Beberapa hari ini kan ribut pasal tsunami yang melanda Jepun dan juga beberapa tempat lain yang di Asia.Bila tengok video tsunami yang melanda tempoh hari, memang tertanam rasa takut dan risau yang amat.Moga-moga mereka di sana dapat mengharungi saat-saat getir dekat sana.Di bawah ini salah satu video klip tentang kejadian yang berlaku di Jepun.
httpv://www.youtube.com/watch?v=e-A0NDsPcZY
Terdapat juga kebimbangan tentang keadaan kampung halaman aku yang turut berada dekat dengan pantai.Dengar cerita, pihak berkuasa tidak membenarkan sesiapa untuk keluar ke T.C dan hujan dah berhari-hari turun dengan lebatnya.Hurm, harap tak ada apa-apa yang terjadi.
Tapi bila keadaan macam ini terjadi kan kepada siapa kita nak berpaling dan meminta bantuan?Kalaulah tsunami benar-benar datang menuju ke arah kita, apa yang mampu kita lakukan?Ketika keadaan ini berlaku semua orang akan berkata ” Pray for them,”,or “God, please save them” atau “Ya Allah minta-minta tak ada apa-apa yang terjadi kepada mereka,selamatkan mereka”.Tak kira dari mulut sesiapa pun, sama ada dari orang baik ke, orang jahat ke,pekerja khidmat masyarakat ke,ataupun penjenayah sekalipun, mereka akan minta dengan Tuhan.
Tapi pelik kan, kenapa kita semua hanya ingat tuhan bila dalam kesusahan.Kenapa bila kita senang , kita lupakan dia.Kenapa masa nak suntik dadah tak ingat?kenapa masa nak ‘main’ dengan pasangan tak ingat?kenapa masa minum arak, tak ingat?kenapa?kenapa?
Kalaulah di beri situasi kan, di mana seorang sahabat(kalau boleh panggil sahabatlah kan) bila senang, batang hidung, langsung tak nampak, tapi bila di timpa kesusahan atau kesulitan, mencicit datang berlari berjumpa dengan kita nak minta pertolongan.Apa pandangan anda, adakah orang sebegini layak di tolong?haa fikirkan sendiri jawapannya.
Bila kejadian bencana seperti tsunami menimpa kita, cuba di tanya kembali,adakah kuasa yang diagung-agungkan oleh kita semmua(yang kita sibuk berebut-rebut tu) boleh di gunakan untuk membantu kita?adakah wang kita yang berjuta tu dapat membantu kita?
Ada juga yang cerdik di luar tu yang mungkin berfikir “alah belilah kapal terbang atau helikopter,” tapi kalau keadaan bencana di datangi dengan ribut atau taufan, tak guna juga kan?
Dekat sini bukan apa, bukan nak kutuk sesiapa tapi sekadar nak mengingatkan sahaja.Kalau kita di timpa kesusahan, dan kita meminta pada yang maha esa maksud nya kita masih percaya Dia tu ada.Tapi janganlah kita hanya mengingati Dia pada masa susah saja, masa senang kena ingat juga.
Teringat dulu satu ceramah dan video orang kena sebat akibat merogol.Mula-mula dia panggil nama mak dia, (dia kena sebat lebih 10 kali kalau tak silap) lepas kali ke 3, dia akan sebut “Allah,”.Sebab apa dia tak sebut dah nama mak dia lepas kali ketiga?sebab dia tahu mak dia tak boleh tolong dia, tapi ada satu kuasa lain yang still dia boleh harapkan untuk berbelas kasihan.
Satu senario lain yang kita boleh kita lihat adalah apabila kawan-kawan bermain bola.Tak kiralah bola betul ke, atau PES di Xbox 360, bila time tengah main tu (uih memang mulut banyak buat dosa,faham-faham serba serbi keluar) kalau kita dapat sumbat gol, woh berlari kelilingi padang, dan akulah orangnya. Tapi, tapi kalau gol kita yang di sumbat apa yang selalu kita kata?(Ya Allah, masuk gol lagi!!! ataupun Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah (dalam bahasa arab lah~).
Jadi ingatlah apa yang perlu kita sama-sama buat, janganlah mengingati Dia masa tengah susah sahaja, masa senang lupa.
3 Responses
DAH TU? MESTI LAH IGT KE TUHAN. TAK KAN NAK IGTKAN PASAL KAU PULAK APABILA DITIMPA KESUSAHAN -_-. TUHAN TU SENDIRI BERFIRMAN AGAR IGTLAH KEPADA TUHAN APABILA DILANDA MUSIBAH. SO, STOP QUESTIONING THINGS THAT SOUND SO MENGARUT -_-.
He’s not questioning. He’s saying that one should not only look to God bila ditimpa kesusahan..bila senang, tak ingat ke Dia..point nya disini is to think of God at all times, masa susah and senang.
-_-:Kena baca balik entri ni betul-betul…=)
Khal:thanks khalisah for pointing it out ….