Selepas makan selalunya mestilah kita nak pencuci mulut.Selalunya orang makan buah-buahan atau ice cream sebagai dessert.Jadi selepas makan di Suki-Ya, apa lagi, teruslah mencari dessert untuk dijadikan santapan.Lagipun , Pavilion ni banyak kedai makan, rambang mata di buatnya.
Ada dua tempat yang aku singgah pada trip kali ini, iaitu Ooh My Gas dan J Popsicle.
OMG atau Ooh My Gas ni lokasi dia terletak di kawasan food court Pavilion , Kuala Lumpur, berdekatan dengan Famous Amos.Kalau tak silap aku, dekat dengan escalator belah J-Co tak silap.
Sewaktu berada di dalam Massimo Dutti menemani ibunda mencari jaket, nampak cousin aku bawa masuk makanan ni kedalam butik, rupa macam sedap jadi dieorang lah yang bawa aku pergi ke sini.Asyik duk, OMG,OMG, rupanya Ooh My Gas.
Jadi inilah Ooh My Gas tu, liquid nitrogen icecream /gelato yang pertama kali aku nak try.Jadi sebab liquid nitrogen ni lah yang datangnya brand Ooh My Gas. Ada dua jenis Cup yang boleh anda pilih, iaitu Cutie berharga rm12.90 dan Sexy pada harga rm19.90. Kalau mula-mula sampai dekat kaunter tu, pelayan dia akan tanya “are you feeling sexy today?” bagus punya marketing.
Since aku baru nak try, jadi ambil yang Cutie je, buat nanti tak makan, membazir pula.Membazir amalan syaitan kawan-kawan.Sebagai pilihan, aku memilih perasa strawberry to be safe,kang bantai green tea tak lalu makan pula.Untuk pewarna aku pilih biru, dan untuk topping aku pilih chocolate chip. Boleh imagine? Strawberry warna biru ada chocolate chip hahahaha.Apa -apa je lah labu.
Proses pembuatannya sangat menarik , sampai aku sempat untuk merakamnya untuk kenang-kenangan (kenangan sangat, kalau nak lagi, boleh datang balik kan~~) Terdapat seorang foreigners yang turut menangkap gambar sewaktu proses gelato aku di buat.Kalau rajin korang boleh tengok dekat dalam video bawah ni.Siap asap -asap bagai…WOW!
httpv://www.youtube.com/watch?v=ZOJzdbZTGdc&feature=youtu.be
*Ignore suara background yang over excited tu.
jadi lepas siap, inilah hasilnya.
Dah macam rupa Cookie Monster pun ada, tapi Cookie Monster yang dah cair dilenyek treler.Tapi rasanya, tak tipu, sedap.Nasib baik sedap, kalau tak sedap, naya~
Jadi kalau anda berkesempatan melawat kedai ini, tinggalkan pengalaman anda di ruang komen di bawah.
Sebelum pergi ke OMG ni, sebenarnya aku dah makan J-Popsicle dekat Tokyo Street dekat tingkat atas.Tapi since tajuk entri dah tulis pasal OMG, jadi aku tulis pasal OMG dulu la, (suka hatilah nak tulis ikut mana pun kan.. :pissedoff: )
Kedai J-Popsicle ni betul-betul pada permulaan nak masuk ke Tokyo Street.Bentuk J-Popsicle tu macam ni.
Kebanyakan orang lalu dekat kedai ini, untuk menangkap gambar since bentuk ice cream dia yang comel lote, tapi aunty tu akan cakap ‘no picture, no picture, sorry” Selalu penuh kedai tiap kali aku lalu.Mungkin muka pelaris kot hahaha.
Ini kali kedua datang kesini dan perasa raspberry ni lah favorite aku.First time datang, aunty ni cakap “Sawa- Sawa” maksudnya “Sour -Sour”, Masam tapi sedap dan enak. Dia ada dua size, yang kecil harganya rm4.90 dan yang besar ni rm8.90, boleh lah tahan harga dia, tak adalah mahal sangat.Untuk kepuasan yang lebih, baik ambil yang besar, sebab yang kecil tu terlalu cinonet rupa dia. (cinonet = kecil sangat )
Jadi inilah dua tempat yang sempat aku kongsi dalam entri kali ini.Ingatkan hari itu nak sekalikan dengan entri Suki-ya tapi nanti boring pula orang baca kalau tulis meleret -leret.Jadi kalau yang nak share pengalaman , yang pernah makan dekat sini, sila tinggalkan komen anda dekat ruangan komen di bawah. Until we meet again, bye bye.