Bukan senang nak mencari makanan Korea yang halal dekat Seoul. Yelah, datang jauh-jauh mesti nak rasa makanan tempatan dan style makan orang Korea. Jadi kali ini, nak perkenalkan satu lagi kedai makanan ala ala grill style Korea iaitu di Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant , Seoul yang terletak dalam daerah Gangnam. * Korang jangan nak start menyanyi Oppa Gangnam Style pula.
Waktu operasi: 3 petang sehingga lewat malam
Tutup: Ahad
Kedai ini di buka pada pukul 4 petang- 2pagi. Jadi stesen yang perlu anda semua tuju adalah Yeoksam Station LINE 2 (EXIT6). Jadi lepas anda keluar dari Exit 6 tu, adalah jalan terus sehinggalah penghujung blok deretan bangunan tersebut, restoran KFC akan berada di sebelah kiri anda. Apabila sampai dekat persimpangan jalan tu, anda belok kiri dan terus kan perjalanan.
Jalan terus sehingga anda sampai ke simpang pertama yang boleh belok kanan, ambil jalan ini. Gambar bawah ni, aku cedok dari Google Map, lupa nak tangkap gambar hari tu.
Jalan terus sehinggalah anda sampai ke lorong pertama sebelah kiri anda. Belok kiri ke jalan Nonhyeon-ro 95- gil.
Dalam beberapa langkah, anda boleh nampak signboard Yang Good Restaurant ni.
Budget untuk makan dekat sini adalah di antara 11, 000 hingga 22, 000 Won bergantung kepada apa yang anda pesan. Selalunya budget yang aku berikan itu dah cukup untuk 2 atau 3 orang makan, tapi memandangkan ke semua menu dia macam amat menyelerakan, kebarangkalian untuk anda memesan makanan tambahan adalah sangat tinggi. Jadi lebih baik prepare awal- awal.
Untuk makluman, side dishes dia boleh refill dengan percuma. Cuma perlu panggil waiter dia untuk refill kan untuk kita. Air kosong turut di sediakan, tapi kena rajin sikit sebab kena pergi ambil sendiri dekat machine. Jadi, enjoy your meal guys! Oh bawah ni, aku sediakan map untuk memudahkan anda semua, mana tahu kalau dari panduan bergambar macam agak mengelirukan.
Terima kasih kepada muslim backpacker sebab bagi info.
24 Responses
Dah pergi tadi. Terima kasih for the panduan. Senang mencari.
sedap kan? =), nanti sharekan entri tu dengan kawan-kawan, susah sikit nak cari kalau tak pasti.
Radin fadil, sy nak tanya.. ada yg mengatakam restaurant itu menyediakan arak.. betul ke?
ada. Soju
Thanks bro! Good guide. Jumpa !!!
Hah!! ini pun sedap. Dah masukkan juga dlm itinerary. Kalau awak ke Tokyo, boleh juga makan macam ni. Dalam japanese panngil ‘yakiniku’ beef bbq. Ada sijil halal jugak. Tapi biasalah, dlm kedai tu ade juga yang tak halal. Kena request cakap nak menu halal. Lokasinye di yoygo station. Jemput singgah blog saya, sebab saya pun ada tulis this kind of thing. :)
Wahh. Bagus ni. Boleh la masukkn dlm itinerary nk pergi korea nnt :jump:
YEs, anda pasti takkan menyesal.
Im curious… even though I’m not so was was abt the food… I can see in your pics in the background there are ppl having alcohol…. boleh ke makan at a place that says halal but sells alcohol as well?? Pls state your sources (hadith, quran etc) when replying thx.
Yup, kedai ini ada menjual soju, minuman lazim penduduk korea. Situasi di mana makanan halal tapi kedai ada menjual minum beralkohol juga terdapat di negara kita, contoh seperti di hotel- hotel atau restoran seperti chilli’s , tgif. Jika sarah nak keterangan tentang hukum dengan lebih halus dan terperinci tentang situasi berkaitan , Sarah boleh tanya dengan ustaz atau orang yang lebih arif dan berkelayakan dari saya.
Ada halal certificate ye?
InsyaAllah Halal sebab ada dekat signboard dia memang ada nyatakan restoran halal. Daging ni di import dari australia ( dari sumber koreahalal.org ada nyatakan daging dari australia adalah halal), di dalam menu ada di tulis ‘ we use halal meat”. saya dapat tahu pasal restoran ni melalui muslimbackpackerseoul site. Kalau masih rasa was – was boleh skip je restoran ni =) .
Radin, korang order ape kat situ? plan nak gi makan sane next week
Marinated lamb, trylah makan yang lain juga, rasa -rasa. Have fun!
sedapnye!
knp la skrg baru tau ade halal bbq restaurant in seoul..
gigih je mkn ikan memanjang kt sne. tsk..
Saya cari ikan tu tak jumpa-jumpa. Next time boleh datang try makan dekat sini, terbaik!
Wah thanks for sharing. Insha Allah nak masukkan dalam itinerary akan datang ni. Xpenah lagi berBBQ kalau ke Seoul.
Kalau nak rasa berBBQ di Seoul bolehlah ke sini nanti ^^
Terima kasih sebab sudi membaca ^^
salam singgah sini… jemput la ke blog sy di nnhttp://afasz.blogspot.com
sedap nye!!!!!….
Sedap, dah start rindu dah, nak pergi makan sana balik ^^