Trip ke Hong Kong part 1

Hello! Apa khabar semuanya?Macam mana raya ? Sambutan hari merdeka macam mana pula?Merdekakah kamu?Harap semua bukan sahaja merdeka melalui perkataan tapi juga minda.Buang segala sifat – sifat negatif dalam diri dan mulakan langkah untuk memajukan diri sendiri demi negara dan agama serta bangsa.

Di saat rakyat jelata sedang sibuk untuk menyambut hari kemerdekaan, saya dan rakan-rakan telah membuat keputusan untuk menyambut merdeka di luar negara (Hamboi, bukan main lagi kan~) destinasi kami kali ini adalah ke Hong Kong.Misi kali ini nak berjumpa dengan pelakon pelakon Hong Kong.Mihmihmih.

Sebenarnya walaupun pergi berjalan-jalan, tapi kami keluar ini atas urusan perniagaan sebenarnya.Maklumlah, kais pagi makan pagi, kais petang makan roti.Mahu jumpa Jackie Chan minta kontrak nak buat filem sebenarnya.Hahaha~

1

Trip kali ini teruja sedikit sebanyak sebab pertama kali mahu naik A380, alah kapal terbang MAS yang warna biru tu, yang besar punya tu.Jadi mana tak excited kan?Dan seat kami berada di tingkat atas uolls.Kononnya kalau duduk tingkat atas tu, tinggi sikitlah bila ada di atas sana kononnya.

Jadi macam biasa, yang menjadi pemandu nak menghantar saya dan fiq ke airport adalah adik ku yang tersayang si Faiq.Pukul 5.30 pagi dah gerak ke airport kuantan.Flight ke Hong Kong bertolak pukul 9.15 pagi.Takpe, kali ini beli barang lebih sikit bagi untuk adik, adik punya pasal apa ada hal kan?Pepagi ini ramai orang beratur dekat airport Kuantan ni, jadi sebelum nak check in tu, solat Subuh dulu di airport.

Selepas settle check in terus bergerak menuju ke dalam perut kapal terbang.Terjumpa pula logo running man (atau walking man) dekat Lapangan Terbang Sultan Hj Ahmad Shah ni.

2

Perjalanan mengambil masa 35 minit ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA laaa), jadi sempatlah sarapan pagi dalam kapal terbang.Bolehlah buat untuk alas perut yang berkeroncong dari Subuh tadi .Sempat juga bergambar dengan pramugari yang friendly ini, entah mengapa setiap kali menaiki kapal terbang dia orang ini nak bergambar dengan saya.Layan ajerrrrr~

3

4

Sampai di KLIA lebih kurang pada pukul 7.30 pagi.Selepas bertemu dengan Shuk, kami terus bergerak menuju ke International Departure Lounge sementara nak menunggu waktu untuk berlepas.Sempatlah makan pagi yang proper (proper la sangat) dekat sini.Luas tempatnya, maklumlah first time masuk ke sini.Excited dia tu lain macam sikit, *please pardon the over use of the word ‘excited’.

5

6

7

Pukul 8.45 pagi, kami bergerak menuju ke gate yang sepatutnya kami tuju, kalau tak tuju gate yang sepatutnya, nanti tak sampai lah pula iyer?

8

9

First time masuk ke dalam, perkara pertama dalam mind, kalau flight 16 jam macam ini pun tak kisah, selesa amat.Siap dengan kerusi urut bagai. Kalau boring, ada rancangan kegemaran aku The Big Bang Theory, Friends, tapi aku duk pasang juga ke Ironman 3. (tak ada kerja betul).Jadi selanjutnya 4 jam perjalanan ke Hong Kong.Since fiq dengan shuk duduk berdua, seat aku keseorangan di belakang mereka.Dapat pula duduk di sebelah orang Jerman, apa lagi, bantai cakap jermanlah dengan dia.Jerman je pun,kalau english susah sikit, terbelit- belit lidah kalau nak  bercakap. :-D

9a

12

11

10a

10

13

14

15

16

16a

17

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »