Selamat tinggal kawanku

Cerita ni bermula kira-kira 4 tahun lepas.Masa itu time PC fair di adakan di kampung halaman.Dalam kesibukan pengunjung di pusat membeli – belah tu, mata aku tertarik dengan sesuatu yang di paparkan diatas para – para sakura.

Disitu dia berada, dalam penuh kegemilangan, hitam,berkilat, dengan iklan mengundang mata untuk memandang,dan membangkit keinginan untuk membeli.Tapi memandangkan aku telah terpandang jadi secara logiknya aku akan terbeli.

Dan secara rasminya,aku adalah pemilik sebuah laptop yang aku kira agak hebat pada ketika itu.Dual Core, ATi Graphic card, 4gig RAM, 320gb.Dengan spesifikasi sebegitu untuk empat  tahun yang lepas, pelbagai task dan kerja boleh di buat.Memandangkan untuk semester yang pertama di universiti,aku terpaksa meminjam laptop dari kawan-kawan apabila ingin membuat kerja, dengan kehadiran compaq 360, tidak perlu lagi.* macam iklan pula.

Tahun demi tahun, semakin lama, semakin banyak masalah timbul.Mungkin salah aku juga sebab tidak menyelenggarakannya dengan baik.Sehinggalah minggu lepas, selepas pulang dari kuala lumpur, ia berhenti berfungsi seperti biasa.Aku mencuba pelbagai cara untuk menghidupkannya kembali.Kepada yang pernah mengalaminya, situasinya di mana,  lampu pada capslock dan scroll berkelip2 tanpa henti.

Tanpa membuang masa aku terus menghantarnya kepada pusat servis yang berdekatan.Mana tak risau, semua dokumen penting ada kat dalam tu.Selang beberapa jam, pusat servis call,bagitahu yang chipnya sudah rosak.Bila di tanya berapa jumlah yang perlu di bayar, abang servis tu jawap “RM500′.

Untuk model cq40 yang sudah 4 tahun di tinggalkan teknologi, rm 500 adalah harga yang..how to say it… mahal!!! Selepas bertanyakan beberapa teman rapat, dan membuat sedikit kajian ,walaupun selepas di baiki, masalah yang sama akan berlaku.Jadi, I have decided not to repair the laptop.

Jadi aku mula mencari replacement untuk C360.Setelah berpusing-pusing di bandar untuk beberapa ketika, aku menjumpai pengganti C360 di salah sebuah kedai komputer.Dengan spesifikasi yang di tawarkan , aku rasa memadailah dengan harga dia.

Jadi untuk entri ini, inilah adalah entri pertama di taip menggunakan laptop baru.I really fancy it, and I think, I’m gonna call it, L.Sama pula dengan cerita jepun tu kan?alah, cerita Death Note tu.I love the spec, bukanlah yang terbaik dalam market tapi cukuplah untuk membuat kerja – kerja yang di perlukan.

Walaupun ramai yang mengatakan jangka hayat laptop hanya untuk 3-4 tahun je, tapi aku rasa, kalau melakukan regular maintenance , mungkin boleh prolong kan jangka hayat laptop C360.Tapi,mungkin dah tiba masanya ia pergi.

Perkenalan kita tak selama mana,tapi kau banyak membantu ku.Kaulah yang sentiasa menemani dan penyumbang terbesar dalam usaha aku untuk menamatkan zaman universiti.Dari menulis assignment sehinggalah membuat programming sampailah mendownload big bang theory.

So again, thank you, friend.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »