Bila Harimau berjumpa Gergasi Biru

Entri pasal bola?terkejut eh?mesti terkejutkan.Bukan apa, sebab benda ini jarang-jarang berlaku jadi enjoy it while you still can.Siapa yang tengok perlawanan ini mesti tahu gol yang Drogba jaringkan tu penuh kontroversi.Biasalah, mestilah ada kontroversi, sampaikan commentator yang mengulas pun kejap “gol, eh, eh, tak masuk lah,” dan lagi seorang pun berkata “masuk, masuk tengok replay masuk,” hehehe kelakar pun ada.Kalau tengok replay boleh la nampak bola masuk, jadi peminat, janganlah marah referee, sian referee.Mata dia bagus lagi sebenarnya.

Keputusan akhir, 0-1.Apa yang boleh dikatakan tentang keputusan ini?skuad harimau kita dah semakin bagus.Itu tak boleh dipertikaikan.Sebab apa nak tulis macam ni?sebab ada terbaca komen dari sahabat-sahabat yang meminati Chelsea berkata Chelsea pakai 10% je energy, amboi, menganjing betul.Depa tak nampak ke beberapa kali Terry terbaring pasal dia tanduk tak masuk gol.Kalau Chelsea menang itu tak menjadi kejutan, come on Chelsea kan?Tapi kalau Harimau kita seri 0-0,kita dah cukup bagus.Ingat Chelsea pernah menang MU 2-0?boleh paham kalau aku tunjuk macam ni, Harimau<MU.

Aku ni tak adalah pandai bola sepak, tapi kenapa nak pertikaikan Chelsea main-main je, tak guna tenaga sepenuhnya,come on, Harimau kita memang bagus kot.Kalau takda gol kontroversi tu, 0-0 tau.Jadi satu tepukan gemuruh untuk skuad Malaysia kita malam ni, memang korunk semua bagus.

Pasal insiden boo memboo, memang aku pun tak faham.Apa yang kita dapat dengan boo individu tu pasal dia Israel?Adakah kalau ada orang Israel lalu di sebelah kita, kita kan boo sebegitu ? Agak tak patut di situ.Tapi bila aku cakap macam ni, ada pulak kata, alah memang patut boo pasal dia tu Israel, Yahudi.Sampai masuk cerita kiamat pun ada.

Tapi nak tanya sikit, artis berbangsa yahudi, korunk minat pula, pasal apa tak boo?pasal apa tak boikot?List die orang ini boleh je jumpa kalau korunk google.Antaranya, ELVIS PRESLEY, Billy Joel,Craig David,Paula Abdul,david Lee roth(mminat van halen tak?),Rob bourden,brad Delson (lin kin park),Slash (korunk tipu ar tak minat guitarist ni kan?), dan Kenny G.

Kalau pereka fesyen tu, Calvin Klein dan Ralph Lauren,or korunk tak pakai eh minyak wangi dia, baju-baju depa?Ok, how about Levi’s Strauss?haaa, amacam , ramai kan?apasal tak boo dieorang?Yang kelakar sekali kan, dalam duk boo, boo, tiket beli jugak beratus- ratus.Kan dah tunjuk ketidak pandaian di situ.Tapi terpulanglah nak tafsir macam mana kan.. :laugh: .

Mari kita semak keputusan perlawanan.

0 – 4 ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌(MAS vs Arsenal)
3 – 6 ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌(MAS vs Liverpool)
0 – 1 ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ (MAS vs Chelsea)

Dari sini kita dah nampak pattern dia,untuk perlawanan menentang singapore nanti.

2,456,341 – 0 ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ (MAS vs Singapore)

hehehehe.Okey good luck skuad harimau.Adios.

P.S Bak kata-kata penyokong Chelsea “Chelsea is my body, but Malaysia is my heart and soul”. 8-)

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »