kena selalu berbahasa asing, mak aih apa dah tak boleh ke nak praktik bahasa sendiri, maybe duduk laur negara lama sangat dia terlalu mengagungkan bahasa asing.kalau bukan kita up bahasa kita sapa lagi kan?*Ni dah tersimpang jauh dah la pulak… :X-P:
Benda nama peach crumble ni kalau makan dengan aiskrim memang rasanya terbaiklah sangat iyerp.Kak jama, eh Jama dah nak ajak aku pergi ampang point cari flavor baru ais krim kalau si HM tak mengkantoikan dengan mengatakan ada lagi perisa vanilla.Alah saya nak perisa neopolitan atau jagung atau pun durian , * amboi demand lebihkan…
Tetiba rasa lapar pula, bila tengok balik.Mungkin akan ada peach crumble di buat dalam waktu yang terdekat ini? :heart: