Trip ke Hong Kong (Makanan Turki dan Sheraton Hotel) Part 2

Lama betul nak update trip ke Hong Kong ni, balik dari hong kong banyak kerja yang perlu di settlekan.Baru je tadi hantar servis DSLR kesayangan untuk trip yang seterusnya.Menyesal tak bawa sebelum ini, tapi itulah menyesal kemudian tidak berguna.Jadi mari kita sambung cerita di Hong Kong.

Selepas 3 jam perjalanan kami pun sampailah ke Hong Kong International Airport.First impression, airport ini sangatlah advance dan canggih.Train yang nak bawa kami dari balai berlepas hingga ke pintu utama sangat laju.Bayangkan tiap-tiap 1 minit ada train, mereka betul-betul menggunakan kecanggihan elektronik dan meletakkannya di signboard dan papan tanda, tidak lupa juga pada bangunan.

18

19

Sebab malas nak naik train kami membuat keputusan untuk naik teksi menuju ke bandar.Cost untuk teksi dalam rm120-140 tak silap aku, kalau naik airport express , HKD90 seorang, kalau di kira balik sebab kami 3 orang , sama je cost naik teksi.Perjalanan mengambil masa 30-40 minit untuk ke hotel bergantung kepada keadaan trafik.Hujan renyai -renyai semasa ketibaan kami, macam bawa rezeki pula ke negara orang hehehe.

20

21

22

Kami menginap di Sheraton Hong Kong Hotel and Towers terletak di area Tsim Sha Shui.Pekerja yang menyambut kami di lobi boleh pula bertutur sedikit dalam bahasa  Malaysia.Bila di tanya, beliau asalnya dari Malaysia, tapi dah lama tinggalkan Malaysia untuk bekerja di sini.Dengan penuh excited, kami pun terus nak check in ke bilik.Nasib kurang baik sebab bilik kami tak ready lagi, padahal kitaorang dah sampai agak lewat dari masa yang sepatutnya.Kononnya orang dalam bilik tersebut minta di panjangkan masa untuk check out.

Kami sampai dalam pukul 3 lebih, dan bilik hanya akan siap pada pukul 6 petang.Sementara menunggu , kami di beri bilik complimentary dahulu, takpelah dapat juga Wifi untuk berinternet kejap (Kebanyakan internet di hotel dekat sini kena bayar kalau nak guna, keji kan???Harga lebih kurang kalau kita melanggan dengan Maxis, so baiklah langgan Maxis 3 hari terus).Selepas membersihkan diri dan solat, kami pergi mencari makanan, lapar.

23

24

24a

25

Awal-awal dah research tempat halal dekat area hotel, tapi yelah berpandukan google , ada tempat yang dah tutup dan pindah.Jadi kami berpusing-pusing juga nak mencari kedai makan dekat sini. Nanti kalau anda nak mencari, cari je Chungking Mansion dekat dalam google tu, confirm akan jumpa tempat makanan halal di sini.

30

31

32

Menu pertama kami di hong kong adalah makanan Turki.Aku makan Kofte meat with rice dan aku tak ingat apa yang shuk dengan fiq order, tapi gambar makanan dia org ada dekat bawah ni.Makanan bolehlah tahan sedap, cuma rasa rempah takde, takde cili sos.Lepas ni travel kena bawa cili sos sendiri hehehe.Harga boleh tahan mahal juga, jadi di nasihatkan korang bolehlah packing maggi banyak-banyak kalau low budget untuk makan luar.

26

27

28

29

Memandangkan masa masih lagi awal , kami bergerak menuju ke China Ferry Terminal untuk membeli tiket bot untuk ke Macau.Jauh juga berjalan untuk ke China Ferry Terminal, tengok dalam peta dekat je.Adalah dalam 30 minit sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju.Harga tiket bergantung kepada waktu dan hari yang kita hendak ambil, kalau weekend atau malam selalunya lebih mahal.Pergi balik macam dalam Rm150. Boleh check senarai harga dekat sini.

Selepas membeli tiket bot kami berjalan pulang ke hotel untuk melihat bilik.Sempatlah lalu dekat Heritage 1881 sebelum sampai ke hotel.Alang-alang dah lalu tangkaplah juga gambar, tapi memandang aku bawa kamera iPhone dengan iPad je, gambar malam tak lawa :cry: .

33

34

35

36

37

Dekat nak sampai dengan hotel, ternampak pula light show dari Symphony of Lights.Jadi kaki ni bergegas lah ke Avenue of Stars, depan hotel tu.Tapi tak sempat nak tengok Light Show tersebut, pastikan korang kalau nak tengok, pukul 8 malam dah tercegat dekat situ, siap ada countdown for the light show.First time datang sini, ramai gila orang dekat avenue of stars, macam ada pesta keramaian pula.

38

39

Balik ke hotel terus ke kaunter nak tanya pasal bilik kami.Agak panas juga since bilik dah ready tapi pihak hotel tak ada pula call kitaorang nak bagitahu.Masuk- masuk bilik rasa macam nak tidur je terus, keadaan katil yang sangat mengundang.Tapi rugilah kalau datang jauh-jauh tapi nak tidur kan.

40

41

42

43

Boleh tengok video tour bilik keek dekat sini.

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

  1. worgh.. agak expensive la trip hongkong ni kan. family ada pergi ms sy study dl tp depa trip from ghongzou..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »