Trip ke Singapura Jun 2013

Hai , apa khabar? baik? bagus. Kali ini nak bercerita tentang trip ke Singapura.Dulu pernah tulis entri pasal trip ke USS, tapi kali ini nak tulis pasal trip ke Singapura pula.Sebenarnya tak banyak benda nak cerita pasal trip kali ini sebab matlamat utama adalah untuk membeli – belah di kota singa.Ada Mega Sales yang sedang berlangsung di sana, kebetulan pula ada urusan di negeri Johor Luaskan Kuasa mu, jadi kira sambil memandu sedut jerebu lah jawabnya. *Jerebu sangat tebal, sila pakai mask muka

Mesti ramai yang dah baca di dalam akhbar tentang jerebu.Keadaan semasa aku di sana tak ada lah teruk macam hari ini, hari ini memang terus tak nampak apa dah.Jadi tak berapa nak nasihatkan sangat kalau anda semua nak pergi ke Singapura pada waktu ini, atleast tunggu keadaan reda seketika.Jadi bersambung lah kita dengan cerita di Singapura.

Road trip kali ini pakai kereta , dah nama road trip mesti naik kereta kan? kalau naik kapal terbang di panggil air trip, betul? entah~ Since Topik dengan Shuk dah biasa ke Singapura, jadi aku tidak perlu prepare tempat-tempat yang perlu di tuju, ibarat berjalan dengan dua orang tempatan Singapura (tapi takat Orchard Road je lah).Tempat pertama kami tuju adalah hotel kami, Royal Plaza on Scotts  yang terletak di Scotts Road.Sampai je terus check in.Apa yang boleh komen tentang hotel ini adalah, sangat “warm” , memang teramat peramah, lokasinya yang dekat dengan Orchard Road, dan paling penting boleh check in sambil makan, seronok kan?

Royal Plaza On Scotts

Royal Club

Shuk, encik CFO

Welcome Drinks

Dekat lounge ni nak minum air sampai kembung pun boleh,nak makan sampai penuh perut pun boleh.Tapi sedih sebab tak ada coke Zero kegemaran, yang ada coke biasa jer.Selepas selesai proses check in, kita orang terus menuju ke bilik before nak heads out untuk cari makan- makan.

Beria nak buat kopi, last last langsung tak pakai HAHAHA

Ruang Tamu

Meja bekerja

Katil Besar~

Selepas siap mandi dan solat kami keluar mencari makanan.Tempat yang kami tuju adalah area Mustafa.Dengar cerita dekat sini banyak perfume murah, si Shuk sempat beli perfume untuk dirinya dan kesayangan.Aku tak beli pun, perfume dah banyak dekat rumah, dalam kotak pun ada lagi tak terpakai, membazir amalan syaiton, jadi tak beli.si Topik sempat membeli shaver.

Objek Pelik

pandora ada dalam ni

Zara dah tutup, esok je lah

Kita orang naik teksi untuk ke Mustafa ini, untuk pengetahuan, Mustafa Mall ni buka 24 jam, boleh bayangkan sebuah 7E yang jual macam-macam dari CD sampailah baju ada dekat sini.Tapi main point kita roang ke kawasan ni adalah untuk makan.Harga teksi tak berapa nak ingat, tapi bawah 10 dollar untuk ke sini.

Madura (Enemy of Sang Wira)

Harga nomnomnom

Briyani Ayam bersama telur

Starbuck's satu kemestian

Starbucks ini adalah tempat persinggahan kami yang paling kerap since dia paling dekat dengan hotel, 15 langkah je dari hotel (komain kau kan?) jadi kami selalu berhenti dekat sini otw balik ke hotel dan otw nak keluar dari hotel.

Keesokan harinya, mulakan hari dengan sarapan pagi yang enak di lounge sebelum mula keluar untuk membeli – belah. Target pertama adalah Hard Rock Cafe dan kemudian ke Pandora.Dekat Zara kita orang usha-usha dulu, since Topik syorkan untuk ke Marina Bay, dengar cerita Zara sana lebih banyak pilihan.

Muka Jangan nak Garang sangat

Smile for the camera

Orchard Road

Hard Rock Cafe Singapore

Browsing the streets

Me

Cantik bangunan belakang tu

Cenderamata untuk kawan-kawan , victoria's Secret

Cenderahati untuk kawan-kawan Victoria's Secret

Pandora

Ceo berehat seketika

LV

Pendrive or Pencard 9saya punya yg steve job tu)

Kecomelan

Laduree terlalu mahal la nadrah T_T

Tak berani nak beli, since kalau nak beli kena beli 25 biji satu set, harga dalam $100, lebih kurang RM25 sebiiji untuk macaroon ..gulp!Kami pulang ke hotel untuk mandi dan solat sebelum bergerak menuju ke Marina Baysand.

Minum petang dulu before gerak

Marina BaySands

Jerebu, sedih

Kota Singa

Nasi ayam panggang

Manchester United Shop!Kedai Champion BOSS~

L V

Supper di Coffee Bean , TIRAMISU!

Tibalah hari terakhir kami di sini, sebelum pulang sempatlah kita orang mencari kasut Topik.Pagi tu lepas check out sempatlah bermain dengan burung merpati di area Starbucks.

Pemikat Burung

Saya Merpati

kasut tiada saiz T_T

Ok sampai sini jelah entri, banyak gambar je kali ini, sebab trip kali ini memang nak membeli belah je.penat nak upload gambar semua kedai.Lenguh laptop.Kepada mereka yang ingin membeli belah boleh lah melawat Singapura ketika ini, atas bawah,kiri kanan, semua shopping complex.Pastikan anda membeli mask demi kesihatan.Atau tangguhkan dulu sementara menunggu jerebu reda.Until next time, see you!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

    1. mahal, tapi kalau awak masuk ikut kapal terbang, maybe dia jadi murah sikit sebab boleh dapat tax refund, plus kalau mall yang awak beli tu ada tourist discount card, kadang kala boleh dapat murah sikit. (tax refund+ tourist discount card = murah murah~)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »