Bertemu lagi kita dalam sambungan entri terakhir untuk trip ke Medan. Pagi-pagi lagi kami dah excited untuk day trip hari ini. Hari ini kami akan menuju ke tempat di luar daripada Medan, iaitu ke Berastagi. Pak Tarmizi Guci, supir (pemandu) kami telah setia menunggu dia lobi hotel. Memandangkan kami ada 6 orang semuanya jadi kami telah menyewa sebuah Avanza. Barulah muat semua nak masuk,bayangkan kalau nak sumbat 6 orang dalam kancil, tak muat chek.(Jangan mengarut boleh?)
Perjalanan ke Berastagi memakan masa selama 2 – 2 1/2 jam bergantung kepada keadaan trafik. Maklumlah, jalan dekat Medan ini kecil.Tak ada highway.Jadi sepanjang perjalanan tu banyaklah permandangan yang boleh di lihat, dari bandar bertukar kepada desa sehinggalah ke kawasan hutan yang curam.Gambar tak banyak yang boleh di ambil,memandangkan saya duduk dekat tengah. (Sejuk komain aircond, bayangkan aircond ada di atas kepala menghadap terus ke arah dahi.
Sebelum betul-betul naik ke atas Berastagi, kami singgah sebentar dekat bahagian pertengahan.Dekat sini ada kedai-kedai yang menjual cenderahati untuk di bawa pulang.Sempatlah membeli keychain, baju-baju.Boleh tahan juga harga dekat sini kalau pandai tawar – menawar.Rezeki saya bila tawar dapat murah, yang lain agak tidak bernasib baik. Kejadian lucu dekat sini apabila saya dan rakan masuk dalam kedai, si penjual asyik bertanya, “dah kahwin belum?” kepada yang dah kahwin di tawarkan ‘ubat kuat’ .Saya tak tahu ubat kuat apa yang di maksudkan, mungkin orang dah kahwin tahu lah kot.
Setelah puas membeli belah, kami meneruskan perjalanan ke atas. Tak adalah jauh sangat, macam dalam 15-20 minit macam tu, tapi jalan dia betul -betul curam.Dan kebanyakan driver dekat sini kebanyakannya bawa kereta macam F1, F1 di tepi curam, mu bayangkanlah sendiri.Sesiapa yang kecut perut tu, kecutlah, siapa yang kembang perut tu, kembang lah.
Pemandangan dari atas Berastagi sangat cantik. Kalau sesiapa yang mengemari alam sekitar, serius kena datang sini. Suhunya yang agak sejuk seolah-olah berjalan di Cameron Highland.
Dekat atas ini ada menyediakan perkhidmatan kuda.Jadi kalau sesiapa nak pusing-pusing dan malas berjalan boleh sewa kuda dekat sini.Berlantarkan belakang gunung gundaling ini, ada juga jurufoto yang boleh ambil gambar kita.Sekeping dia charge macam RM7.Siap print, jadi siapa yang nak gambar kualiti DLSR bolehlah suruh dia orang tangkap gambar korang.Paling sedih sikit sebab ada seorang penjual strawberry ini yang jual strawberry 4 kotak, 30000 rupiah, which is around rm10 sedih amat sungguh.Bukan apa, bulan puasa, dan aku malas nak beli bungkus di bawa turun ke bawah, nanti jadi masam, hilang manis dia.Tak apa mungkin next time.Trip kali ini juga tak sempat ke Danau Toba yang terletak elbih kurang 3 jam perjalanan dari Berastagi.Tak apa, insyaAllah, ada rezeki boleh buat weekend trip ke danau Toba pula *wink.
Balik semuala ke Kota Medan,kami singgah beli kain pelekat dan juga sejadah.harga boleh tahan.Kalau tahu, boleh beli banyak sikit.Aku tak dapat nak upload gambar sejadah since time aku tulis entri ini semua dah bagi dekat orang.Itulah, lain kali bila beli tangkap gambar dulu, atleast upload ke instagram, ada juga backup nya kan?Entah pasal apa boleh terlupa untuk tangkap gambar cenderahati yang aku beli.
Lepas berbuka puasa, kami melilau dalam Cambridge Mall City Centre.Terjumpa la satu kedai ini.Aku agak-agak sama dengan kedai si fatin, yuyu, ieda dan iena pergi di jakarta.Dia orang duk asyik rindu magnum, rindu magnum, so aku agak kedai yang samalah.Cuba try test sikit sedap tak sedap.
Rasanya sampai sini sahajalah entri kali ini. Tunggu next entri pula. Nanti kalau olah banyak takut orang boring baca hehehe. So until our next trip, goodbye Medan, Goodbye berastagi, Good bye Kuala Namu.
4 Responses
Selamat Pagi…
Mau ke Danau Toba…
Mau ke Berastagi..
atau hanya jalan jalan di Medan..
Butuh sewa mobil di Medan..
Yuk hubungi ke Medan Star Rent Car
Murah…
Mulai dari Rp. 350.000/hari.
bisa hubungi ke 085262831660/085297000264
atau buka webnya untuk info lebih lanjut.
http://medanstarrentacar.com/
Hi..boleh share num supir
Salam, mcammana magnum tu? Sama rasa x? Hmm lg satu, boleh share no tel supir?
Sama je rasa cuma kita boleh customize kan sendiri, no tu saya dah lupa, kena cari balik, kalau jumpa nanti saya emailkan