Admit it, kadang kala soalan yang paling sukar nak di jawab apabila di tanya adalah “Kita nak makan dekat mana?” , dan soalan yang lebih sukar untuk dijawab adalah “fadli, nak makan dekat mana?” Memula tadi tak tanya dekat aku, tapi yang second tu memang tanya aku, jadi yang nombor 2 adalah lebih sukar nak dijawab. Logiklah kan?
Kadang -kala kita perlu bersyukur, bukan, bukan kadang kala tapi selalu bersyukur, kita berpeluang nak decide nak makan dekat mana,tak macam sesetengah orang atau Third World Country yang tiada pilihan semewah kita.Mungkin satu -satunya pilihan mereka adalah adalah “Ada makanankah untuk aku hari ini?”. Teringat kisah , seorang budak yang tanya “Kalau saya tak berbuka puasa hari ini, adakah puasa saya di terima?”. Jadi bersyukurlah kita di Malaysia tak ramai yang mempunyai masalah ini.
Berbalik kepada entri kali ini, aku ingin memperkenalkan salah satu kedai kegemaran aku iaitu Mail Ikan Bakar yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan.Senang sahaja nak cari kedai ini, lepas jambatan tanjung lumpur tu, dia di sebelah kiri jalan selepas lorong masuk ke kanan.You guys won’t missed it.
Senget sikit gambar, mungkin sebab terlalu lapar.(Padahal tak reti nak tangkap gambar sebenarnya, tak nak mengaku) Jadi semalam , aku datang ke sini untuk menjamu selera dan memenuhkan perut yang berkerocong minta di isi.Jadi perkara pertama nak buat adalah memilih benda apa yang hendak kita makan.Sotong ke, Ikan ke, kerang ke,Udang ke.Jangan minta kura-kura cukuplah.
Lepas pilih barang untuk di masak, boleh lah buat pilihan, nak suruh bakar ke, masak pedas ke, masak stim ke, goreng ke, panggang ke, makan begitu sahaja ke, terpulanglah mengikut kepada kreativiti masing-masing.Lepas dah buat pilihan tu kan, boleh duduk duduk sambil order air dulu sementara menanti barang siap di masak.Selalunya aku order sup sayur campur untuk seorang makan,bukan apa, aku suka makan benda berkuah, tak suka makan kering.(fussy punya orang kan?tidaklah, ikut selera masing masing, lain padang, lain belalang).
Orang kata, sabar separuh dari iman.benda yang dapat dengan susah payah tu , dia punya nikmat lain sikit,jadi selepas menunggu selama 15-20 minit.Makanan siap terhidang di atas meja untuk di nikmati bersama.
Rasanya memang absolutely fantastic, sedap hingga menjilat jari bagi yang makan pakai tangan, dan menjilat garfu dan sudu bagi yang makan menggunakan sudu garfu.Selalunya akan order pari bakar dan udang tapi since makan 3 orang je, berlebih-lebih tak elok,nanti tak habis,membazir pula.Macam ironi pula, nama kedai ikan bakar tapi ikan bakar tak order hahaha.
Kepada yang berhajat untuk mencuba kedai Mail Ikan Bakar ni,saya cadangkan datang awal sikit sebab kedai ni selalu penuh.Budget makan untuk 3 orang macam ni , lebih kurang dalam RM100 campur sekali dengan nasi putih dan air.Sebenarnya lauk ini cukup untuk 4 orang makan.Jadi boleh lah budget tu sebenarnya untuk 4 orang makan sebenarnya.Jadi kalau ada sesiapa yang kebetulan berada di Kuantan dan ingin mencari kedai ikan bakar yang sedap, bolehlah datang ke Mail Ikan Bakar ini, until we meet later, Good day ^^.
One Response
masakan mael bagi saya kurang memuaskan. siakap 3 rasa ikan dimasak trlalu garing, kuah pakai yg sudah siap dimasak cair dan tiada bahan2 spt nenas, lada, timun dan tak mcm masakan si yg penuh dgn bahan. tomyam trlalu cair dan hmpir tiada rasa. sotong tepung tepungnya tidak melekat pada sotong. ini mungkin padangan saya lain org lain citarasa.