Cantik itu perlu tak?

Perlu, cantik itu perlu.Sebab apa cantik itu perlu?itu kita tak tahu.Tapi bukankah kita semua akan tertarik dengan sesuatu benda yang cantik?Itu kalau barang, tapi kalau orang macam mana?

Cantik itu sebenarnya subjektif.Sebab apa cantik itu subjektif? sebab skop cantik itu luas.Cantik bukan setakat daripada paras rupa tapi dari segi perangai dan tingkahlaku.

Ada orang berpendapat kalau seseorang itu cantik, jadi dia boleh berperangai buruk.Mungkin.tapi mula-mula jelah sebab lepas perangai buruk di ketahui, yang cantik pun dah jadi tak cantik.Jadi macam mana nak tahu orang itu cantik?

Sebenar susah,macam mat lufti kata, “kalau kira 10 kawan hang , 13 tak cantik, kalau masuk hang jadi 14 ar,”.Sebab apa?sebab ramai dikalangan kita ini terlalu terkejar-kejar kecantikan luaran sehingga kita abaikan kecantikan dalaman.Orang kata macam mana kita nak tahu dalaman?takkan nak pergi selak pulak kain atau pergi intai.

Benda ini senang je,orang boleh tutup keburukan rupa paras dengan mekap,baju mahal segala, tapi perangai susah nak tutup, attitude tu susah nak cover.Betul, ada sesetengah di kalangan kita boleh tutup dengan berlakon, berdrama , bersandiwara, bermuka-muka tapi sampai satu masa , tak boleh tutup, sebab itu bukan diri dia yang sebenarnya.Jadi lambat laun kita boleh perasan.Terpulang pada kita apa yang kita nak buat lepas kita perasan tu.

Kalau hang dah tangkap cintan dengan minah tu, perangai buruk dia pun kita tak nampak, cinta kan buta dan membutakan.Zaman sekarang memang macam tu, mak kata jangan , hang kata mak tak faham, abah kata jangan , hang kata abah tak sporting.Yelah, orang cantik, orang kata bukan senang nak dapat, tapi kena ingat kita bukan nak hidup atas cantik je, hati juga mesti nak kan.

Sebenarnya yang paling penting , hati kena cantik.Macam mana kita tahu hati dia cantik?adakah hati dia masuk rancangan Malaysia next top Model atau Majalah dara, *terpromote majalah ni pasal ramai member duk masuk majalah ni :laugh: .Tak ada kan?Jadi dengan cara bergaul dengan seseorang itu kita boleh kenal , dari segi sikap , tingkah laku, cara dia berinteraksi,words yang dia pakai, cara dia tangani masalah, haaa benda-benda ni yang penting.

Jadi kalau orang kata, cantik tu perlu ke tak?jawapan dia perlu, tapi bukan paras rupa,tapi hati.

*P.S Macam Diana Amir cakap “Yang penting hatilah, hati” Sorry, tak tweet anda hari ini lol.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »