Entah kenapa orang yang kita sayang selalu pergi meninggalkan kita,Entah kenapa orang yang kita harapkan selalu hampakan kita,Entah kenapa orang berpura -pura mengatakan sayang dekat kita tetapi itu semua dusta semata -mata.Entah kenapa hati ini tidak berair mata lagi?Mungkin hati ini kering dan tidak bernyawa lagi?Adakah dikau yang merampas nyawa dari hati ini?

Mataku sakit, telingaku perit, otakku serabut,perutku mual, perasaanku jijik melihat kau bersama si dia,bersekongkol dengan si dia, menyokong si dia, menyebarkan yang salah dan membutakan yang benar.Bodohkah dikau?Butakah dikau?Pekakkah dikau?Tulikah dikau?Bebalkah dikau?Tidakkah dikau lihat?Tidakkah di kau nampak dengan mata hatimu bahawa hati ini ada untuk engkau?

TIDAK!! kau tidak nampak itu semua.Suara sumbang menjadi panduan dan penunjuk arahmu.Mereka yang hina itulah sahabatmu, dan mereka yang menyesatkan itulah karibmu.Kering~kering hati ini tidak bernyawa kerana di kau!!Perasaan mereka dikau agungkan, perasaan mereka dikau pentingkan,perasaan dia dikau sanjungkan,bagaimana dengan aku?bagaimana dengan engkau?

Rumit semua perkara dibawa oleh mereka,mereka yang merumitkan keadaan,mereka yang dijadikan panduan, mereka yang diagungkan,mereka,mereka,mereka bukan kita.Entah, entah, entah…entah berapa kali ku cuba membohong hati ini,entah berapa kali aku cuba untuk membaluti luka ini,entah berapa kali ku cuba menahan rekahan di hati yang sedang kering…dikau bahawa segalanya cuba menjahanamkan ia , di tikamnya di depan depan..Mengapa?

Apabila ku melihat musuh di depan mata, ku harap akan adanya dikau di belakang, tetapi di manakah dikau berada?kau berada di dalam kelompok musuhku , di depan aku, bersekongkol dengan mereka, membuat onar dan kacau,menyerabutkan jiwa, membunuh nyawa.

Engkau lah ratu, engkau lah puteri, engkau lah si pencuri hati,

engkau lah engkau, seluruh dunia, engkau lah engkau, pembunuh nyawa~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

9 Responses

  1. how about me?kesian lor saya ney..tiadakah yang sudi , menghulurkan simpati,kepada nasibku ini?agar dapatku rasa nikmati perasaan bercouple seperti insan yang lain… :cry:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »