Trip ke Hong Kong (Ladies Market , Mongkok) part 3

Selepas solat , terus bergerak keluar menuju ke stesen MRT Tsim Sha Shui untuk menuju ke Mongkok. Mongkok kalau korang suka tengok cerita hong kong, selalunya ada keluar area Mongkok ni, tempat triad kononnya.Harga tiket dari stesen Tsim Sha Shui ke Mongkok tak adalah mahal dalam HKD 5 (rm2) sehala, lagipun nak juga rasa MRT dekat sini macam kan?Kalau nak check harga tiket boleh pergi dekat sini.

47

44

45

46

48

Dekat stesen MRT HK ni banyak exit, jadi kena pastikan exit-exit yang perlu anda ambil supaya tiba ke destinasi dengan selamat dan tidak penat.

a

Jalan macam 10 minit, kami pun sampailah ke ladies market tersebut, apalagi, sibuklah tawar menawar dengan jurujual.Barang dekat HK ini agak mahal dari tempat lain, even mahal dari Singapore.Jadi kalau sesiapa pandai bargain tu sangatlah untung kalau datang dekat tempat macam ini. Ada Fridge Magnet aku beli tu HKD100 untuk 4, tawar punya tawar aku boleh dapat HKD80 untuk 5 je.*Aku baru baca orang cakap suruh buka half price daripada apa dia tawar. Kedai yang selanjutnya bagi HKD 100 untuk 4, aku selamba je cakap ” just now I got 6 for HKD80″ terus dia “ok, ok , pick your colour”Menyesal pula kabo 6 baik kabo 10 tadi LOL.

50

51

52

53

54

52a

55

*Semua harga barang kebanyakan start dari HKD100 = Rm42. Jadi untuk keychain 5 HKD100 adalah mahal, jadi sila guna skill bargain anda dengan sebaik-baiknya yer.

Ladies Market ini tutup pukul 11 malam jadi kalau nak pergi bolehlah pergi awal sikit.Hari pertama pergi ke sini macam tak sempat sangat nak tengok barang-barang.Hari last barulah sempat nak usha barang- barang dekat sini.First day ini sempatlah rembat baju-baju untuk keluarga dan kawan-kawan yang rapat aje.

Balik semula ke Tsim Sha Shui, misi untuk mencari makanan memandangkan perut lapar.Jalan jauh, perut pun cepatlah lapar.Jadi kita orang pusing-pusinglah area kawasan hotel, da terjumpalah satu kedai turki ni.Malang juga sebab dia dah tutup kedai, tapi ada seorang lelaki dekat depan kedai tersebut (aku rasa maybe tokey) dia macam suruh pekerja dia yang tengah mengemas tu tengok apa lagi barang yang ada.Terima kasihlah tokey turki,jasa mu di hargai kalau awak datang malaysia saya belanja mustafa cendol ok?Sambil duduk dekat luar kedai tu aku nampaklah kereta-kereta besar dan mewah, pemilik dia macam pakcik umur dalam 40-50 an gitu, adalah seorang wanita seksi dekat sebelah.Seterusnya, biarlah rahsia… hahaha~

56

Kami order chicken kebab je since itu je yang ada.Jadi aku pun pergi ke 7E dekat depan untuk beli air Coke.Balik – balik ke kedai, tengok tokey tu bagi kami set air coke dengan kebab.Katanya dek kehebatan diplomasi Shuk.Tak apelah rezeki, jadi sekarang dah banyak pula Coke yang kami ada hahaha.Harga tak silap aku dalam HKD40 untuk satu kebab, harga makanan turki ini tak berapa nak lari, semuanya lebih HKD40 keatas.

57

58

Ini je yang sempat aku beli dekat ladies market tadi, boleh lah tahan untuk hari pertama kan?

59

Tips

1. Kalau pergi ke tempat macam ini pastikan anda membawa botol air.Bukan untuk minum tapi untuk membersihkan diri dari hadas    besar.Dekat sini tak ada paip air.Kalau anda boleh tolerate pakai tisu paper je, so tak payah botol air.Lagi satu kalaulah terpaksa, boleh juga guna air tersebut untuk berwuduk.Dekat sini bukan macam dekat Malaysia, surau dan masjid ada di mana – mana.

2.Kalau low budget travellers, bolehlah beli stok meggi, biskut sebab makanan dekat sini mahal.Yang halal tu ada tapi agak mahal, bersedialah untuk spend dalam rm20++ sekali makan.

3.Pastikan ada duit kecil, belilah apa – apa dekat 7E diaorang ke, sebab kalau naik teksi, kadang-kala diaorang tak ada duit kecil yang cukup.Kalau naik train, MRT, Tram, feri semua nak duit kecil.Kalau nak senang boleh beli octopus card (macam touch and Go kita).

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »